Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 10 syabab ditangkap, bangladesh

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

10 syabab ditangkap, bangladesh Empty
PostSubyek: 10 syabab ditangkap, bangladesh   10 syabab ditangkap, bangladesh Icon_minitimeWed Sep 24, 2008 2:44 pm

Bangladesh Mulai Ketakutan, Tangkap 10 Anggota Hizbut Tahrir
Wednesday, 24 September 2008 10:40


Syabab.Com - Lagi, seperti yang dialami Rasulullah dan para sahabat, para pengemban dakwah mulai ditangkap oleh penguasa Quraisy dan mereka dilarang berbicara. Hal ini juga terjadi di masa sekarang. Seperti yang dilakukan oleh Polisi Bangladesh yang telah menahan 10 anggota kelompok Islam, Hizbut Tahrir termasuk diantaranya tiga orang dosen Universitas, gara-gara mereka menginginkan penegakkan Khilafah yang akan menerapkan aturan dari Sang Pencipta.

Pejabat setempat menuduh adanya perencanaan tindakan subversif yang menentang negeri tersebut, seperti dikatakan mereka, Jumat (19/09/08).
Para anggota Hizbut Tahrir tersebut berencana untuk berbicara pada sebuah konferensi baru pada Kamis Malam di sebelah kota Rajshashi.

"Mereka membawa leaflet yang menyerukan Bangladesh untuk mendirikan negara Islam yang berbasis syariah," katanya.

Rajshashi, berada sekitar 350 km di sebelah utara dari ibu kota Dhaka.

Polisi mengatakan bahwa Hizbut Tahrir menyebarkan leaflet yang menyerukan pendirian Khilafah, dengan menjatuhkan pemerintah yang ada saat ini, yang menurut mereka "telah membuang Quran dan Sunnah" di bulan yang mulia Ramadhan ini.

"Kami menangkap mereka atas dugaan memberi harapan militansi di negeri ini, kami sedang menginvestigasi kegiatan-kegiatan mereka," kata Komisaris Polisi Rajashahi.

"Mereka memprovokasi kerusuhan atas nama agama. Mereka memberikan harapan pada orang-orang atas nama Islam, untuk menjatuhkan pemerintahan dan mendirikan Khilafah di sini," tuduh pihak Kepolisian.

"Mereka telah menyampaikan kita atas musuh. Kita harus mengambil sumpah untuk menjatuhkan para penguasa yang ada, di bulan Ramadhan ini dan kita menggantikannya dengan sistem Khilafah," kata selebaran yang disebarkan Hizbut Tahrir.

Selebaran mereka juga mengkritik pengiriman pasukan Perdamaian PBB dalam misi mereka untuk melindungi "musuh".

Kebanyakan dari anggota Hizbut Tahrir yang ditangkap itu antara lain para profesional dan cendekiawan. Dua orang pimpinan yang ditangkap itu mengajar insinyur listrk dan insinyur komputer pada Universitas di Dhaka. Sementara yang lainnya para mahasiswa dari berbagai Universitas.

Hizbut Tahrir merupakan partai politik Islam global yang didirikan pada tahun 1953 oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di Masjid Al-Aqsa, di Palestina - kawasan Syam. Gerakan yang mengaku tak pernah menggunakan kekerasan ini bertujuan melanjutkan kehidupan Islam. Namun gerakan ini dianggap menjadi ancaman Barat dan antek-anteknya, karena dianggap dapat merobohkan kepentingan mereka di dunia Islam.

Dalam situs resmi mereka, kelompok ini bergerak di berbagai belahan dunia, baik di Timur Tengah seperti Palestina, Libanon, Yaman juga gencar di Negara Barat seperti di Inggris, Denmark, Jerman hingga Australia. [m/afp/reuters/htb/zee/syabab.com]


10 syabab ditangkap, bangladesh Ht_bangladesh
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

10 syabab ditangkap, bangladesh Empty
PostSubyek: lagi2   10 syabab ditangkap, bangladesh Icon_minitimeFri Sep 26, 2008 5:01 pm

Kenyataan Akhbar Hizbut Tahrir Bangladesh
Oleh HTM
Jumaat, 26 September 2008 11:46
Hizbut Tahrir Bangladesh mengumumkan program untuk aktiviti bantahan terhadap penahanan tidak sah ahli-ahli dan aktivisnya di Rajshahi.

Saudara-saudara wartawan,

Assalamualaikum wrwbt,

Saya mengucapkan selamat datang ke sidang akhbar hari ini. Seperti yang saudara semua sedia maklum, sepuluh orang ahli dan aktivis Hizbut Tahrir Bangladesh telah ditahan di Rajshahi pada 18/09/08 dan seterusnya beberapa akhbar telah menerbitkan berita yang palsu dan menyimpang berkenaan Hizbut Tahrir. Saya ingin berbincang dengan anda semua dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan isu-isu ini pada sidang akhbar ini.

Anda semua sedia maklum bahawa sebahagian dari aktiviti kami di bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah mengeluar dan mengedarkan risalah sejak hari pertama Ramadhan lagi. Pada 09/09/08 kami mengedarkan risalah di Rajshahi dan semenjak itu beberapa media terus memulakan kempen propaganda ke atas Hizbut Tahrir. Untuk menjawab pembohongan propaganda ke atas Hizbut Tahrir, kami menganjurkan sidang akhbar di Kelab Berita Rajshahi pada 18/09/08. Bagaimanapun polis tempatan telah menghalang sidang akhbar tersebut dan dengan tidak adilnya menahan sepuluh dari ahli dan aktivis kami yang hadir di lokasi tersebut.

Di dalam kenyataannya yang pertama kepada media, pihak polis telah menuduh bahawa sidang akhbar telah diaturkan tanpa kebenaran dan melanggar hal keadaan darurat! Telah diketahui oleh semua bahawa pada 09/09/08, Ketua Penasihat (Chief Advisor) telah mengumumkan pemansuhan ke atas halangan perbincangan politik secara tertutup dan tidak perlu memohon kebenaran untuk menganjurkan aktiviti yang dihadiri kurang dari 50 orang. Kemudian pada 12/05/08 pihak kerajaan telah mengeluarkan pekeliling yang menambah jumlah kepada 200. Oleh itu kebenaran adalah tidak diperlukan untuk menganjurkan aktiviti yang dihadiri oleh kurang dari 200 orang dan tuduhan oleh pihak polis dengan itu adalah tidak benar sama sekali.

Saudara-saudara wartawan,

Berkenaan risalah yang kami edarkan pula, sesiapa sahaja yang membaca risalah tersebut akan mendapati bahawa ia mengandungi mesej yang ditujukan kepada kaum Muslimin tentang keadaan mereka (kaum Muslimin) yang semakin buruk, terhina dan putus harapan.(kepada pemerintah sekarang – pent). Risalah tersebut mengingatkan kaum Muslimin akan kejayaan mereka di masa lalu dan tanggungjawab mereka untuk bersatu dan melaksanakan hukum Al-Quran dan Sunnah dengan menegakkan kembali Khilafah untuk mengembalikan kedudukan mereka sebagai umat yang terkemuka. Pada masa yang sama risalah tersebut juga menyeru kepada kaum Muslimin untuk memenuhi tanggungjawab mereka dengan menyingkirkan pemerintah-pemerintah di dunia Islam yang merupakan agen-agen kepada penjajah. Saya dengan ini ingin mengingatkan anda semua tentang kedudukan kita bahawa kerja-kerja ini perlu dilakukan mengikut metodologi Nabi Muhammad SAW. Metod ini melibatkan kerja-kerja menggerakkan pendapat umum dan kesedaran tentang Islam sebagai ideologi politik. Ia juga memerlukan tindakan secara politik ke atas pemimpin-pemimpin yang rosak dan mengerakkan masyarakat untuk menyingkirkan mereka.

Inilah metode yang telah diambil oleh Hizb ut-Tahrir semenjak penubuhan parti dan kami berpegang teguh akan metode ini dan bergantung harap kepada Allah SWT untuk mencapai kejayaan (dengan metode ini – pent). Hizbut Tahrir justeru adalah sebuah parti politik sejagat yang tidak pernah terlibat dengan kekerasan dan hingga kini, tidak ada seorang pun yang dapat memberikan sebarang bukti tentang adanya aktiviti kekerasan oleh ahli-ahli Hizbut Tahrir di mana-mana bahagian pun di dunia ini. Hizb ut-Tahrir tidak mengambil jalan kekerasan di dalam perjuangannya untuk mengembalikan semula Khilafah kerana cara ini adalah bertentangan dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah. Firman Allah SWT,

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” [TMQ An-Nisa (4):93]

Oleh itu kami, dalam bentuk apa sekalipun, menafikan sebarang hubungan dengan JMB. Mana-mana pihak yang cuba untuk mengaitkan Hizbut Tahrir Bangladesh dengan JMB sesungguhnya telah melakukannya dengan niat jahat. Kami menuntut satu siasatan (dijalankan) terhadap sumber surat yang digunakan untuk mengaitkan kami dengan JMB.

Pada masa yang sama Hizbut Tahrir tidak menerimapakai (adopt) metode kompromi (bertolak-ansur) dan mengambil bahagian di dalam sistem yang korup untuk mencapai matlamatnya. Ini kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah sama-sekali bertolak-ansur dengan pemimpin-pemimpin yang korup lagi zalim di Makkah. Mengambil bahagian di dalam sistem yang korup bukanlah metode untuk menegakkan Khilafah dan sesiapa sahaja yang cuba melakukannya sebenarnya sedang berjabat tangan dengan kuffar penjajah.

Saudara-saudara wartawan,

Akhir kata, saya ingin menjawab kepada propaganda jahat ke atas kami oleh sebilangan media yang telah salah lapor kenyataan-kenyataan kami sewaktu perjumpaan bantahan (protest meeting) yang diadakan di Institusi Kejuruteraan (Engineer’s Institution) pada 19/09/08. Pihak media menyebarkan fitnah bahawa kami mengugut untuk melakukan tindakan ganas ke atas orang awam sekiranya permintaan kami untuk membebaskan ahli-ahli dan aktivis parti tidak diterima. Anda pasti telah menyedari bahawa propaganda media ke atas kami itu diketuai oleh kumpulan Prothom Alo-Daily Star. Seperti yang anda semua sedia maklum, Hizbut Tahrir Bangladesh senantiasa dari masa ke semasa mendedahkan konspirasi dan perancangan kumpulan media ini dan juga tuan penjajah mereka yang membenci Islam dan umatnya dan (kami) mendesak masyarakat untuk menolak mereka. Kami pastikan di sini kepada anda dan juga kepada orang ramai bahawa aktiviti bantahan kami terhadap penahanan tidak adil yang dilakukan ke atas anggota dan aktivis kami, akan sentiasa menuruti metode yang telah kami terimapakai (adopt) di atas dan kami tidak akan mengumumkan sebarang program yang menggugat keselamatan dan keamanan.

Sekarang saya akan mengumumkan langkah-langkah kami seterusnya di dalam usaha kami untuk memastikan pembebasan ahli dan aktivis kami seperti berikut:-

1. Meneruskan dengan cara perundangan di mahkamah dan menggunakan kesemua cara yang mungkin untuk tujuan ini;

2. Menggerakkan pendapat umum untuk pembebasan ahli dan aktivis kami;

3. Menganjurkan bantahan pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang sesuai dan kami akan memaklumkan kepada anda lebih awal;

4. Menganjurkan satu perarakan bantahan selepas sembahyang Asar pada hari Jumaat 26hb September 2008 di luar masjid negara.

Saya dengan ini menamatkan kenyataan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini dan meminta anda untuk menerbitkan kenyataan akhbar ini esok demi memenuhi objektif kewartawanan anda.

Mohiuddin Ahmed
Chief Coordinator & Spokesperson
Hizbut Tahrir Bangladesh
22 Ramadhan 1429H bersamaan 22 September, 2008M
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

10 syabab ditangkap, bangladesh Empty
PostSubyek: Re: 10 syabab ditangkap, bangladesh   10 syabab ditangkap, bangladesh Icon_minitimeThu Oct 16, 2008 11:45 pm

10 syabab ditangkap, bangladesh Headletter
Kembali Ke Atas Go down
Sponsored content





10 syabab ditangkap, bangladesh Empty
PostSubyek: Re: 10 syabab ditangkap, bangladesh   10 syabab ditangkap, bangladesh Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
10 syabab ditangkap, bangladesh
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» penangkapan syabab dirusia
» ulama Sunnah mula ditangkap
» US Naval Ship Arrives Off Bangladesh

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: