Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 Konspirasi intelek serang mufti

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Tengku joe



Jumlah posting : 69
Registration date : 21.11.06

PostSubyek: Konspirasi intelek serang mufti   Sun Jul 15, 2007 3:42 pm

Soal Jawab: Konspirasi intelektual serang institusi mufti


Falsafah pasca modenisme pengaruhi tafsiran al-Quran

MUFTI sepatutnya menjadi sebuah institusi yang dihormati. Kehebatan ilmu agama, pengalaman luas dan faktor usia menyebabkan pandangan mereka diterima dan tidak disanggah. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pandangan mufti dipertikai dan diperlekehkan. Keadaan lebih dahsyat dalam laman web apabila mufti dimaki dan dihina. Apakah keadaan ini berlaku secara kebetulan atau ada usaha terancang untuk menyerang institusi mufti? Ikuti temu bual wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin, bersama







Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac),
Dr Muhammad Uthman el-Muhammady.

APAKAH latar belakang hingga menimbulkan senario ada sesetengah pihak mempertikaikan kewibawaan institusi mufti.

Peristiwa dalam dunia ini saling berkaitan kerana teknologi komunikasi canggih. Suatu peristiwa yang berlaku di Malaysia diketahui dengan cepat di Tel Aviv dan Washington. Pada masa sama, mungkin peristiwa berlaku di sana diketahui di negara ini. Ini dikatakan dunia tanpa sempadan. Saya menyebut ini untuk memberi suatu pengamatan mengenai apa yang berlaku di sini tidak terpisah dengan Barat.

Di Barat, orang Islam dihentam dalam pelbagai segi. Laporan media massa cenderung memburukkan orang Islam. Umat Islam digambarkan sebagai miskin, jahil, fanatik dan usang. Kebetulan keadaan negara Islam miskin. Istilah digunakan Barat adalah khayalan sosial. Bagi mereka, ilmu itu dilahirkan oleh khayalan masyarakat, iaitu mereka tidak suka sesuatu yang tetap, sama ada nilai, adat dan berkaitan zaman lampau, termasuk agama.

Dari segi falsafah, ini pemikiran dipengaruhi pasca modenisme. Jika moden, ilmu, takrif pengetahuan, akal fikiran, rasional adalah tetap dan hanya menolak agama dan kerohanian. Bagaimanapun, dalam era pasca modenisme, semua tidak tetap. Apabila perkara yang tetap dan stabil tidak disukai, institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka disebut dengan sifat negatif.

Memang tabiat media massa Barat seperti itu. Tidak perlu saya sebut secara khusus, hampir semua mempromosikan begitu. Hanya Islam adalah tamadun yang kekal dengan wacana intelektual utuh, tanpa musnah dan tidak bersimpang siur hampir 1,500 tahun. Kristian? Semua wacana sudah musnah dan tidak bertahan. Banyak gereja kosong dan minat orang terhadap agama sangat rendah.

Bagaimanakah falsafah pasca modenisme membawa kepada serangan terhadap institusi mufti.

Antara menjadi pengawal nilai yang tetap dan stabil ialah mufti kerana mereka orang yang membuat keputusan menggunakan metodologi syariah. Barat dipengaruhi khayalan sosial era pasca modenisme nampak tamadun Islam sebagai ketat dan ada sesuatu yang tidak betul. Mereka hendak masuk dalam masyarakat kita, menjadi guru dan mengajar kita bahawa ini tidak betul. Anda mesti mengikut kami. Strategi digunakan adalah menyerang mufti.

Media massa Barat menyerang dan media massa tempatan juga secara sedar atau tidak, terikut dan dari segi intelektual dan budaya menjadi kelompok yang tiada tulang belakang.

Institusi mufti diserang, termasuk oleh sesetengah entiti yang kukuh dalam masyarakat Islam sendiri, yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan cara berfikir ini. Mungkin mereka terlepas pandang konspirasi falsafah di sebalik perkara yang sedang berlaku. Mereka menyangka yang berlaku adalah perkara pemodenan, positif, membawa kebaikan dan pencerahan tamadun. Ia adalah perkara yang kita perlu waspada.

Adakah kejadian ini berlaku secara menyeluruh dalam dunia Islam.

Saya nampak berlaku di semua negara Islam. Di Mesir memang sudah banyak berlaku. Prof Nasr Hamid Abu Zayd yang sekarang berada di Belanda adalah seorang yang sangat mahir dalam sastera, tetapi membuat kritikan terhadap al-Quran. Dia mahu membuka jalan supaya orang boleh menafsir al-Quran bukan mengikut metodologi diakui dalam ilmu aliran perdana, tetapi mengikut falsafah pasca modenisme.

Di Afrika Selatan, ada Farid Esack. Di New York, Amina Wadud, berbangga menjadi imam perempuan pertama dalam sejarah orang Islam. Di Paris, ada Prof Emeritus Mohammed Arkoun, yang mempromosikan falsafah ini. Mereka adalah golongan intelektual, tetapi terpesona dengan wacana falsafah pasca modenisme.

Mereka intelektual dan bukan calang-calang orang. Adakah mereka sebenarnya dipergunakan Barat.

Setakat yang saya faham mengenai sejarah perkembangan pemikiran Barat dan percubaan yang berlaku untuk mempengaruhi dan mencairkan keintelektualan umat Islam, usaha ini sudah lama berlaku. Menimbulkan syak terhadap hadis dilakukan intelektual Barat seperti Ignac Goldziher dan Joseph Schacht. Teori mereka diterima oleh Mohammed Arkoun sedangkan ulama Islam membuktikan hadis itu sahih.

Godziher dan Schacht menyatakan bahawa hukum Islam adalah hasil fikiran manusia biasa dipengaruhi adat dan tamadun Kristian serta Yahudi. Mereka juga menekankan bahawa penafsiran al-Quran perlu menggunakan cara baru yang moden dan tidak mengikut metodologi yang ada. Mohammed Alkoun pun mengambil pendekatan Sosiologi dan Antropologi. Tidak mengapa jika kita menambah cara itu. Saya boleh bersetuju, tetapi dia membuang langsung ilmu tradisi. Pemikiran Ibnu Khaldun yang bestari tidak dipedulikan begitu juga pandangan Imam Ghazali.

Pemikiran dipengaruhi khayalan sosial menyebabkan mufti menjadi tumpuan serangan, termasuk orang Islam yang barangkali terlepas pandang mengenai konspirasi intelektual yang sangat teliti berlaku di Barat dikuasai penyelidik bidang orientalisme. Ini dinyatakan Edward Said dalam bukunya, Orientalism. Walaupun Kristian, dia menyatakan kebenaran.

Media massa tempatan pun sudah mengikut rentak Barat.

Ya! Memang sudah berlaku dan saya perhatikan orang tempatan sudah masuk dalam kepompong itu. Sesetengah mereka rapat dengan orang penting kita. Sebab itu saya selalu menekankan bahawa kita perlu kembali kepada paradigma intelektual arus perdana Islam. Hanya umat Islam di dunia ini masih memiliki paradigma ini.

Ada pihak berpandangan perkara agama bukan hak mutlak institusi mufti. Orang biasa pun berhak bercakap.

Itu antara tanggapan pasca modenisme menyatakan semua orang boleh bercakap mengenai agama. Ahli ekonomi boleh bercakap dan artis pun boleh bercakap. Antara orang berpandangan begini adalah Mohammed Arkoun. Persoalannya, adakah ini mengikut piawaian intelektual yang betul dalam tamadun?

Dalam bidang perubatan, adakah semua orang boleh bercakap sebagai pakar. Dalam bidang pembedahan, adakah orang dengan sewenang-wenang boleh melakukan pembedahan. Islam membabitkan soal roh manusia yang kekal abadi. Ini bukan perkara main-main. Sebab itu dalam Islam, kita disuruh bertanyakan orang yang mahir.

Dalam usul fekah, kita perlu bertanyakan pakar jika tidak tahu dan pakar dalam agama ialah ulama dan ulama adalah waris nabi. Orang yang dipengaruhi pasca modenisme berkata, ulama masuk bakul angkat sendiri. Golongan pasca modenisme berpendapat semua ini dilahirkan oleh khayalan masyarakat. Betulkah? Adakah al-Quran, usuluddin dan fekah lahir hasil khayalan sosial.

Bagaimana institusi mufti menghadapi serangan yang cuba menjatuhkan kewibawaan mereka.

Tidak ramai mempertahankan mufti. Antara mereka ialah saya, walaupun tidak terlalu lantang dalam media massa. Saya mempertahankan mufti kerana institusi ini adalah teras kepada pengawasan amalan agama.

Mengikut al-Mawardi, tugas pertama pihak berkuasa di kalangan orang Islam ialah menjaga supaya agama berada di atas dasar yang benar, tulen dan dengan kaedah betul. Jika ada pihak menyimpang dan menimbulkan keburukan, dia perlu diperbetulkan. Jika tidak boleh, dia perlu disisihkan daripada masyarakat. Mengambil contoh zaman moden, golongan tegar komunis di kalangan masyarakat tidak boleh dipulihkan terpaksa ditahan. Bagaimanapun, gangguan terhadap agama dari segi ilmu adalah lebih berat.

Internet kini menjadi senjata ampuh menyerang institusi mufti. Bagaimana Dr menilai kejadian di alam maya.

Saya mengeluh panjang apabila membaca tulisan dalam internet hingga saya melafazkan ‘kita datang daripada Allah dan kepada Allah kita kembali’. Malapetaka yang sangat berat berlaku dan kebiadapan tidak ada tolok banding dalam tamadun Asia jika kita melihat nilai tamadun Asia yang wakilnya ada di sini.

Perangai dalam internet langsung tidak dapat dipertahankan, memalukan, mengaibkan dan menghina orang yang berbicara sendiri hingga dia menjadi intelektual pariah.

Bahasa sungguh kesat dan menunjukkan bahawa jiwa orang yang sedang bercakap itu sangat mengaibkan. Tiada istilah yang boleh saya gunakan. Tidak ada integriti intelektual rohani dan moral, walau sebesar zarah. Yang ada hanya keakuan yang menjadi gelembung seperti gergasi, menelan semua melainkan nafsu sendiri.

Kerajaan patut memantau dan mengawal keadaan berlaku seperti perkara aib yang kita pandang depan mata. Perkara yang memalukan dari segi keintelektualan dalam dunia elektronik sama saja seperti alam nyata. Sama seperti kita mengawal di luar, internet pun perlu dikawal. Jika tidak dikawal, ini akan membawa gelombang sendiri dan menjatuhkan martabat jiwa bangsa kita.

Adakah mufti juga perlu menguasai IT untuk bertahan dan melakukan serangan balas.

Mufti menerusi pegawai mereka memang mempunyai pengetahuan dan kemahiran internet. Saya tahu sesetengah mufti boleh berkomunikasi menggunakan e-mel. Cuma kemampuan itu perlu diperluaskan. Bagaimanapun, mengapa hanya ditujukan kepada mufti? Berapa ramai pegawai kerajaan tidak tahu menggunakan e-mel! Ada pegawai kanan saya kenal baik tidak tahu menggunakan komputer. Khayalan masyarakat sekarang dibentuk untuk memberikan imej negatif terhadap mufti.

Mufti digambarkan sebagai kolot, ketinggalan zaman dan tidak peka dengan perubahan zaman.

Itu tanggapan dan khayalan kerana kita tidak tahu kerja dalaman mufti kerana mereka tidak perlu menonjolkan diri. Fungsi mufti adalah untuk membuat keputusan tidak diketahui orang. Hanya selepas disahkan baru diketahui.

Orang kata ulama tidak tahu mengenai aspek moden seperti bioteknologi, pembedahan plastik dan klon. Tidak betul! Apabila memerlukan kepakaran pihak lain, mufti bergabung dengan pakar bidang ilmiah untuk memutuskan semua itu. Di Malaysia, wujud kerjasama harmoni antara institusi mufti dan intelektual. Perkara ini tidak dipedulikan dan orang masih berminat menghentam mufti. Sesetengah orang angkuh seolah-olah mufti kena dengar cakapnya.

Bagaimanapun, gambaran sesetengah kelompok masyarakat terhadap mufti masih negatif.

Mufti membuat keputusan dengan baik. Bagaimanapun untuk menerangkan kepada masyarakat, pihak lainlah pula kerana tugas mufti adalah untuk membuat fatwa dan mereka dididik untuk itu. Jika ada perkara lain perlu ditangani seperti falsafah, intelektual perlu bekerjasama dan bukan menghentam mufti.

Itu perangai yang dibentuk Yahudi yang mahu kita menghentam ulama kerana mereka sebenarnya memulakannya secara terancang dalam sejarah tamadun Islam. Imam Ghazali pernah mengkritik, tetapi secara ilmiah. Kerja ini juga dilakukan golongan orientalis seperti yang dinyatakan Edward Said, intelektual terkemuka yang berada di Barat. Dia sendiri memberitahu kita rahsia itu.

Bagaimanapun, kita terperangkap dengan menghentam ulama, mufti, fekah, kitab kuning (kitab agama tua Melayu) yang saya pertahankan sejak 1960-an lagi. Siapa yang tidak bersetuju, kita boleh berbincang dan bertukar fikiran. Kita perlu faham tradisi intelektual yang ada dan moden pun kita perlu tahu. Selepas itu, kita menapis aliran tidak serasi dengan kita.

Sepatutnya tugas mempertahankan institusi mufti adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Pandangan Dr.

Sepatut orang luar membantu dan bukan menghentam mufti. Dalam al-Quran, disebutkan ‘Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu membantu sesama sendiri yang diperintahkan Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar (Ayat 73 Surah al-Anfaal).

Dalam konteks Malaysia, jika orang Islam tidak menolong mufti, maka akan berlaku fitnah dan kerosakan besar. Apakah fitnah yang lebih besar selain orang menghentam mufti dan kemudian syariat disalahkan. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar pula menggunakan NGO tempatan untuk menghentam mufti kerana kes tertentu di mahkamah yang puncanya bukan kerana Islam, tetapi faktor lain seperti prosedur atau pelaksanaan mahkamah, tetapi mereka menghentam syariah. Akibatnya nama Islam, Mahkamah Syariah dan mufti rosak. Ini seperti kita meletakkan pisau di leher sendiri.

Bagaimana usaha boleh dilakukan untuk memperkukuhkan institusi mufti.

Kita perlu mengetahui fungsi, kerja dan kesulitan yang mufti hadapi. Kita perlu membantu institusi mufti berfungsi dengan berkesan kerana mufti adalah pihak mempertahankan disiplin tertinggi dalam umat Islam. Ini menunjukkan tamadun kita merosot, walaupun pandai. Ini memalukan. Sepatutnya apabila ada alat seperti komputer, kualiti kemanusiaan menjadi tinggi. Alat itu membantu mencapai kejayaan manusia bertaraf tinggi dari segi budaya. Malah, kita menggunakan alat ini untuk menurunkan martabat menjadi lebih rendah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Konspirasi intelek serang mufti
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: