Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 ANCAMAN 3 GOLONGAN RADIKAL ISLAM TERHADAP EROPAH

Go down 
PengirimMessage
Tengku joe




Jumlah posting : 69
Registration date : 21.11.06

ANCAMAN 3 GOLONGAN RADIKAL ISLAM TERHADAP EROPAH Empty
PostSubyek: ANCAMAN 3 GOLONGAN RADIKAL ISLAM TERHADAP EROPAH   ANCAMAN 3 GOLONGAN RADIKAL ISLAM TERHADAP EROPAH Icon_minitimeFri Feb 01, 2008 5:30 pm

ANCAMAN 3 GOLONGAN RADIKAL ISLAM TERHADAP EROPAH


[Berikut adalah terjemahan analisis/artikel oleh Lorenzo Vidino*** yang dikeluarkan pada 16/01/08. Artikel asal adalah berbahasa Inggeris dan disediakan pautannya di bawah. Oleh sebab ini hanyalah terjemahan, para pembaca diminta merujuk kepada artikel asal untuk ketepatan makna]

Selepas kejadian pengeboman Madrid 2004, serangan bom London 2005, dan ancaman dari perancangan jahat pengganas yang telah digagalkan sepanjang beberapa tahun lepas, penganalisis dan pembuat polisi di kedua-dua kawasan Atlantik telah menyedari bahawa Eropah sedang menghadapi tentangan besar daripada golongan pengganas berinspirasikan Islam. Hakikatnya, pengganas hanyalah secuil dari sebongkah ais (tip of the iceberg), yang memanifestasi sebahagian kecil dari satu masalah yang besar. Hari ini, Eropah menghadapi ancaman dari 3 golongan radikal Islam yang mana pengganas hanyalah yang paling dekat dan jelas, tetapi tidak semestinya yang paling berbahaya.

Piramid Islam Eropah

Ancaman 3 golongan ini boleh dijelaskan sebagai sebuah piramid. Di tempat teratas adalah golongan jihad yang ganas, terdiri dari beberapa ribu individu yang berselerakan di seluruh benua ini, membahayakan masyarakat di mana mereka tinggal, dan akan sanggup menumpahkan darah untuk mencapai cita-cita mereka. Di bahagian bawah mereka pula, apa yang boleh dijelaskan sebagai “golongan revolusi aman”, terdiri dari kumpulan dan rangkaian yang secara terbuka menyatakan penentangan mereka terhadap sebarang sistem kerajaan yang tidak mengikut syariah (Hukum Islam). Mereka belum lagi ataupun tidak, secara terbuka, menggunakan kekerasan secara langsung untuk meneruskan agenda mereka. Akhir sekali, bahagian dasar piramid, bahagian yang paling besar yang diisi oleh kumpulan yang secara umumnya menyatakan sokongan mereka kepada demokrasi. Golongan ini merupakan masyarakat Muslim yang berintegrasi dengan aliran utama penduduk Eropah, tetapi dengan senyap membentuk populasi radikal Muslim Eropah.

Setiap satu golongan radikal Islam ini mempunyai perbezaan corak kehadiran mereka, struktur dan modus operandi masing-masing. Tiap-tiap pihak menunjukkan ancaman yang berbeza kepada pembuat polisi dan agensi perisikan Eropah. Eropah pula hanya memerhatikan ancaman golongan Jihad dan mempunyai penyelesaian untuk menghalangnya, tetapi mempunyai kefahaman yang terhad terhadap ancaman dua golongan lagi.

Golongan Jihad

Individu-individu yang menggabungkan diri dengan interpretasi Islam yang paling militan telah mula menunjukkan kehadiran mereka di Eropah pada pertengahan 1980-an. Bilangan mereka telah bertambah pada akhir dekad dan semasa tahun pertama 1990an, sekumpulan kecil yang dipanggil ‘Afghan-Arab’ dan yang lain menamakan diri mereka sebagai golongan Jihad (Jihadist), telah melarikan diri dari dakwaan (atau keadaan yang memburuk) di Timur Tengah dan Utara Afrika lalu menetap di Eropah. Dengan mengeksploitasi kebebasan (yang diamalkan) di Barat, golongan Islam dengan kekerasan ini terus menyokong aktiviti kelompok mereka di negara asal mereka melalui propaganda, mengumpul bantuan kewangan dan melatih anggota baru. Eropah merupakan lokasi logistik yang ideal bagi kumpulan seperti kumpulan Jamaa Islamiya Mesir atau GIA Algeria (dan kemudian GSPC), yang membolehkan mereka menubuhkan hubungan rangkaian luas di seluruh benua.

Pada pertengahan kedua tahun 1990-an, kumpulan ini dan rangkaiannya mula condong ke arah al-Qaeda, menerima mesej jihad yang global. Ini telah berlaku di Bosnia, Chechnya, dan sudah tentu, Afghanistan. Kumpulan-kumpulan jihad ini dari pelbagai negara telah melakukan hubungan dan memutuskan untuk bergabung, menentang bukan sahaja musuh tradisinya (rejim di dunia Islam), tetapi juga melawan “musuh jauh” iaitu Barat.

Kunci utama percambahan perkongsian idea dan kaedah di antara kumpulan-kumpulan jihad ini telah digalakkan oleh sebahagian Masjid yang sangat radikal di Eropah, seperti Finsbury Park London, Institut Budaya Islam Milan, Sahaba Vienna atau al-Quds Hamburg, yang kesemuanya menjadi tempat popular ahli radikal dari pelbagai negara bertemu. Sesungguhnya rangkaian ini telah lama beroperasi secara bebas di Eropah yang kemudiannya menjadi francais kepada al-Qaeda di benua ini, membekalkan sumber manusia, bantuan kewangan dan logistik kepada perkembangan gerakan.

Sepanjang beberapa tahun lepas, terdapat perubahan generasi dalam rangkaian kumpulan jihad. Hari ini kebanyakan golongan Jihad, terutamanya di negara Eropah Utara, adalah generasi kedua Muslim yang berimigrasi ke Eropah (dengan jumlah sedikit tetapi bilangan penganutnya amat bermakna).

Hari ini kita dapat melihat dengan jelas realiti rangkaian kumpulan jihad di Eropah sebagai suatu yang berkesinambungan. Yang paling ketara, kita dapati anggota gerakan tempatan: kelompok kecil radikal yang kebanyakannya kelahiran Eropah, tidak mempunyai hubungan dengan gerakan dari luar, beroperasi bebas secara mutlak. Pada spektrum yang bertentangan pula, kita melihat sel-sel yang berselerakan tapi mempunyai rangkaian struktur yang baik dan disusun oleh struktur hierarki, seperti model gerakan jihad yang beroperasi di Eropah pada 1990-an.

Di antara kedua pandangan yang paling ketara adalah keseluruhan spektrum realiti, diletakkan berdasarkan kepada tahap autonomi kelompok. Model yang sering diulangi adalah pengeboman London, pada Julai 7, 2005: kumpulan kecil pemuda, kebanyakan mereka dilahirkan dan dibesarkan di Eropah, yang mana mereka mengenali antara satu sama lain sama ada melalui masjid atau kejiranan (kemudian) menjadi radikal di Eropah. Hanya sebilangan kecil anak tempatan ini yang mengembara keluar untuk mendapatkan pengetahuan kepakaran membuat bom dari kumpulan sekutu al-Qaeda, yang membuatkan kelompok ini berpindah dari kelompok kecil persahabatan bersifat amatur kepada sel lengkap sebagai pengganas.

Cabaran dari rangkaian jihad ini, di mana sahaja mereka tinggal, sebagai sebuah kesinambungan, merupakan suatu yang menakutkan. Sementara dahulunya, rangkaian ini secara besar-besaran menumpukan sokongan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar dari benua, hari ini mereka menimbangkan Eropah sebagai sasaran utama. Sejak 9/11, agensi perisikan Eropah, selalu dibantu oleh rakan sejawat mereka Amerika Syarikat, telah membongkar rangkaian dan menghalang beberapa serangan pengganas. Kebanyakan negara Eropah telah melakukan beberapa perubahan besar kepada perundangan mereka untuk menghadapi serangan pengganas secara efektif, walaupun dalam beberapa kes masih memerlukan pembaikan.

Memandang ke hadapan, tugas yang telah dihadapi oleh pihak berkuasa Eropah adalah cemerlang. Di Britain sahaja, MI5 percaya bahawa ada sekitar 4000 orang suspek pengganas dan 200 kumpulan jihad bertaburan di sepanjang negara itu. Pegawai perisikan percaya bilangannya adalah kecil tetapi membimbangkan. Mereka beroperasi di negara-negara Eropah lainnya, hatta di negara yang secara tradisinya ‘senyap’ seperti Scandinavia dan Eropah Timur.

Golongan Revolusi Aman

Penolakan secara sepenuhnya nilai-nilai Barat dan memperjuangkan hasrat penubuhan Negara Islam Sedunia (Khilafah) bukanlah hanya tertumpu kepada kelompok jihad bahkan juga merupakan aspirasi organisasi bukan kekerasan yang beroperasi di Eropah. Kumpulan yang paling terorganisasi di kalangan gerakan “revolusi aman” ini adalah Hizb-ut-Tahrir (HT atau Parti Pembebasan), yang wujud di kebanyakan negara-negara Eropah. Pandangan HT terhadap dunia adalah mudah. Seluruh penyelesaian kepada politik manusia, ekonomi, budaya dan masalah sosial akan ditemui dalam Islam, dan hanya satu sahaja cara manusia untuk mencapai keadilan iaitu dengan membuang sistem buatan manusia, dan menubuhkan Khilafah melingkupi bukan sahaja dunia Umat Islam, tetapi setiap negara bukan Muslim juga.

Mesej HT telah disebarkan melalui usaha propaganda yang tidak putus-putus. Ini termasuklah laman web dan penulisan dalam pelbagai bahasa Eropah, selembaran-selembaran dengan jiran-jiran Muslimnya dan di hadapan masjid-masjid utama, dan juga melalui video di YouTube. Konferensi HT telah dihadiri oleh beribu penyokong yang bersimpati, secara tetap diadakan di United Kingdom, Denmark, Austria dan Jerman. HT amat kuat di Eropah, sehingga dalam tindakan yang agak bertentang dengan dugaan hati, namun jelas mengandungi mesej yang ketara, beberapa anggotanya telah melakukan perjalanan ke Timur Tengah untuk menyebarkan mesej organisasinya dan ‘mengIslamkan’ kembali masyarakat Timur Tengah.

HT bukan hanya merayu kepada masyarakat yang tidak berpuas hati dari kalangan Muslim Eropah yang tidak terpisah, malah anggota HT cenderung terdiri dari kalangan pemuda yang berpendidikan profesional; mereka adalah generasi kedua Muslim yang berimigrasi ke Eropah. Barisan mereka disokong kuat oleh sekumpulan kecil anggota baru yang memeluk Islam.

Retorik HT adalah canggih dan penuh kemahiran dikhabarkan ke telinga-telinga Muslim Barat. Tambahan pula, ia secara amnya menafikan sebarang dakwaan melakukan kekerasan, untuk menghalang usaha-usaha penyiasatan dari pihak berkuasa. HT mengatakan bahawa Islam sedang diperangi, Umat Islam bertanggungjawab mempertahankan saudara Muslimnya di seluruh dunia, dan mereka hendaklah menubuhkan Khilafah untuk menguatkan pertahanan. Walau bagaimanapun, HT tidak menentukan bagaimana Muslim harus bertindak.

Walaupun HT secara terbuka tidak menerima kekerasan, tetapi ia membekalkan ideologi yang cukup berkuasa untuk membentuk radikal Muslim. Perpindahan dari menganut pandangan sejagat HT kepada melakukan tindakan kekerasan untuk meneruskan matlamat adalah jalan yang mudah. Kerana ini, HT selalu dikenali sebagai “pembawa” ("conveyor belt") kepada keganasan. Tambahan lagi, walaupun organisasi tersebut tidak pernah dikaitkan secara langsung dengan keganasan, tetapi beberapa orang anggota HT di Eropah pernah (dikaitkan).

HT terus menerus mengecewakan banyak kerajaan Eropah. Jerman telah mengharamkannya dalam tahun 2002 kerana sikapnya yang anti-Yahudi, tetapi kumpulan ini terus beroperasi di bawah nama yang lain. Sama juga, setelah pengeboman London, kerajaan British berusaha mengharamkan HT, tetapi berhenti setelah mereka (kerajaan British) gagal mengaitkan HT dengan keganasan. Jika dilakukan juga, ini hanya akan menyebabkan kerajaan British ditentang secara perundangan. Negara Eropah lain masih lagi mendebatkannya, sama ada aktiviti HT patut diharamkan atau mereka patut dilindungi atas nama kebebasan bersuara.

Beberapa bulan kebelakangan ini, ada beberapa indikasi bahawa dakwah HT menganjurkan keganasan di perkumpulan-perkumpulan kecil, atau di tempat yang dipercayai media atau agensi perisikan tidak memantau aktiviti mereka. Shiraz Maher, bekas Pengarah Daerah HT di England, telah meninggalkan kumpulan ini dan mengeluarkan dokumentari mengenainya untuk BBC di mana beliau mempercayai bahawa HT tidak menolak kekerasan. “Hizb-ut-Tahrir memandang rendah demokrasi dan mempercayai undang-undang syariah mesti dilaksanakan di seluruh dunia,” kata Maher, “dengan kekuatan jika perlu”.

Majid Nawaz, bekas ahli senior HT, menegaskan bahawa “mereka (HT) telah bersedia untuk itu, apabila tertegaknya negara (Islam), akan menyerang negara lain dan membunuh manusia ke arah menyatukan negara menjadi satu negara”. Nawaz juga mengakui kesan perpecahan yang telah dibawa oleh bekas pertubuhannya itu ke atas sebahagian besar masyarakat: “Saya rasa apa yang diajari kepada saya bukan hanya boleh merosakkan masyarakat British, hubungan antara Muslim British dan merosakkan kedudukan Muslim dalam masyarakat sebagai warganegara British, malah saya rasa ia juga telah merosakkan dunia”.

Islamisasi Menerusi Sistem Barat

Di bahagian paling bawah piramid, dan paling banyak bilangannya, adalah komponen politik Islam yang amat penting di Eropah - Ikhwanul Muslimin dan gerakan kebangkitan yang lain seperti Jamaat-el-Islami Pakistan atau Turkish Milli Gcrc. Sepanjang separuh abad lepas, gerakan ini telah membentuk cawangan di beberapa negara Eropah, hasil dari aktivis mereka dan bantuan kewangan asing. Organisasi kebangkitan seperti Majlis Muslim Britain, Kesatuan Pertubuhan Islam Perancis atau Persatuan Islam Jerman telah menjadi de facto sebagai wakil komuniti Muslim di negaranya. Mereka mengawal banyak masjid dan mempunyai hubungan dengan institusi kerajaan sebagai rakan kongsi yang paling disenangi.

Apabila berhadapan dengan media dan kerajaan, organisasi ini akan menunjukkan muka manis yang moderat, secara terbuka menyokong integrasi dan demokrasi. Meskipun di masjid mereka, organisasi kebangkitan ini menggunakan retorik berbeza, namun masih memeluk ideologi organisasinya yang asal yang bersemangat tinggi. Matlamat mereka adalah membentuk komuniti Muslim Eropah yang radikal dan mencipta Muslim pemisah yang mencari pemisahan ruang sosial (dari sekolah ke kolam renang) dan memisahkan kehakiman.

Sementara mereka secara rasminya tidak menganjurkan penggunaan kekerasan di Barat (walaupun mereka melakukannya di Iraq dan kawasan Palestin), boleh dibahaskan bahawa golongan kebangkitan semula ini melakukan penentangan secara sembunyi yang lebih hebat berbanding kumpulan Islam lain yang secara terbuka mencabar kerajaan dan nilai-nilai Barat. Ini adalah kerana mereka menampakkan kecednderungan mereka kepada ‘kesederhanaan’, (kerana dengannya) mereka selalu berjaya membentuk hubungan baik dengan golongan elit Eropah. Dalam beberapa kes, mereka dilihat sebagai rakan karib kepada kerajaan di Eropah menentang radikal Islam. Hak mereka menurut undang-undang dan kuasa yang mereka peroleh melalui perakuan kerajaan membenarkan mereka memperkuat status mereka di kalangan komuniti Muslim dan kemampuan mereka untuk melahirkan golongan radikal.

Pertubuhan kebangkitan semula ini menumpukan usaha mereka dalam membentuk populasi Muslim yang radikal, sementara memujuk dan menembusi sistem rasmi kerajaan. Beroperasi dalam kerangka sah, selalunya dengan sokongan kerajaan Eropah, aktiviti mereka mencipta asas ke atas apa yang dibina oleh kumpulan yang lebih radikal. Kehadiran mereka adalah sebagai landasan (bahagian bawah) piramid dan masalah bagi Eropah yang masih tidak mampu diselesaikan.

Cabaran Eropah

Setiap bahagian piramid Islam memberikan jenis tentangan yang berbeza kepada keselamatan dan cara hidup Eropah. Eropah mesti mengenal-pasti setiap satu bahagian ini dan mencari kaedah yang sesuai dengan undang-undang dan tatacara politik untuk menghadapi mereka.


***Lorenzo Vidino adalah Penolong Pengarah bagi Projek Penyiasatan, sebuah institut kajian menangkis pengganas berpusat di Washington D.C. (Lorenzo Vidino is deputy director at the Investigative Project, a Washington D.C.-based counterterrorism research institute)

[sumber asal:
http://frontpagemagazine.com/Articles/Read.aspx?GUID=F9C3DECF-8AC7-4AC3-ACB8-E732F84F4981]
Kembali Ke Atas Go down
 
ANCAMAN 3 GOLONGAN RADIKAL ISLAM TERHADAP EROPAH
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Ancaman Terhadap Khilafah
» Bantahan HT terhadap pengganas Israel
» Seruan Hizbut tahrir terhadap filem fitna
» sejarah Umat Islam
» seminar pemikiran islam

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: