KETAKUTAN PENGUASA ARAB SAUDI PADA MUSIM HAJI
Setiap kali musim Haji, kita akan dapat saksikan bagaimana khusyuk para jemaah mengerjakan setiap rukun ritual mereka. Para jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesucian Ka’abah. Mereka akan merasa takjub setiap kali berhadapan dengan Ka’abah kerana di situlah Islam diturunkan. Namun, Islam yang diamalkan ketika berhadapan dengna Ka’bah hanyalah meliputi aspek kerohanian. Padahal, Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bukan sahaja mencakupi aspek kerohanian tetapi juga aspek politik.
Di rumah Allah inilah tempat bagaimana Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan para sahabat berjuang dan mempertahankan keimanan mereka. Terlalu banyak tempat-tempat di sekitar Mekkah yang menjadi bukti kepada perjuangan ini. Jadi, tidak keterlaluan jika tempat-tempat ini dikatakan mampu membangkitkan emosi lampau generasi awal kaum muslimin yang menghadapi pertentangan yang hebat daripada seluruh masyarakat Jahiliyyah Mekah pada ketika itu. Tidak ada sudut di Mekah yang sunyi daripada penindasan dan penyeksaan kaum kafir Quraisyh ke atas kaum muslimin.
Terdapat satu kawasan di mana sahabat Rasulullah, Bilal bin Rabah ( seorang berketurunan Habsyah yang sekarang di kenali sebagai Ethiopia) pernah diazab oleh seorang pemuka Quraisyh yang bernama Umayyah bin Khalaf. Tempat tersebut telah dilupakan sama sekali kerana tidak dipelihara atau ditandai oleh penguasa Mekkah. Diriwayatkan kawasan tersebut merupakan antara lokasi yang paling panas di kawasan Mekkah. Sekiranya sekeping daging diletakkan di situ, nescaya ia akan masak. Apabila seseorang yang lalu berhampiran kawasan tersebut, ia tidak dapat mengelak daripada merasai bahang yang sangat panas sehingga ia menyedari bahawa itulah tempatnya, iaitu tempat di mana Bilal bin Rabah telah diseksa. Di lokasi sedemikianlah Bilal dibaringkan di dalam keadaan tidak berbaju dengan lehernya terikat. Kemudian seketul batu besar ( diriwayatkan batu tersebut sangat besar, sehingga hampir menyamai sebuah kenderaan ) diletakkan diatas dadanya. Dan Bilal bin Rabah (ra) masih teguh dengan keimanannya. Tetapi malangnya pada hari ini, kebanyakan orang yang lalu lalang tidak menyedari tentang sejarah lokasi tersebut.
Jika para jemaah Haji ditunjukkan tempat-tempat bersejarah ini, tidakkah mereka akan menyaksikan dan merendahkan diri mengenangkan perjuangan yang telah dilalui oleh generasi awal kaum muslimin? Bukankah mereka akan mula mengkaji bentuk perjuangan ideologi yang telah berlaku? Tidakkah mereka akan terfikir bahawa aqidah yang mereka anuti ini merupakan satu bentuk perutusan daripada Allah yang mesti terus di sampaikan kepada umat manusia? Tidakkah mereka menyedari bahawa pada peringkat awal lagi, Islam telah dilihat sebagai ancaman kepada sistem yang ada dan kepada penguasa yang zalim? Tidakkah ini semua akan menyedarkan para jemaah Haji bahawa mereka juga sebenarnya adalah sebahagian daripada hasil perjuangan tersebut ketika melakukan setiap rukun Haji?
Para jemaah Haji juga harus ditunjukkan tempat di mana Khabab bin al Arrat ( ra) ditimpa perisai besi yang dipanaskan ke atas dadanya yang tidak berbaju supaya dia meninggalkan Islam daripada dadanya. Bukankah ini akan menyedarkan seseorang untuk menyiasat dan bertanya, mengapakah terdapat penyeksaan yang sedemikan rupa dan mengapa terdapat rintangan kepada suatu utusan yang sempurna, bahkan terdapat fakta yang menunjukkan utusan ini secara berterusan mencabar semua sistem palsu yang ada di dalam kehidupan ini? Tidakkah ini akan menyebabkan perasaan seseorang itu akan tertarik kepada pergelutan pemikiran dan politik?. Memang benar, jika dia ditunjukkan tempat di mana Rasulullah saw dicela oleh Abu Jahal dan di mana surah Al’Alaq diturunkan, tempat di mana Allah swt memberikan kebenaran kepada Jibrail ( as) untuk membunuh Abu Jahal dan tempat di mana Abu Jahal cuba mencekik Rasulullah saw.
Jika mereka ditunjukkan tempat-tempat tersebut dengan semua kisah ini diterangkan, nescaya bagi yang ikhlas, kalbu mereka akan dipenuhi dengan suatu perasaan sebak dan pemikiran mereka akan segera menyedari bahawa apa yang sebenarnya telah berlaku ialah perjuangan dakwah utusan agung yang kemudiannya menyebabkan tertegaknya suatu ideologi yang menguasai dunia telah berlaku di situ dan para jemaah akan dapat menyedari bahawa mereka merupakan hasil daripada perjuangan tersebut. Minda mereka akan turut tertarik untuk bertanya di manakah menghilangnya ideologi agung itu pada hari ini. Ini akan menimbulkan semangat berjuta-juta jemaah untuk bersemuka dengan penguasa ( penjenayah-penjenayah) yang ada sekarang ini.
Begitu juga, jika mereka ditunjukkan Darul Arqam, iaitu tempat di mana Halaqah-halaqah (pembinaan tsaqafah) dijalankan pada malam hari, atau mereka ditunjukkan laman rumah di mana Saidina Abu Bakar ( ra) biasa membaca Al Quran dengan kuat dan menangis walaupun dia telah dijanjikan perlindungan oleh Allah swt, atau tempat berhampiran dengan Mekkah di mana Rasulullah saw telah dianiaya sehingga menyebabkan darah mengalir hingga ke kaki dan selipar baginda menjadi merah sehingga tidak dapat dibezakan di antara kaki Rasulullah saw dan selipar baginda. Juga tempat di mana baginda hampir dibunuh sebaik sahaja sebelum baginda berhijrah, tempat yang mana menunjukkan keberanian Ali bin Abi Thalib yang sanggup menggantikan tempat Rasulullah saw yang menjadi sasaran pembunuhan. Inilah suasana perjuangan yang harus ditimbulkan di kalangan para jemaah agar mereka dapat sedar dan bangkit. Emosi daripada suasana Haji sangat signifikan untuk mencetuskan gelombang kebangkitan ini di kalangan jemaah Haji dan seterusnya di kalangan kaum muslimin.
Niat jahat regim barat