Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 Bush tidak jujur selesai isu Palestin

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin
Admin


Jumlah posting : 21
Age : 49
Registration date : 18.11.06

Bush tidak jujur selesai isu Palestin Empty
PostSubyek: Bush tidak jujur selesai isu Palestin   Bush tidak jujur selesai isu Palestin Icon_minitimeSat Jul 21, 2007 10:18 pm

Bush tidak jujur selesai isu Palestin
Oleh: AZMI HASSAN

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) George W. Bush bukan sahaja dikatakan mengambil pendirian berat sebelah apabila berhadapan dengan kemelut Palestin-Israel, tetapi juga seorang Presiden yang mengamalkan sikap acuh tidak acuh terhadap nasib rakyat Palestin.

Sebab itu ucapan Bush pada 16 Julai lepas mengenai rancangan untuk menganjurkan persidangan khas Palestin agak mengejutkan kerana dengan tiba-tiba White House bagaikan ingin merungkai masalah yang telah berlarutan sekian lama.

Persidangan yang dijangkakan berlangsung sebelum akhir tahun ini dianggap sebagai titik perubahan kerana selain disertai oleh kumpulan Kuartet iaitu AS, Rusia, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pihak bersengketa iaitu Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Israel juga akan bersemuka. Begitu juga dengan negara Arab seperti Jordan, Mesir dan Arab Saudi juga dijangka turut serta.

Sekali imbas rancangan Bush dilihat sebagai usaha jujur AS untuk menyelesaikan kemelut tersebut kerana penubuhan negara Palestin yang merdeka adalah di antara matlamat utama persidangan tersebut. Hasrat tersebut dikuatkan lagi dengan jaminan Bush bahawa tiga isu utama kemelut tersebut iaitu penentuan sempadan, status pelarian dan Baitulmaqdis akan diselesaikan.

Mungkin kerana Bush ingin mengalih pandangan daripada masalah Iraq yang sedang dihadapi ataupun ingin sesuatu kejayaan sebelum tamat tempoh jawatan Presiden yang disandang tidak perlu dipersoalkan kerana keadilan kepada rakyat Palestin mengatasi segala-galanya.

Tetapi begitu taksubnya pentadbiran Bush mahu menghapuskan kumpulan pejuang Hamas telah merosakkan segala hasrat dan matlamat persidangan khas tersebut. Jika Hamas adalah kumpulan serpihan yang tidak mendapat sokongan rakyat Palestin, maka sewajarnya kumpulan ini tidak dijemput bersama-sama ke persidangan khas tersebut.

Tetapi Hamas adalah satu kumpulan yang disokong oleh rakyat Palestin bukan hanya di Semenanjung Gaza tetapi sebahagian besar Tebing Barat. Presiden Mahmoud Abbas dari Fatah masih bertahan bukan kerana sokongan rakyat Palestin di Tebing Barat tetapi kerana banyak menerima bantuan ihsan daripada AS dan EU.

Kemenangan besar Hamas dalam pilihan raya Palestin pada Januari 2006 sepatutnya sudah cukup untuk memberi isyarat kepada Bush bahawa Fatah sudah tidak diterima oleh rakyat Palestin. Menyisihkan Hamas daripada proses perdamaian adalah sengaja mencari kegagalan.

Penyisihan Hamas pada ketika ini tidak ubah seperti mana Fatah telah diperlakukan oleh Bush pada tahun 2002. Ketika pelan damai anjuran Kuartet mula diperkenalkan pada 24 Jun 2002, Bush telah membuat kenyataan bahawa pemimpin Fatah pada ketika itu Yasser Arafat adalah penghalang kepada proses perdamaian Palestin-Israel dan perlu disisihkan oleh masyarakat antarabangsa. Dengan menggunakan dalil Bush inilah tentera rejim Israel mengepung Arafat di pejabatnya di Mukata, Ramallah sehinggalah beliau menemui ajal pada 11 November 2004.


Penyisihan Arafat tidak memberi apa-apa makna kepada pelan damai kerana setiap langkah pelan tersebut menempuh jalan buntu. Tiada satu pun strategi pelan tersebut berjaya dilaksanakan walaupun mendapat sokongan AS, EU, Rusia dan PBB. Kegagalan sedikit sebanyak disebabkan Perdana Menteri PA pada ketika itu Mahmoud tidak mendapat sokongan padu daripada rakyat Palestin sendiri.

Tidak keterlaluan jika dirumuskan gagalnya pelan damai Kuartet adalah disebabkan oleh strategi penyisihan Arafat yang didalangi oleh Bush. Hari ini strategi yang sama sedang diamalkan oleh Bush untuk membawa penyelesaian konflik Palestin-Israel, tetapi penyisihan yang dilakukan bukan terhadap pemimpin Hamas tetapi keseluruhan rakyat Palestin.

Ada penganalisis yang berpendapat inisiatif Bush mengadakan persidangan khas boleh disamakan dengan persidangan mengenai Asia Barat yang diadakan di Madrid pada tahun 1991. Persidangan yang dianjurkan oleh AS dan Rusia (Soviet Union ketika itu) dianggap bersejarah kerana penglibatan sebahagian besar negara Arab.

Perlu diingat bahawa Presiden AS pada ketika itu ialah bapa kepada Bush dan mahu tidak mahu timbul persepsi bahawa kepimpinan keluarga Bush telah melakukan yang terdaya untuk menyelesaikan kemelut Palestin.

Memang benar inisiatif Bush kali ini ada menyebut bahawa isu Baitulmaqdis adalah antara agenda utama. Tetapi sanggupkah rejim Israel yang pada ketika ini mengawal penuh Baitulmaqdis Timur milik Palestin melepaskannya dengan begitu sahaja.

Sanggupkah Israel menerima kembali pelarian Palestin yang berjumlah hampir empat juta yang hari ini sedang merempat di negara lain? Persoalan yang tidak kurang kritikalnya pula ialah sanggupkah Israel merobohkan tembok penghalang dan berundur supaya sempadan negara Palestin merdeka adalah seperti mana sebelum berlakunya perang 1967.

Sudah tentu sekali rejim Israel tidak akan melepaskan apa yang sedang dimiliki sekarang terutama sekali Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat. Ada pula yang mendalilkan jika Ariel Sharon sanggup melepaskan Semenanjung Gaza mengapa pula Tebing Barat menjadi satu masalah?

Tetapi perlu diingat pelan pengunduran Sharon tersebut hanyalah helah untuk menguasai keseluruhan Baitulmaqdis dan sebahagian Tebing Barat.

Tidak jujurnya Bush mahu menyelesaikan konflik secara adil terserlah apabila beliau menyarankan supaya rejim Israel merobohkan pos kawalan tentera Israel di Tebing Barat.

Kewujudan pos kawalan tentera rejim Israel kebiasaannya adalah prasyarat kepada pembinaan penempatan haram yang baru dan ini adalah selari dengan saranan Bush supaya Israel tidak membangunkan penempatan Yahudi yang baru di Tebing Barat.

Tetapi persoalan yang langsung tidak diusik oleh Bush ialah status penempatan haram sedia ada yang besar seperti Gush Etzion, Ariel, Maale Adumim dan juga Baitulmaqdis Timur yang menempatkan hampir 400,000 peneroka Yahudi.

Sememangnya sukar untuk menyelesaikan isu Palestin jika masalah kedudukan sempadan, penempatan haram, pelarian dan Baitulmaqdis tidak diadili dengan jujur. Bertambah sukar jika sebahagian besar rakyat Palestin tidak diberi mandat untuk bersuara menentukan masa hadapan mereka.

PA di bawah pimpinan Mahmoud walaupun disokong kuat oleh Kuartet tetapi dijangka sukar membuat keputusan kerana sokongan rakyat Palestin adalah begitu lemah sekali.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kesungguhan Bush yang mahu melihat isu Palestin dapat diselesaikan sebelum beliau berundur bukan kerana mahu melihat keadilan kepada rakyat Palestin, tetapi lebih kepada matlamat mahu menghapuskan musuh terdekat Israel, iaitu Hamas.

Amat menyedihkan lagi apabila ada beberapa pihak rakyat Palestin yang sanggup bersekongkol dengan AS dan Israel yang akhirnya mengakibatkan rakyat Palestin sendiri yang rugi.

- PROF. MADYA DR. AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.
Kembali Ke Atas Go down
http://mykhilafah.com
 
Bush tidak jujur selesai isu Palestin
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Jemaah Palestin disekat pulang
» Hizbut Tahrir semakin kuat di Palestin
» sepatu untuk bush
» Bush bersumpah akan menyerang Khilafah
» Bush Menyerukan kpd Pemimpin Muslim utk Memerangi Kembalinya

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: