Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 Jemaah Palestin disekat pulang

Go down 
2 posters
PengirimMessage
Tengku joe




Jumlah posting : 69
Registration date : 21.11.06

Jemaah Palestin disekat pulang Empty
PostSubyek: Jemaah Palestin disekat pulang   Jemaah Palestin disekat pulang Icon_minitimeWed Jan 02, 2008 9:47 pm

Jemaah Haji Palestin disekat pulang

Laporan-laporan dari Mesir mengatakan, ratusan warga Palestin yang pulang dari ibadah haji dan terlibat dalam konfrontasi di atas kapal penyeberangan di pelabuhan Nuweiba, Mesir, telah diangkut dengan bas ke khemah-khemah di Sinai utara.

Mereka dijangka akan disekat di sana hingga sengketa soal kepulangan mereka ke Gaza diselesaikan.

Mesir bertegas bahawa mereka mesti pulang melalui Aouja, pos sempadan yang dikuasai oleh Israel.


Kumpulan itu dipercayai termasuk anggota senior organisasi militan Hamas, dan Israel yakin sebahagian dari mereka mungkin berupaya menyeludupkan dana ke Gaza.

Sekitar dua ribu warga Palestin yang tiba dari melakukan Haji menolak untuk kembali ke Gaza melalui sempadan yang dikuasai Israel.

Tekanan

Hamas yakin bahawa jika rombongan haji itu melintas melalui Aouja, Israel akan menahan para anggota Hamas.

Para tokoh Senior Hamas menuduh Mesir telah tunduk kepada tekanan Israel dengan menolak mengizinkan jemaah haji Palestina memasuki Gaza melalui penyeberangan perbatasan Rafah, yang merupakan satu-satunya jalan masuk ke Gaza yang tidak diduduki Israel

"Kami menyedari soal tekanan Israel dan Amerika kepada Mesir, dan kami menggesa Mesir agar mengabaikan sahaja tekanan itu, dan mengizinkan jemaah haji pulang dengan aman melalui Rafah," kata Sami Abu Zuhri dari Hamas.

Rombongan haji dari Ghaza tertahan dua hari di dua kapal yang berlabuh di pelabuhan Laut Merat, Nuweiba, tempat mereka tiba setelah menunaikan ibadah haji.

Keadaan mereka di kapal feri itu dilaporkan memburuk. Tidak ada persedian obat-obatan bagi mereka yang jatuh sakit.

Sumber: BBC

Ulasan:

Sungguh malang nasib jemaah haji ini, mereka baru sahaja pulang dari menjadi tetamu agung Allah swt di rumah Allah, namun sekarang mereka disekat oleh pemimpin Mesir yang zalim penyembah Amerika dan Israel. Ini gara-gara Rejim Israel dan Rejim AS yang tidak mahu mereka keluar masuk dari Mesir ke Ghaza dengan kemungkinan bahawa mereka membawa wang bantuan kewangan yang besar kepada saudara mereka di sana.

Pemimpin Mesir penyembah Amerika ini telah membiarkan tetamu Allah ini merempat di khemah di Sinai yang tidak mempunyai bekalan ubat-ubatan yang mencukupi, laporan Al-Jazeera hari ini (pukul 4pm 1/1/2008) yang menyoroti nasib malang mereka ini. Ini semua adalah hasil ‘arahan’ AS dan Israel. Semoga Allah melaknat pemimpin yang menzalimi umat ini. Nabi saw pernah bersabda


“Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya, tidak menyerahkannya (membiarkannya), barang siapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah memenuhi hajatnya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang Muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kepayahan dari kepayahan-kepayahan hari Kiamat. Barang siapa yang menutup aib maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat” [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]


Imam Ibn Hajr menerangkan maksud "la yuslimuhu / membiarkan" iaitu "la yatrukuhu ma'a man yu'zihi wala fi ma yu'zihi, bal yansuruhu wa wa yadfa'u anhu" (tidak boleh meninggalkan dia bersama-sama dengan orang yang akan mengganggunya dan tidak dalam keadaan yang mengancamnya, bahkan dia hendaklah menolong dan menolak apa-apa yang mengancam Muslim tadi. [Syarah Fathul Bari, Hadis no #2262, Min Muqawwinmat Nafsiah Islamiah, Hizbut Tahrir ms 67]

Tidakan kejam pemimpin Muslim Mesir ini jelas-jelas haram dan menyalahi perintah Rasulullah saw. Dia telah membiarkan jemaah haji Palestin untuk balik ke rumah mereka di Ghaza melalui pos sempadan Israel yang mana tentera Israel bersiap sedia untuk mengacau ketenteraman mereka. Nampaknya ‘sabda’ dari Rejim AS dan Israel lebih ditaati oleh pemimpin Mesir ini dari sabda Rasulullah saw. Semoga azab Allah menimpa mereka yang zalim. Amin.
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

Jemaah Palestin disekat pulang Empty
PostSubyek: Re: Jemaah Palestin disekat pulang   Jemaah Palestin disekat pulang Icon_minitimeWed Jan 23, 2008 11:12 pm

zalim betul No
Kembali Ke Atas Go down
 
Jemaah Palestin disekat pulang
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Bush tidak jujur selesai isu Palestin
» Hizbut Tahrir semakin kuat di Palestin

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: