Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 pejuang muda itu telah pergi

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

pejuang muda itu telah pergi Empty
PostSubyek: pejuang muda itu telah pergi   pejuang muda itu telah pergi Icon_minitimeTue Nov 25, 2008 12:14 am

Pejuang muda itu telah pergi
Oleh HTM
Isnin, 24 November 2008 14:29

Pada hari Sabtu lepas (22 Nov 2008) jam 5.42 petang, seorang syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ahmad Rafi bin Haji Ibrahim, 42 telah kembali ke rahmatullah di Hospital Muar, Johor. Jenazahnya telah dimandi dan dikafankan di hospital yang sama dan kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Parit Keroma, Jalan Abdul Rahman pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam (Ahad). Setelah selesai disembahyangkan, jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan Islam Parit Keroma, Jalan Junid untuk dimakamkan.

Beliau meninggal setelah baru beberapa bulan lepas dikesan menghidap penyakit hepatitis C dan pada pagi Sabtu lalu beliau dikejarkan ke hospital setelah mengadu sesak nafas. Allahyarham yang dilahirkan pada 26 Feb 1966 merupakan bekas pelajar SRK Ismail (1) Muar sebelum meneruskan persekolahan di SMK Jalan Junid. Setelah zaman persekolahannya, Allahyarham meneruskan pendidikan di IKBN dalam jurusan Mekanik Motor dan pernah bekerja di pelbagai syarikat sebagai juruteknik. Sejak 1997 hinggalah ke saat terakhirnya, beliau bekerja di Sykt. Eletronik ST, Tg. Agas, Muar

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berumur 5 tahun.

Penglibatan Allahyarham di dalam HTM bermula sejak lebih kurang 5 tahun lalu (sekitar 2003) dan merupakan seorang yang sangat komited dengan perjuangan untuk menegakkan Islam hinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir. Beliau tidak pernah melalaikan tanggungjawab dakwahnya baik di dalam HTM mahupun kepada umat. Walaupun beliau adalah seorang yang tidak suka dikenali, namun beliau tidak pernah meninggalkan usaha untuk menyampaikan Islam kepada setiap orang yang dijumpainya. Beliau senantiasa mengambil peranan aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh HTM khususnya di Muar. Sepanjang hidupnya, Allahyarham merupakan seorang yang ringan tulang dan amat disenangi oleh rakan-rakan yang lain. Beliau terkenal dengan tidak pernah menolak apa jua tugasan yang diberi demi untuk menyampaikan Islam.

Dalam keadaan uzur sejak beliau di dapati menghidap hepatitis C, Allahyarham masih terus istiqamah melaksanakan kewajipan-kewajipan dakwahnya. Sehinggalah ke saat-saat akhir semasa berada di hospital, beliau masih meminta agar dibawa kepadanya kitab untuk ditelaah kerana katanya masih banyak ilmu Islam yang belum dikuasainya.

Sesungguhnya darah sebagai seorang pejuang Islam tetap segar mengalir di dalam tubuhnya hinggalah ke saat Allah memanggilnya pulang Kami amat sedih dengan pemergiannya dan redha dengan qadha Allah ke atasnya.

Semoga Allah SWT menerima segala amal solehnya, diampunkan segala dosa dan kesalahannya dan ditempatkan oleh Allah di dalam syurgaNya bersama para anbiya’, syuhada dan solehin. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

pejuang muda itu telah pergi Empty
PostSubyek: Re: pejuang muda itu telah pergi   pejuang muda itu telah pergi Icon_minitimeTue Nov 25, 2008 8:39 am

Tujuh Golongan Insan Contoh
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
Kembali Ke Atas Go down
 
pejuang muda itu telah pergi
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: