Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 Seruan Hizbut tahrir terhadap filem fitna

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: Seruan Hizbut tahrir terhadap filem fitna   Sun Apr 06, 2008 6:59 am

FITNA - SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR MALAYSIA


KUALA LUMPUR 4 April – Sebagai membantah penerbitan
filem pendek Fitna keluaran ahli Parlimen Belanda
Geert Wilders yang menghina Al-Quran dan juga
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,

HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM) telah mengadakan
seruan di Masjid Negara sejurus selesai solat
Jumaat pada hari ini. Seruan selama
lebih kurang 20 minit itu dibacakan oleh
dua orang wakil dari HTM iaitu Ustaz Umar Hussien
dan juga Sdr Zulhazam Othman. Mereka merupakan
dua orang yang sudah tidak asing lagi bagi
para jemaah di Masjid Negara selaku pengedar
tetap nasyrah mingguan HTM, Sautun Nahdhah
di masjid berkenaan.

Selain Masjid Negara, HTM turut mengadakan
seruan yang sama di beberapa masjid terpilih
di seluruh negara. Di Selangor, seruan dibacakan
di perkarangan masjid Al-Hasanah, Bangi.
Sekitar lima ratus orang jemaah yang
menyaksikan bacaan seruan itu tidak berganjak
hinggalah ke akhir majlis. Laungan ALLAHU AKBAR
berkumandang beberapa kali di sepanjang bacaan seruan,
yang dilaungkan dengan penuh semangat
oleh para hadhirin.

Di Perlis, seruan HTM dibacakan di Masjid Alwi Kangar
manakala di Kedah, seruan dibacakan
di Masjid Al-Bukhari Alor Setar.

Di bahagian selatan tanah air,
di Masjid Sultan Bandar Baru Uda Johor Bahru,
HTM bersama-sama dengan Parti Islam seMalaysia (PAS)
membacakan seruan masing-masing selesai solat Jumaat.
Sementara itu di Muar, HTM membacakan seruan
yang sama di Masjid Sultan Ibrahim, di tengah-tengah bandar Muar.
Di Melaka pula bacaan seruan diadakan
di Masjid Tan Sri Khalil Yaakob, Tanjung Minyak.

Di kebanyakan masjid, beberapa orang yang
dipercayai anggota dari Cawangan Khas PDRM
turut kelihatan berkeliaran dan mengambil gambar.
Alhamdulillah, di semua lokasi, mereka langsung
tidak mengganggu perjalanan majlis dan memberi
ruang sepenuhnya untuk seruan dibaca sehingga habis.
Di beberapa buah masjid, beberapa orang dari mereka
turut bersalaman dengan anggota-anggota HTM dan
menyatakan sokongan terhadap seruan yang dibaca.
Justeru, sukacita kami mengambil peluang di sini
untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka
dan juga kepada seluruh hadhirin yang telah sanggup
berpanas dan tidak berganjak mendengar seruan hingga
ke akhir majlis. Semoga Allah mencatat perbuatan
kalian sebagai sebahagian dari amal soleh dan
membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran.

Gambar-gambar di sekitar seruan tersebut
boleh dilihat di ruangan multimedia. Berikut kami
paparkan teks penuh seruan yang dibacakan:-


foto dari masjid Al-Hasanah, Bangi.








video...speaker 1
http://www.youtube.com/watch?v=uEA3whCqsRQ

video...speaker 2
http://www.youtube.com/watch?v=Eq5jxU_c-to
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Seruan Hizbut tahrir terhadap filem fitna
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: