Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 komanwel gantung pakistan

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: komanwel gantung pakistan   Sat Nov 24, 2007 10:20 pm

Komanwel gantung Pakistan
Oleh Kadir Dikoh di Kampala, Uganda(bh 24nov07)

KEANGGOTAAN Pakistan dalam Komanwel digantung semalam - kali kedua dalam tempoh 10 tahun lalu � sehingga demokrasi dan undang-undang dipulihkan semula di negara yang kini bergolak itu.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dua pusingan Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel Mengenai Perisytiharan Harare (CMAG) yang berlangsung selama enam jam, menjelang upacara pembukaan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2007, semalam.

Setiausaha Agung Komanwel, Don McKinnon, berkata keputusan menggantung keahlian daripada pertubuhan 53 negara itu dibuat sebulat suara oleh sembilan negara anggota CMAG iaitu Britain, Kanada, Malaysia, Lesotho, Tanzania, Malta, Sri Lanka, St Lucia dan Papua New Guinea.

"Pada awalnya kami berusaha mencapai keputusan sebulat suara dan ia bukan sesuatu yang mudah tetapi akhirnya kami mencapai muafakat. Penggantungan ini berkuat kuasa sehingga Pakistan mengembalikan amalan demokrasi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu semalam.

CMAG ditubuhkan di mesyuarat CHOGM, Auckland pada 1995 antara lain bagi menyiasat, bertindak dan membuat syor seperti penggantungan atau pemecatan negara anggota Komanwel yang melanggar Prinsip Harare seperti gagal mematuhi amalan demokrasi atau mencabuli hak asasi manusia.

Mesyuarat CMAG malam kelmarin dipengerusikan oleh Menteri Luar Malta, Michael Frendo. Malaysia diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Dua Kementerian Luar, Tan Seng Sung.

Keputusan CMAG mengenai Pakistan, yang mengalami krisis politik berlarutan lebih dua minggu, dijangka diperakui Ketua Negara Komanwel pada majlis santai hari terakhir CHOGM 2007, Ahad ini.

Kemelut politik Pakistan itu menyaksikan protes dalaman dan kecaman antarabangsa bertumpu kepada langkah Presiden Jeneral Pervez Musharraf mengisytiharkan perintah darurat pada 3 November lalu.

Sekalipun selepas beliau berjanji melepaskan jawatan tentera dan mengumumkan pilihan raya menjelang 9 Januari tahun depan, tekanan terus dikenakan terhadap Musharraf.

Keputusan CMAG itu juga berikutan berakhirnya kata dua yang diberikan kepada Islamabad pada mesyuarat luar biasanya 12 November lalu, yang antara lain mendesak Musharraf menarik balik perintah darurat, melepaskan jawatan sebagai ketua tentera dan membebaskan tahanan politik atau digantung sekali lagi daripada Komanwel.

Sementara itu, sumber diplomatik di sini memberitahu, Malaysia dan Sri Lanka berusaha mempertahankan penggantungan Pakistan, yang pernah dikenakan tindakan serupa pada 1999 sebelum diterima semula pada 2004.

Bagaimanapun, kedua-dua negara terpaksa akur kerana Komanwel pernah menggantung keanggotaan Zambia dan Fiji kerana melanggar amalan demokrasi dan Pakistan tidak seharusnya diberi pengecualian.

Empat negara yang disokong kuat Amerika Syarikat dalam Komanwel iaitu Britain, Kanada dan New Zealand bersungguh-sungguh mahu Islamabad digantung, manakala blok negara miskin dan membangun dari Afrika dan Carribean, berpendirian sebaliknya.

Kempen ke arah itu dikatakan sudah bermula sebelum wakil empat negara terbabit tiba di sini untuk menghadiri CHOGM 2007, meskipun kebanyakannya termasuk Australia dan New Zealand tidak berada dalam CMAG.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
komanwel gantung pakistan
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: