Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 HTi bantah kenaikan harga barang

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Tengku joe



Jumlah posting : 69
Registration date : 21.11.06

PostSubyek: HTi bantah kenaikan harga barang   Mon Mar 17, 2008 12:48 pm

Rakyat Indonesia bantah kenaikan harga barang

JAKARTA 16 Mac - Seramai 500 penduduk negara ini menyertai perarakan menuntut kerajaan menurunkan harga barang makanan selepas media negara itu melaporkan ada rakyatnya yang mati kebuluran.

Penunjuk perasaan terdiri dari anggota Kumpulan Islam Hizbut Tahrir yang berarak di jalan-jalan utama di sekitar Jakarta menuju ke Istana Presiden sambil melaungkan takbir "Allahu Akbar!", hari ini.

Akhbar Surya sebelum ini melaporkan kejadian seorang budak lelaki yang tinggal bersama dengan neneknya di daerah Magetan di timur Pulau Jawa menggantungkan dirinya sendiri.

Beliau lakukan ini kerana tidak tertahan lagi setelah menderita kelaparan dan jiran-jirannya mengakui keluarga budak itu terlalu miskin.

Sementara sebuah laman web berita, Detik.co melaporkan pada awal bulan ini seorang ibu yang sedang mengandung dan tinggal menyewa bersama tiga anaknya lain mati kerana sudah tiga hari dia tidak makan kerana ketiadaan makanan.

Jurucakap Hizbut Tahrir, Muhamad Ismail Yusanto berkata, ramai rakyat negara ini mati kelaparan dan bayi-bayi serta kanak-kanak mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat tidak mendapat makanan berkhasiat yang mencukupi.

"Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan Indonesia terkenal sebagai negara pertanian dan telah merdeka sejak 60 tahun lalu tetapi rakyatnya ramai mati akibat tidak makan," kata Muhammad Ismail kepada TV Reuters.

- Reuters
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
HTi bantah kenaikan harga barang
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: