Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 IC Lama tak layak mengundi

Go down 
PengirimMessage
Tengku joe




Jumlah posting : 69
Registration date : 21.11.06

IC Lama tak layak mengundi Empty
PostSubyek: IC Lama tak layak mengundi   IC Lama tak layak mengundi Icon_minitimeMon Jul 16, 2007 3:25 pm

24,000 pemegang IC lama tidak layak mengundi
Oleh LUKMAN ISMAIL(utusan M'sia)

MELAKA 15 Julai 2007– Kira-kira 24,000 pemilih di seluruh negara bakal kehilangan hak mengundi pada pilihan raya umum akan datang jika masih tidak menukar kad pengenalan mereka kepada MyKad dengan segera.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, ini berikutan langkah suruhanjaya itu yang hanya menerima pakai nombor pengenalan diri 12 digit pada MyKad berbanding lapan digit pada kad pengenalan lama.

‘‘Untuk pilihan raya kali ini, SPR putuskan (pemilih) yang guna kad pengenalan lama (lapan digit) akan digugurkan kerana sekarang ini SPR hanya menggunakan kad pengenalan 12 digit (MyKad).

‘‘Sesiapa yang belum menukar kad pengenalan kepada MyKad hendaklah berbuat demikian dengan segera. Jika tidak nama mereka dikeluarkan dari senarai daftar pemilih,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Gerak Perdana Pendaftaran Pemilih peringkat negeri Melaka yang disempurnakan oleh Ahli SPR, Datuk Dr. P. Manogran di Mahkota Parade di sini petang ini.

Turut hadir, Pengarah SPR Melaka, Dzulkifli Abdul Rahman.

Kamaruzaman berkata, mereka yang baru menukar kad pengenalan kepada MyKad dikehendaki mendaftar semula sebagai pemilih melalui pusat-pusat pendaftaran yang ditetapkan.

Sementara itu, menurutnya, Rang Undang-undang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku kedua tahun ini akan dipamerkan di 866 tempat di seluruh negara dari 18 hingga 24 Julai ini untuk semakan.

Menurutnya, senarai nama yang akan dipamerkan ialah para pemilih baru dan mereka yang menukar alamat pusat mengundi sepanjang April hingga Jun lalu.

‘‘Saya harap semua yang terlibat menyemak nama mereka di pusat-pusat pameran tersebut dan jika ada sebarang bantahan, pindaan dan lain-lain boleh dikemukakan dengan segera,” katanya.

Selain itu, mereka yang sudah mendaftar tahun lalu dan sebelum April 2007 pula diminta menyemak nama mereka melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my.

Rakyat yang pernah mengundi juga, katanya, dikehendaki menyemak nama masing-masing bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan pada alamat pusat pembuangan undi.
Kembali Ke Atas Go down
 
IC Lama tak layak mengundi
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: