Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 pengaruh amerika dalam pilihanrayke12

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: pengaruh amerika dalam pilihanrayke12   Mon Mar 24, 2008 6:38 pm

Pengaruh Amerika Pasca Pilihan Raya Malaysia




Keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini merupakan satu kejutan besar dan telah menimbulkan keadaan politik yang agak tidak menentu di Malaysia. Parti pemerintah hilang 5 buah negeri dan gagal mencapai majoriti 2/3 di Parlimen. Gabungan parti pembangkang sendiri merasa bahawa kemenangan yang mereka capai adalah merupakan suatu yang tidak diduga. Beberapa hari sebelum ini menyaksikan pelbagai kekalutan tidak kiralah di kalangan pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan BN sendiri – ini termasuklah kekalutan dalam persediaan pihak pembangkang untuk memerintah negeri-negeri yang berjaya mereka rampas dan kekalutan dalaman parti pemerintah yang begitu menonjol.

Sebagai Muslim, kita mesti sedar bahawa musuh Islam tidak pernah leka memerhatikan kita. Mereka senantiasa berusaha agar umat Islam sentiasa berpecah belah dan mereka berusaha untuk masuk campur ke dalam urusan umat Islam dalam apa keadaaan sekalipun. Justeru, dalam kekecohan seperti ini, tidak hairanlah jika musuh-musuh Islam khususnya Amerika akan mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh dan kepentingannya. Tambahan pula, keadaan politik yang wujud sebelum peliharanya memperlihatkan bahawa kerajaan Malaysia tidak sepenuhnya memenuhi kehendak Amerika (secara langsung), walaupun secara pemikiran dan hukum-hakam, Baratlah yang menjadi kiblat bagi parti pemerintah yang sekular.

Sebagai contoh, ‘kegagalan’ Malaysia (setakat ini) menandatangani Free Trade Agreement (FTA) dengan AS, telah mengecewakan Amerika yang ingin menguasai ekonomi Malaysia secara langsung, walaupun hakikatnya Malaysia telah lama mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis. Oleh sebab desakan yang kuat dari banyak pihak, kerajaan Malaysia nampaknya lebih berhati-hati dalam menangani isu tersebut. Para penganalisis telah pun mengatakan bahawa sekiranya perjanjian ini ditandatangani, ia akan menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan, hak pekerja akan terhakis dan ia membuka peluang kepada syarikat Amerika untuk menguasai ekonomi Malaysia [The Associated Press, 18/3/2007]. Sebelum itu, Malaysia juga telah menolak campur tangan Amerika secara langsung dalam pengawasan Selat Melaka.

Sejak diberi kemerdekaan oleh British, pemerintah yang ada terus menjadikan negara kufur British ini sebagai kiblat politik dan pemikiran mereka. Perkara ini berlanjut hinggalah sekarang. Amerika sedar akan hakikat ini dan sebagai kuasa nombor satu dunia, AS berusaha untuk memalingkan kiblat Malaysia kepada mereka. Usaha AS untuk campur tangan di dalam hal ehwal Malaysia bukanlah suatu yang baru. Sejak dahulu lagi, kita dapat melihat AS memanifestasikan usaha ini. Ketika Mahathir memerintah, mantan Naib Presiden Amerika, Al Gore, mengaibkan Mahathir pada tahun 1998 dengan menyelar tindakan beliau memenjarakan Anwar. Setelah itu, mantan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, pula menemui Anwar ketika beliau mendapat rawatan di Jerman sebaik sahaja dibebaskan dari penjara. Amerika cuba menunjukkan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim dengan harapan jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka kerjasama (atau lebih tepatnya penguasaan) Amerika terhadap Malaysia dapat direalisasikan.

Ketika isu Hindraf memanas, Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kongres Amerika telah mengecam Malaysia kerana merobohkan kuil-kuil Hindu dan mendakwa kerajaan melakukan diskriminasi ke atas golongan minoriti agama-agama lain. Di luar negara, Suruhanjaya tersebut mendesak Bush supaya membangkitkan perkara ini kepada kerajaan Malaysia dan menegaskan supaya diambil langkah-langkah segera untuk melindungi tempat-tempat ibadat tersebut. Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar, dalam menjawab tuduhan yang dilemparkan, menolak campur tangan Amerika dan mengkritik Amerika yang sewenang-wenangnya mempersoalkan hak asasi manusia di negara lain, sedangkan mereka sendiri banyak mencabulinya. Pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh pula menyeru Amerika supaya mengenakan sekatan ekonomi ke atas Malaysia. Sementara itu, di dalam negara, Anwar dilihat menjadi ‘hero’ penyelamat bangsa India yang dikatakan tertindas.

Begitu juga dengan masalah kemiskinan dan diskriminasi di Malaysia yang pada hakikatnya telah berlaku sejak sekian lama; perkara ini dengan sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang pilihan raya dalam usaha Amerika untuk mewujudkan ketidakstabilan. Amerika, melalui agennya Singapura, juga telah mengirimkan diplomat untuk berunding dengan pihak pembangkang di Johor sebulan sebelum pilihan raya. Namun begitu, perlu diingati, meskipun terdapat banyak usaha campur tangan AS dalam hal ehwal Malaysia, hakikatnya, pihak kerajaan mahupun pembangkang juga banyak menjalin hubungan baik dengan Amerika dari masa ke semasa. Dari segi pemikiran dan sistem pemerintahan pula, sistem demokrasi yang menjadi agenda perjuangan utama Amerika untuk diamalkan di negara umat Islam, bermati-matian diterap dan dipertahankan oleh parti politik yang ada, baik pemerintah mahupun pembangkang. Di lihat dari sudut ini, Amerika telah pun berjaya ‘menguasai’ sebahagian besar umat Islam di Malaysia.

Pada hakikatnya, campur tangan Amerika di serata dunia baik secara langsung mahu pun tidak telah diketahui umum. Sebagai contoh, Amerikalah yang membolehkan agen-agennya seperti Marcos di Filipina dan Suharto di Indonesia untuk memegang kekuasaan. Amerika jugalah yang menggulingkan mereka melalui agen-agennya yang lain. Amerika juga kerap campur tangan dalam pilihan raya di serata dunia untuk memastikan agen-agennya memerintah. Contohnya, Amerika secara terbuka menyokong Viktor Yuschenko untuk memenangi pilihanraya Ukraine dan menentang Ahmedinejad dalam pilihan raya Iran. Di sinilah umat Islam, khususnya gerakan-gerakan Islam perlu berhati-hati dengan agenda Amerika agar memastikan pemimpin mereka bukan terdiri dari orang yang baik dengan Amerika apatah lagi yang tunduk kepada kehendak Amerika.

Dalam konteks Nusantara, Amerika tidak ingin melihat mana-mana negara kaum Muslimin di rantau ini menjadi kuat kerana sememangnya ia bimbang dengan kebangkitan Islam yang sudah semakin rancak. Tambahan pula, terdapat lebih kurang 250 juta Muslim berada di rantau ini di mana Indonesia adalah negara kaum Muslimin yang terbesar di dunia dan negara keempat terbesar dari segi jumlah penduduk dunia. Indonesia dan Malaysia sudah pasti akan menjadi kekuatan yang berpengaruh di Timur Jauh sekiranya Indonesia dan Malaysia benar-benar mengambil Islam sebagai sistem pemerintahan. Bergabungnya Indonesia dan Malaysia membentuk Daulah Khilafah sudah pasti akan menakutkan Amerika kerana potensi kekuatan yang dimiliki dan penguasaan selat Melaka oleh Khalifah akan berjaya melemahkan Amerika. Insya Allah. Konferensi Khilafah besar-besaran yang diadakan di Jakarta pada tahun 12 Ogos 2007 (28 Rejab 1428H) yang menyaksikan kehadiran 100,000 umat Islam dari serata dunia telah menguatkan lagi kebimbangan Amerika dan mendorong mereka untuk bersungguh-sungguh menguasai pemimpin-pemimpin Islam yang ada Islam di Nusantara agar menjadi agen mereka.

Kekalutan Amerika bertambah apabila hasil kaji selidik yang dilakukan oleh University Maryland baru-baru ini menunjukkan bahawa lebih daripada 50% penduduk Indonesia menginginkan Khilafah. Bush dalam ucapannya pada 6/1/2005 telah menyebut Nusantara dengan jelas sebagai satu rantau yang bakal dikuasai oleh Khilafah memandangkan rancaknya kebangkitan Islam. Katanya, dalam nada yang serius dan penuh kebimbangan, "Penguasaan mereka atas suatu negara akan menarik persatuan semua kaum Muslim, yang memungkinkan mereka boleh menjatuhkan seluruh rejim di wilayah ini, dan mendirikan rejim diktator fundamentalis Islam dari Sepanyol hingga Indonesia".

Dengan gambaran di atas, maka tidak hairanlah jika AS akan mula menggerakkan kekuatannya, melalui agen-agennya, institusi-institusi sokongannya dan pelbagai sumbernya untuk campur tangan dengan lebih agresif di dalam hal ehwal dalaman Malaysia, khususnya di dalam mencari dan menaikkan pemimpin yang boleh menjadi agennya secara langsung. Dan kita sedia maklum, suasana politik Malaysia yang masih belum menentu ini merupakan mangkin dan peluang yang cukup besar bagi mereka.

Umat Islam, para ulama, para pemerintah dan pelbagai gerakan Islam khususnya mesti memahami bahawa AS sangat faham dan licik di dalam menjalankan agendanya ke atas umat Islam. Umat Islam juga mesti memahami bahawa siapa sahaja yang menghulurkan tangannya kepada Amerika, bererti ia telah bekerjasama dengan Amerika laknatullah dan sekali gus dia telah meletakkan batu penghalang bagi kembalinya Islam ke tampuk pemerintahan. Lebih khusus lagi, dia akan menjadi penghalang utama (di dalam negara) terhadap usaha untuk kembali tegaknya Daulah Khilafah, sebuah negara yang wajib bagi umat Islam keseluruhannya.

Oleh itu, umat Islam haruslah berwaspada terhadap seruan dan agenda syaitan Amerika ini, dan hendaknya umat Islam memutuskan hubungan dengan mana-mana institusi mahupun individu yang bekerjasama dengan Amerika. Kerap kali kerjasama ini dihiasi dengan hiasan ‘Islami’ dan ramai yang terperangkap dengan pelbagai seruan yang menonjolkan ’syiar-syiar Islam’, walaupun pada hakikatnya, ini hanyalah merupakan topeng kepada rancangan jahat musuh Allah yang tidak akan pernah padam! ‘Sistem Demokrasi’ tentunya akan menjadi seruan dan agenda utama yang ‘evergreen’ bagi syaitan Amerika ini untuk menarik perhatian dan sokongan umat Islam kepada mereka atau kepada agen yang bakal mereka lantik nanti, dalam rangka menghalang kembalinya sistem pemerintahan Islam, yakni sistem Khilafah.

Wahai kaum Muslimin! Berhati-hatilah kalian terhadap musuh Allah dan siapa sahaja yang bekerjasama dengan mereka. Ketahuilah sesungguhnya usaha Amerika dan sekutunya untuk menyekat kembalinya Islam dan Khilafah akan pasti mencapai kegagalan, kerana ini adalah janji Allah dan RasulNya,

“Janganlah orang-orang kafir mengira, bahawa mereka akan dapat lepas (dari kekuasaan Allah). Sesungguhnya mereka tidak dapat melemahkan (Allah)." [TMQ al-Anfal (Cool:59]

“...kemudian akan kembali Khilafah ala minhaj nubuwwah” [HR Ahmad]


aru
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
pengaruh amerika dalam pilihanrayke12
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: