Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 Kebangkitan Hizbut Tahrir...

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

Kebangkitan Hizbut Tahrir... Empty
PostSubyek: Kebangkitan Hizbut Tahrir...   Kebangkitan Hizbut Tahrir... Icon_minitimeMon Oct 08, 2007 5:18 pm

Hizb ut-Tahrir's renaissance (Kebangkitan Hizb ut-Tahrir)
By ALEX KOGAN(jerusalem.post)

Samada di peringkat dalam negeri atau antarabangsa, Hizb ut-Tahrir (Parti Pembebasan Islami) sedang mengalami peningkatan aktiviti yang dramatik baik.

Parti yang diasaskan di Jerusalem sejak 54 tahun lepas itu yang juga merupakan Parti Sunni Pan-Islamik melaungkan slogan untuk berjuang menegakkan Khilafah di Timur Tengah untuk memperkenalkan perluasan Islam.

Aktif di 40 buah negara dari Asia ke AS, Hizb ut-Tahrir mendesak ahli-ahlinya untuk "membunuh yahudi dimana sahaja mereka temui". Salah satu sel Hizb ut-Tahrir yang paling aktif berada di UK, di mana cadangan pengharaman sedang digubal untuk mengharamkan organisasi ini..

Parti ini bukan sahaja berfahaman anti-Zionist yang kuat, tetapi juga mengesahkan pembunuhan ke atas "infidel" dalam perjuangannya.

Awal bulan ini, pihak polis German telah menangkap 3 orang suspek merancang meletupkan lapangan terbang tentera dan awam, restoran and kelab malam - 2 orang mereka adalah ahli serpihan kumpulan kecil Hizb ut-Tahrir..

Pecahan kumpulan ini, Kesatuan Jihad Islam, tidak diketahui sehinggalah musim gugur, 2004 selepas serangan bom di Bandar-bandar di Uzbek, Tashkent and Bukhara, menyebakan kematian 47 orang. Julai 2004, kumpulan yang sama ini mengebom kedutaan AS dan Israel di Tashkent.

Pihak berkuasas dan perkhimatan perisikan Uzbek mendakwa bahawa kumpulan kecil Hizb ut-Tahrir di kawasan tersebut kebelakangan ini telah memperolehi peningkatan aktitivi dan pertambahan keahlian.

Uzbekistan dulunya selalu menjadi tumpuan utama 'aktivis' Hizb ut-Tahrir melakukan aktiviti, sebab penduduk tempatan telah membuktikan bahawa mereka mudah menerima ideologi militan Islam. Selepas keruntuhan kesatuan Soviet dalam pertengahan 1990an, penyebar fundementalis Hizb ut-Tahrir berjaya melatih sokongan kuat di Uzbekistan, memenangi hati kebanyakan penduduk di bawah kerajaan yang lemah.

Uzebekistan telah menjadi kubu kuat Hizb ut-Tahrir di kawasan ini. Situasi terkini yang tidak stabil memberi tarikan kepada Hizb ut-Tahrir, yang mana aktivitinya mengalami peningkatan yang agresif.

Pembunuhan Mark Weil, Pengarah Teater Ilkhom Bebas Tashkent dan salah seorang artis yahudi yang terkenal Uzbekistan, Pakar LOTAR Isreal menjelaskan peristiwa yang berlaku di Uzbekistan kebelakangan ini menunjukkan negara ini berpotensi bahaya kepada pelancong Israel.

Untuk Hizb ut-Tahrir, Uzbekistan berfungsi sebagai pintu utama kepada peluasan kesatuan, negara-negara umat islam yang lebih stabil

Perkhidmatan keselamatan Krgyz menangkap beberapa orang pegawai kerajaan tempatan pada awal september di sepanjang sempadan Uzbek, selepas mereka menerima rasuah untuk memalsukan dokumen pengenalan ahli-ahli Hizb ut-Tahrir untuk memasuki negara ini secara haram.

Polis rahsia Khazakh juga melaporkan peningkatan aktiviti Hizb ut-Tahrir secara tiba-tiba, di mana Kazakhstan adalah salah satu sasaran pergerakan ini.

Beberapa tahun lepas KNB (Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Kazakhstan) hampir berjaya menghapuskan Hizb ut-Tahrir di negara tersebut. Hari ini, Fundementalis ini sedang mencuba mengambil kesempatan mengoncangkan kestabilan negara yang cukup berkuasa di kawasan ini sebagai pembekal gas, minyak dan uranium kepada dunia.

Menurut KNB, beberapa ahli yang baru sahaja dibentuk oleh kumpulan fundementalis ini telah diserbu bulan lepas, yang ahlinya berasal dari Uzbekistan, Russia dan Chechnya. Polis menemui beberapa selembaran dan CD semasa serbuan tersebut, bahawa telah mengikuti kumpulan tersebut melatih pemuda muslim untuk aksi antarabangsa.

Fundementals yang ditahan juga merancang melakukan tindakan keganasan terhadap bank-bank dan ahli perniagaan terkenal di Kazakhstan. Lanjutan dari rompakan bersenjata mereka, akan dialihkan ke kumpulan militan di beberapa kawasan sasaran antarabangsa, termasuklah Afghanistan dan Kawasan Palestine.

Propaganda terancang termasuklah klip video, yang mana telah ditayangkan dalam YouTube. Klip tersebut menunjukkan Muslim sedang diperangi oleh tentera barat dan bertanya "for how much longer?" dikeluarkan oleh Hizb ut-Tahrir cawangan Malaysia, klip mengajak Muslim untuk "bangkit dan menggoncangkan debu-debu" penjajahan Eropah dan menunjukkan ahli-ahlinya berarak menyokong penduduk Palestin dan melaungkan "Oh tentera-tentera dunia Muslim, kami menanti bantuanmu.

Penduduk Palestine adalah diketahui telah menerima bantuan kewangan dari cawangan Hizb ut-Tahrir seluruh dunia yang sedang mekar berkembang. Mereka telah mengambil alih kawasan hamas di tebing barat.

Selepas mengambil alih perkampungan Sair, di utara hebron, Hizb ut-Tahrir yang mempunyai keahlian hampir 400 orang pengikut. 11 Ogos lalu, 10,000 penyokongnya berarak di sepanjang ramallah, kubu kuat fatah, melaungkan penegakkan Khilafah.

"Hizb ut-Tahrir bangkit menjadi symbol kejatuhan Politik Islam, Hamas dan Fatah berideologi kebangsaan", dakwaan penganalisis Palestin Hani Al-Masri. "Kekecewaan orang Palestin adalah alat Hizb ut-Tahrir".

Hizb ut-Tahrir belum mempunyai kumpulan sayap bersenjata di kawasan Pihak Berkuasa Palestin lagi.

Terjemahan daripada Sumber:
http://www.jpost.com/servlet/Satellite?pagename=JPost%2FJPArticle%2FShowFull&cid=1189411432382.


Ulasan:


Telah menjadi lumrah, perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran pasti akan mendapat tentangan, fitnah dan tohmahan. Ianya adalah sunnah perjuangan. Tidak terkecuali perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam. Iaitu perjuangan utama Hizbut Tahrir. Kerana itulah Hizbut Tahrir seringkali dikaitkan dengan aksi keganasan dan kekerasan di mana-mana. Hakikatnya Hizbut Tahrir telah beberapa kali menyatakan dengan tegas dalam tulisan dan ucapannya yang disebarkan secara menyeluruh bahawa menolak dan mengutuk keganasan yang dilakukan oleh sesiapa pun jua.

Perjuangan Hizbut Tahrir hanya menggunakan kaedah dakwah dengan secara aman melalui perdebatan dan perbincangan. Di samping itu tidak pernah pun sesiapa dapat membuktikan dengan jelas Hizbut Tahrir telah terlibat dengan keganasan, Anti-Semitism dan kekerasan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. AS, Britain dan sekutu-sekutunya menuduh Hizbut Tahrir mencetus keganasan padahal negara-negara inilah yang menghalang perjuangan penegakkan Khilafah dan yang sebenarnya yang melakukan keganasan yang teramat nyata terhadap ahli-ahli dan penyokong Hizbut Tahrir seperti membunuh, memenjarakan tanpa bukti dan menuduh bermacam-macam lagi. Para penguasa di Uzebekistan dan Khazakstan pula adalah 'Pak turut' kepada ketua pengganas AS ini.

Istilah 'Pecahan daripada Hizbut Tahrir' yang diberikan kepada Kesatuan Jihad Islam adalah juga antara usaha pembohongan besar ke atas Hizbut Tahrir. Padahal dunia telah maklum bahawa Hizbut Tahrir tidak pernah ada sayap militan. Hizbut Tahrir sentiasa memerhatikan perjuangannya bersesuaian hukum syara' dan tidak akan melakukan aktiviti yang bertentangan dengan hukum syarak secara mutlak.

Semua ini dilakukan, untuk meneladani Rasulullah SAW yang membatasi aktivitinya ketika di Makkah hanya pada dakwah (bil qaul) dengan tidak melakukan aktiviti kekerasan, sehingga beliau berhijrah ke Madinah. Ketika delegasi yang melakukan bai'at 'Aqabah II menawarkan kepada baginda agar mereka memerangi penduduk Mina (jama'ah haji dari berbagai qabilah), Rasulullah SAW:

"Kita belum diperintahkan melakukan itu (perang)."

Allah SWT juga telah meminta beliau agar tetap bersabar terhadap berbagai macam penganiayaan, seperti yang dialami para Rasul sebelumnya. Allah SWT berfirman:

"Sungguh telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka tetap bersabar akan pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka." [Qs. Al-An'aam [6]: 34]

Hizbut Tahrir juga dituduh sebagai dengan gerakan fundementalis. Padahal, sejarah Gerakan Fundamentalis adalah ia merupakan gerakan yang muncul pada akhir abad ke-19, iaitu ketika pertentangan pihak gereja dengan ahli flasafah dan intelektual Eropah. Gerakan fundamentalis ini dipelopori oleh mereka-mereka yang menginginkan ajaran gereja dipraktikkan seperti asalnya walaupun doktrin ini bertentangan dengan perkembangan sains dan teknologi. Gerakan Kristian dan Yahudi ini melawan kemajuan sains dan teknologi dalam dunia kapitalis. Padahal apa yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir adalah berbeza sama sekali dengan gerakan fundamentalis. Hizbut Tahrir berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan perlaksanan hokum syarak tanpa meninggalkan sains dan teknologi.

Semua tuduhan-tuduhan di atas adalah tidak berasas sama sekali. Ia sebenarnya adalah serangan untuk menghalang sebarang seruan mengembalikan khilafah dan hukum syarak, kerana mengancam kepentingan mereka sebagai musuh-musuh Islam seperti Amerika Syarikat. Wahai kaum muslimin yang dimuliakan, ingatlah firman Allah dalam Al Quran :

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-ngadakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan mereka), dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci" [TMQ As-Saff : 7-8]
Kembali Ke Atas Go down
 
Kebangkitan Hizbut Tahrir...
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» NST menyentuh Hizbut Tharir
» Seruan Hizbut Tahrir 2008
» Hizbut Tahrir semakin kuat di Palestin
» Seruan Hizbut tahrir terhadap filem fitna
» Wanita menyuarakan kebangkitan Islam

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: