Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 Bantahan HT terhadap pengganas Israel

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: Bantahan HT terhadap pengganas Israel   Sat Jan 03, 2009 12:00 pm

Bismillahirrahmanirrahim

Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin

Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.




Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Mereka, sejak dari itu hanya menjadi pemerhati ‘neutral’ yang lebih condong untuk menyebelahi pihak musuh sehingga apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pihak musuh, sepertimana yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Mereka hanya memerhatikan sebuah demi sebuah jet musuh melakukan pengeboman, menghitung jumlah mereka yang cedera dan terkorban serta mengeluarkan kenyataan sekadar meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ - tidak kira sama ada mereka ini terlibat secara langsung atau tidak dalam pemboikotan Gaza - kesemua mereka meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ yang sama. Malah penguasa Mesir (Mubarak) yang pada saat-saat sebelum bermulanya serangan, dari istananya, telah diugut oleh Livni dan pada hari berikutnya, tatkala berlaku serangan ke atas Gaza, Mubarak turut meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’!

Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Hari ini mereka menyeru pula agar diadakan pertemuan bagi ‘mengkaji’ apakah tindakan yang sebaiknya atas penyembelihan di Gaza, seolah-olah tindakan yang sepatutnya dilakukan merupakan sesuatu yang tidak maklum (oleh mereka). Ada yang menyeru diadakan pertemuan, ada yang menyeru kepada pertemuan menteri-menteri luar dan ada yang menyeru kepada Majlis Liga Arab – dan semua ini, seperti biasa, akan diikuti dengan perjumpaan, makan dan minum bersama, kemudian berakhir dengan (mengeluarkan) kenyataan dan bagi para pengikut syaitan, inilah ‘penentangan yang terbaik’!

Tidak cukup dengan itu, mereka mengalihkan pandangan mereka dan meminta tanpa malu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang terdiri dari negara-negara yang pada hakikatnya bertanggungjawab membangunkan rejim Yahudi dan menyokongnya dalam menghancurkan Palestin, tanah yang penuh berkat. Mereka mempercayai dan mengharapkan tindakan dari negara-negara ini untuk membantu Palestin dan penduduknya!!! Amat buruklah apa yang mereka hukumkan!

Sesungguhnya tindakbalas yang sewajarnya ke atas penyembelihan Gaza adalah suatu yang sudah maklum dan jelas. Keputusan untuk bertindakbalas ini tidak memerlukan sebarang pertemuan atau perjumpaan bagi membahaskannya. Ia juga tidak akan datang dari keputusan negara-negara pembina dan penyokong rejim Yahudi - tidak sama sekali - sebaliknya ia hanya akan dapat dicapai dengan menggerakkan bala tentera kaum Muslimin dan mengumpulkan mereka yang berkemampuan untuk memikul persenjataan bagi memerangi rejim yang hina ini. Tidak ada penyelesaian selain dari ini dan para penguasa mengetahui hakikat ini, namun mereka (penguasa) ini hanya ibarat kepingan kayu yang hanyut dan mereka begitu hebat dalam penipuan dan penyesatan. Dilaknati Allah-lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?

Wahai Kaum Muslimin!

Berhati-hatilah dengan penipuan para penguasa ini. Janganlah kalian terpedaya dengan adanya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka benarkan kerana sesungguhnya semua ini tidak membawa apa-apa makna. Seharusnya, kalian melangkah ke istana-istana mereka dengan kekuatan kalian memaksa mereka untuk menggerakkan tentera bagi memerangi rejim penyembelih ini.

Dan kalian wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan (syahid atau kemenangan)? Bagaimanakah kalian bisa berdiam diri tatkala saudara-saudara kalian dibunuh? Apakah penguasa yang sanggup menjual deen-nya untuk dunia, bahkan untuk dunia orang lain, dapat menghalang kalian dari membantu saudara-saudara kalian, walhal kalian mempunyai kekuatan?

Ya Allah! Ya Allah! Wahai Para Tentera!

Hizbut Tahrir menyeru kalian agar menuju kepada kemuliaan dunia dan akhirat! Pertolongan adalah dari Allah dan kemenangan yang hampir atau syurga yang keluasannya seluas langit dan bumi disediakan untuk mereka yang bertakwa. Wahai para tentera,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” (TMQ at-Taubah (9):14).

Inilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada penduduk Gaza dan inilah tindakbalas yang sewajarnya untuk penyembelih Gaza. Inilah juga cara untuk memecahkan pemboikotan ke atas Gaza dan dengan cara inilah juga Allah akan mengubati hati-hati kaum Mukminin.

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah” (TMQ al-Anbiya’ (21):106).



Ya Allah! saksikanlah sesungguhnya kami telah menyampaikan.

1 Muharram 1430 (28hb Disember 2008)
HIZBUT TAHRIR
*Seruan ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir kepada seluruh dunia
Last Updated ( Jumaat, 02 Januari 2009 13:18 )
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: Re: Bantahan HT terhadap pengganas Israel   Sun Jan 04, 2009 8:35 pm

Bantahan Hizbut tahrir Malaysia keatasan keganasan Israel...

http://www.youtube.com/watch?v=WCtbO_A9NkI
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: Re: Bantahan HT terhadap pengganas Israel   Sat Jan 10, 2009 6:28 am

Seruan Hizbut Tahrir Malaysia kepada Panglima ATM
Dikirim pada Januari 10, 2009 oleh muhammadghazi

Alhamdulillah, pada hari Jumaat (9 Januari 2009) pihak Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah berjaya menganjurkan demonstrasi aman bagi mendesak pihak angkatan tentera Malaysia (ATM) menghantar ketumbukan tentera untuk membebaskan Ghaza khasnya dan Palestin amnya daripada cengkaman penjajah Zionis yang zalim.

Demonstrasi diadakan di hadapan Kementah setelah selesai solat Jumaat, bermula di hadapan Masjid Khalid al Walid dan kemudiannya bergerak secara aman dan teratur menuju ke Kementah disulami dengan slogan anti-Zionis, laungan takbir, dan seruan jihad kepada angkatan tentera. Delegasi HTM turut tampil menyerahkan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera. Dalam masa yang sama pihak HTM juga telah mengedarkan risalah seruan HT kepada tentera Muslimin bagi mendesak mereka untuk bangkit melakukan pembelaan. (Untuk membaca seruan tersebut, sila klik - Seruan daripada Hizbut Tahrir)

Demonstrasi tamat kira-kira jam 2.45 petang secara aman dan para demonstran kembali ke tempat masing-masing dengan keazaman dan semangat yang tidak pernah pudar dalam berjuang menegakkan syariat Islam di mukabumi. Perjuangan yang tidak akan pernah selesai sehingga hukum Islam ditegakkan ataupun kami terkorban dalam usaha menegakkannya mengikut manhaj nubuwwah.

p.s. Insya Allah, gambar demonstrasi akan menyusul kelak. Maaf kerana penulis tidak dapat menyediakan gambar buat masa ini.
Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada para panglima angkatan tentera kaum Muslimin, agar mereka tergerak untuk mara ke medan jihad bagi membebaskan kaum Muslimin di Palestin daripada cengkaman penjajah Zionis.
Ya Allah, sesungguhnya penguasa kaum Muslimin telah mengkhianati-Mu, telah mengkhianati Rasul-Mu, dan juga umat Islam keseluruhannya kerana membiarkan sahaja umat Islam di Ghaza diratah hidup-hidup oleh pengganas Zionis yang kejam.

Wahai tentera kaum Muslimin, bangkitlah! Keluarlah dari berek-berek tentera dan bersama berangkat menuju ke medan jihad demi meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah!

Wahai umat Islam, sedarlah! Mari kita bersama bersatu hati bagi menghadapi kezaliman yang sedang terjadi ke atas saudara kita di Gaza! Marilah kita bangkit menyeru ke arah penyatuan yang hakiki… Ayuh, marilah bersama menyeru kepada tertegaknya khilafah kali kedua, yang berdiri atas manhaj nubuwwah!

Ya Allah, saksikanlah bahawa sesungguhnya hamba-Mu ini telah menyampaikan..!

Amin
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: HTM serah MEMO kepada Angkatan Tentera M'sia   Sun Jan 11, 2009 2:58 am

Gaza - HTM serah memo kepada ATM
Oleh HTM www.mykhilafah.com
Sabtu, 10 Januari 2009 15:52




KUALA LUMPUR 9 Jan - Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak hari ini gempar dengan acara penyerahan memorandum dan juga laungan jihad oleh sejumlah aktivis gerakan Islam, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Hizbut Tahrir Malaysia telah menggerakkan umat Islam bagi mendesak Angkatan Tentera Malaysia untuk bertindak segera menyelamatkan Gaza daripada keganasan rejim Israel. Selesai solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, yang terletak berhampiran Markas ATM tersebut , Hizbut Tahrir telah menyeru dan mengajak umat Islam untuk bersama-sama mendesak ATM bagi melancarkan jihad ke Israel. Jihad yang diserukan adalah jihad yang sebenar iaitu jihad fi sabilillah, dengan ATM menggerakkan seluruh tentera udara, darat dan laut bagi menyelamatkan umat Islam yang sedang dibunuh dengan kejam oleh Israel di Palestin. Sebagai salah sebuah angkatan bersenjata kaum Muslimin, adalah wajib bagi ATM menghantar tentera ke Gaza tanpa berlengah sedikit pun.

Berucap di hadapan lebih 1,000 jemaah, Ustaz Umar Hussien, Naib Presiden HTM dengan lantang dan penuh semangat menyeru Angkatan Tentera Malaysia untuk menyahut seruan jihad yang sedang memanggil di Gaza. Di dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penyelesaian sebenar yang perlu diambil oleh penguasa kaum Muslimin adalah dengan menghantar tentera untuk menggempur tentera Israel yang sedang bermaharajalela tanpa sedikit pun tentangan oleh mana-mana negara atau tentera kaum Muslimin. Keganasan dan kebiadaban Yahudi di Gaza saat ini tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan satu-satunya jalan yakni pasukan tentera mestilah dihantar ke sana bagi melawan musuh Allah yang juga merupakan musuh umat Islam iaitu Yahudi laknatullah. Kekuatan mestilah dilawan dengan kekuatan dan perang mestilah dijawab dengan perang, bukannya dengan ubat-ubatan atau pemboikotan semata-mata.

Sebelum dari itu, khutbah Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid juga menyentuh isu pembunuhan di Gaza di mana Khatib dengan penuh semangat menceritakan bagaimana lahirnya negara haram Israel. Khatib telah berapi-api mengutuk kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera Israel yang telah dibidani kelahirannya oleh rejim kuffar British melalui Perjanjian Balfour. Sayangnya, walaupun berkhutbah di hadapan ratusan pegawai tentera, Khatib telah gagal memberikan penyelesaian yang hakiki kepada masalah Palestin apabila mencadangkan agar umat Islam menambahkan ilmu berkenaan sejarah dan mengikis fahaman negatif terhadap apa yang berlaku, bertawakal dan menghilangkan penyakit 'wahn' (cinta dunia dan takut mati) dan akhir sekali penyelesaian praktikal yang dicadangkan adalah dengan melakukan pemboikotan, pameran dan membangunkan jiwa umat untuk bergerak.



Hizbut Tahrir Malaysia menyatakan dengan jelas dan lantang di dalam seruannya selepas solat Jumaat yang diadakan di hadapan masjid tersebut bahawa satu-satunya penyelesaian yang hakiki bagi masalah Palestin sekarang adalah dengan bergeraknya tentera untuk berjihad fi sabilillah, tentera mesti terjun langsung ke medan perang dan melawan tentera-tentera Israel yang sedang mengganas membunuh saudara-saudara kita, termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Ustaz Isa Abdullah, salah seorang aktivis HTM menyambung ucapan dan mengingatkan para tentera bahawa berapa ramai anak-anak yang telah kehilangan ayah dan ibu, isteri-isteri yang kehilangan suami dan banyak lagi kesengsaraan lainnya yang berlaku di Gaza, malah umat Islam di sana kini sedang menggigil di dalam kesejukan malam di musim dingin di Gaza kerana rumah tempat mereka berlindung telah hancur musnah di bom oleh tentera rejim haram Israel. Beliau seterusnya mengingatkan bahawa tentera kaum Muslimin sebenarnya kuat serta kemenangan atau syurga sedang menanti mereka di Gaza. Malangnya pemerintah yang ada telah memasung kekuatan tentera Malaysia dengan langsung tidak menggerakkan tentera untuk berjihad, sebaliknya para tentera hanya ‘digunakan’ tujuan perhiasan dan pertunjukan semata-mata.

Selesai ucapan di hadapan masjid Khalid al-Walid tersebut, HTM bersama sebahagian dari para jemaah terus bergerak ke pintu utama Kementerian Pertahanan Malaysia bagi tujuan menyerahkan memorandum kepada Panglima ATM. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 15 minit, slogan jihad yang ditujukan kepada tentera dilaungkan seperti “Aina jundul Muslimin! Li Tahriri Falastin” (Di mana tentera Muslimin! Untuk membebaskan Palestin) “Khaibar Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud” (Khaibar Khaibar Wahai Yahudi! Tentera Muhammad Akan Datang). Slogan lain yang menaikkan semangat umat Islam berserta kalimah tauhid dan takbir turut dikumandangkan hinggalah tiba ke pintu pagar utama Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah).

Sebaik tiba di depan Kementah, Ustaz Umar Hussien memberikan taklimat ringkas dan meminta agar para peserta menjaga tatatertib dan tidak menghalang lalu lintas. Kalimah tauhid dan takbir terus dikumandangkan di sepanjang acara penyerahan.

Ustaz Abdul Hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia telah mengetuai delegasi umat untuk menyampaikan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Beliau turut diiringi oleh Ustaz Umar Hussien, Sdr Tarmizi Salleh dan Sdr Norazaman Mustafar yang merupakan AJK Pusat HTM.



Memorandum HTM mengingatkan ATM bahawa satu-satunya penyelesaian terhadap apa yang berlaku di Gaza sekarang adalah dengan menggerakkan pasukan tentera kita ke sana. Bukan sekadar ATM, malah angkatan tentera kaum Muslimin di seluruh dunia wajib digerakkan ke sana sekarang bagi menghadapi Israel. HTM turut mengingatkan bahawa senjata yang ATM miliki bukanlah untuk perhiasan dan latihan semata-mata tetapi perlu digunakan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Palestin dan perlu digunakan untuk membunuh musuh-musuh Allah.

Penguasa kaum Muslimin telah melakukan jenayah yang besar dengan tidak menggerakkan tentera ke sana, malah mereka telah mengkhianati umat Islam dengan berharap kepada organisasi kufur seperti PBB bagi menyelamatkan Palestin, walhal PBBlah yang telah ‘melahirkan’ Israel dan PBBlah yang selama ini menjaga Israel melalui Amerika Syarikat.

Memorandum HTM mengobarkan semangat jihad kepada ATM untuk menyelamatkan kaum Muslimin Palestin dari terus dibedil dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah. HTM mengingatkan bahawa tenteralah golongan yang layak dan berkeupayaan untuk melaksanakan kewajipan ini. Pihak tentera dinasihatkan supaya tidak mendukung para pemimpin yang pengecut yang telah mengkhianati kaum Muslimin. HTM menekankan bahawa jihad adalah satu-satunya penyelesaian sebenar kepada masalah ini dan sekiranya ia dilancarkan, Insya Allah saudara-saudara kita di Palestin akan dapat diselamatkan dan Israel akan berjaya dihancurkan. Ini kerana, apabila tentera kaum Muslimin berjihad kerana menyahut seruan Allah, maka Allah dan para malaikat akan bersama dengan mereka. Firman Allah,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Oleh kerana situasi ini tidak biasa dihadapi oleh pihak ATM dan mungkin kerana urusan protokol ATM yang ketat, maka delegasi yang diketuai oleh Ustaz Abdul Hakim terpaksa menunggu agak lama sebelum memorandum berjaya diserahkan. Pada mulanya, HTM diberitahu bahawa Panglima ATM telah dimaklumi akan apa yang sedang berlaku dan beliau akan turun sendiri atau akan menghantar wakilnya untuk menerima memorandum tersebut. Setelah menunggu sejenak, kedua-dua pintu pagar utama (masuk dan keluar) terus ditutup dan delegasi serta para peserta terpaksa menunggu agak lama. Ucapan dan laungan takbir terus berkumandang di hadapan Markaz Angkatan Tentera itu sementara menunggu ketibaan Panglima ataupun wakilnya.

Akhirnya, tiada tanda-tanda yang Panglima atau wakilnya akan turun, dan delegasi HTM diminta agar meninggalkan tempat tersebut, tanpa menyerahkan memorandum. Setelah beberapa perbincangan dilakukan, akhirnya beberapa orang staff ATM yang ada di situ sanggup menerima memorandum tersebut bagi pihak Panglima ATM. Terima kasih kami ucapkan kerana akhirnya ada staff tentera yang ‘berani’ menerima sepucuk memorandum dari HTM



Alhamdulillah, proses penyerahan memorandum berjalan lancar. HTM mengharapkan agar memorandum tersebut benar-benar akan sampai kepada Panglima ATM ataupun kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri selaku Menteri Pertahanan.

Lebih kurang jam 3.00 petang, majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Ustaz Isa, memohon bantuan dari Allah SWT supaya menyedarkan tentera Malaysia dan memohon agar Allah SWT membantu tentera Malaysia dan tentera kaum Muslimin lainnya bagi menghancurkan Israel sekiranya mereka berjihad ke Palestin. Sekiranya mereka tidak bergerak, HTM memohon doa kepada Allah agar menggantikan kerajaan yang ada dengan sebuah negara Khilafah, yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya dan yang akan menghantar tentera untuk berjihad mengalahkan musuh-musuh Allah dan membebaskan kaum Muslimin di seluruh dunia dari cengkaman musuh. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.












Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: Re: Bantahan HT terhadap pengganas Israel   Sun Jan 11, 2009 3:31 pm

Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Sponsored content




PostSubyek: Re: Bantahan HT terhadap pengganas Israel   

Kembali Ke Atas Go down
 
Bantahan HT terhadap pengganas Israel
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: