Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas Empty
PostSubyek: AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas   AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas Icon_minitimeMon May 21, 2007 3:57 pm

AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas
WASHINGTON 20 Mei – Amerika Syarikat (AS) menyediakan kira-kira RM3.4 bilion (AS$1 bilion) setahun kepada Pakistan bagi membiayai penyertaannya dalam operasi antikeganasan di kawasan sempadan dengan Afghanistan.

Akhbar New York Times dalam laporannya semalam menyebut, bayaran itu terus dibuat meskipun Presiden Pakistan, Pervez Musharraf membuat keputusan lapan bulan lalu untuk mengurangkan rondaan di kawasan di mana pejuang Al-Qaeda dan Taliban bergiat cergas.

Bayaran bulanan yang dikenali sebagai dana sokongan tentera bersekutu itu tidak dihebahkan, lapor akhbar itu laman webnya.

Tenggelam dalam angka bajet awam, bayaran tersebut bertujuan untuk membayar balik kos operasi yang ditanggung oleh tentera Pakistan.

Sehingga kini Pakistan menerima lebih RM19 bilion (AS$5.6 bilion) di bawah program itu dalam tempoh lima tahun.

Jumlah itu melebihi separuh daripada keseluruhan bantuan yang dihantar oleh AS kepada Pakistan sejak serangan 11 September 2001.

Beberapa pegawai tentera AS di rantau itu mengesyorkan supaya kelulusan dana berkenaan dikaitkan dengan kejayaan Pakistan memburu pejuang Al-Qaeda dan mencegah Taliban daripada mendapat tapak untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan pro-AS di Afghanistan, lapor akhbar itu.

Namun pegawai pentadbiran Presiden George W. Bush berkata, mereka tidak ada rancangan untuk mengenakan syarat sedemikian, sungguhpun ada bukti baru menunjukkan tentera Pakistan sering menutup mata apabila pejuang Taliban berundur menyeberangi sempadan ke Pakistan.

Pentadbiran Bush dikatakan keberatan untuk menghentikan bantuan kewangan itu atau mengaitkannya dengan prestasi pasukan keselamatan Pakistan kerana bimbang kedudukan Pervez akan bertambah tergugat.

– AFP
Kembali Ke Atas Go down
 
AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» komanwel gantung pakistan
» Bantahan HT terhadap pengganas Israel
» pelajaran Peperangan ke ats pengganas-slogan makan tuan

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: