Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 Apa itu Isti'jal

Go down 
PengirimMessage
Tengku joe




Jumlah posting : 69
Registration date : 21.11.06

Apa itu Isti'jal Empty
PostSubyek: Apa itu Isti'jal   Apa itu Isti'jal Icon_minitimeMon Jul 09, 2007 12:37 am

Islam menentang sikap isti’jal
OLEH DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI (08.07.07-Utusan M'sia)

USAHA memartabatkan Islam sering kali dicemari dengan pelbagai anasir asing yang pada hakikatnya di luar kerangka ajaran Islam itu sendiri. Kita biasa mendengar suara-suara bersemangat dan penuh emosi mencanangkan agar Islam kembali didaulatkan dengan apa cara sekalipun. Semangat berkobar-kobar untuk melihat Islam kembali tertegak dalam masa singkat lantas mendorong tingkah dan perilaku gopoh dan terburu-buru yang akhirnya mengundang fitnah dan kebinasaan.

Fenomena terburu-buru atau disebut dengan istilah isti‘jal tampak semakin mengakar dalam masyarakat Islam ketika ini. Tidak hairanlah jika wujud pelbagai kelompok dan gerakan yang kononnya bersemboyankan gagasan perjuangan Islam tetapi pada hakikatnya tidak mencerminkan jiwa apatah lagi menzahirkan roh Islam sebenar. Sebaliknya slogan-slogan bersemangat yang dihamburkan lebih banyak bersifat retorik sehingga membawa kepada tindakan melulu yang membinasakan.

Kerana itulah pengasas gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna pernah memberikan peringatan khusus kepada golongan yang diistilahkan sebagai ‘al-mutahammisuna ‘l-muta‘jiluw (orang-orang yang terlalu bersemangat dan gopoh) bahawa beliau tidak akan bersama dengan mereka yang hendak memetik buah sebelum masak, yang hendak menuai sebelum musim.

Ternyata sikap isti‘jal atau terburu-buru ini ditolak oleh agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah diminta oleh Khabbab bin Al-Art agar memohon kemenangan yang segera dan semerta bagi Islam. Katanya: “Mengapa engkau tidak mendoakan untuk kita Ya Rasulullah? Mengapa engkau tidak meminta kemenangan untuk kita?"

Lantaran itu, Nabi dengan muka yang merah terus duduk untuk menenangkan perasaan marah lalu bersabda: Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah disisir dengan sikat besi sehingga tergelupas daging dari tulang dan dibelah dua dengan gergaji, tetapi tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, ia akan memberi kemenangan kepada agama ini, sehingga orang yang berjalan dari Sana‘a ke Hadral Maut tidak takut melainkan Allah, dan juga tidak takut serigala menerkam kambingnya, tetapi kamu minta disegerakan! (Riwayat Bukhari).

Pasti

Memang pertolongan Allah itu pasti dan dekat, tetapi ia mempunyai masa dan tempoh waktu tertentu yang hanya diketahui Allah. Sebab itulah Rasulullah sentiasa berpesan kepada sahabat-sahabatnya supaya bersabar dan mendidik mereka supaya memahami fitrah perjuangan yang tidak diberikan kemenangan secara percuma dan sebelum tiba masanya.

Ini diperkuatkan dengan firman Allah s.w.t.: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan dan ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah: 214)

Memerhatikan tahapan masa merupakan sunnatullah atau proses tabii yang Allah wujudkan sebagai salah satu cara untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan manusia. Sebab itulah sesuatu perkara itu tidak akan disegerakan sebelum cukup tempoh waktu yang telah ditentukan baginya. Sememangnya tanaman apabila dituai sebelum masak dan buah dipetik sebelum tiba waktunya, tidak akan menghasilkan manfaat yang diharapkan malah kadangkala mendatangkan mudarat dan tidak bermanfaat.

Begitu juga dengan cita-cita untuk mendaulatkan Islam tidak akan tercapai dengan hanya bermodalkan semangat semata-mata. Ia juga bukan sekadar melayani gelodak emosi tanpa memperhitungkan natijah dan akibatnya. Sebaliknya penggarapan terhadap usaha pemartabatan Islam atau amal Islami harus dilakukan secara dewasa, matang dan penuh perhitungan.

Semangat yang meluap-luap sahaja tidak cukup untuk membuktikan iman yang kuat, sebaliknya semangat yang tidak berpaksikan iman dan suluhan ilmu yang benar hanya akan menimbulkan fitnah dan menatijahkan kemudaratan yang maha besar. Hal ini dipertegaskan Allah dalam al-Quran: Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini. (al-Mukminun: 71)

Sesungguhnya mendirikan negara Islam yang berhukum dengan undang-undang Allah dan menyatupadukan orang-orang Islam di atas dasar Islam adalah kewajipan atas umat Islam yang tidak perlu dipertikaikan. Tetapi pelaksanaannya dalam konteks realiti masa kini memerlukan pertimbangan strategik dari segi keperluan, kemampuan dan kesediaan. Ia turut menagih kesabaran yang tinggi dan melalui proses beransur-ansur secara berperingkat berpandukan sunnatullah yang ditetapkan.

Atas perhitungan inilah umat yang ikhlas berjuang tidak harus terlalu gelojoh, cepat putus asa atau mudah melatah dalam upaya memartabatkan agama Allah di atas muka bumi ini. Yang paling penting matlamat biar tercapai tanpa kegoncangan-kegoncangan yang tidak perlu. Bak kata pepatah, ikan biar tertangkap, tetapi air jangan keruh.

-Utusan M'sia


Tahniah diucapkan kepada pengarang Utusan Malaysia, yang bernama Dr Asyraf, yang menyentuh beberapa perkara dan memperkenalkan sifat Isti'jal...iaitu satu sifat yang terburu-buru, dan yang saya faham dari karangan beliau sifat terburu-buru dalam membina negara Islam bagi menerapkan seluruh hukum Al Quran dan As sunnah Rasul SAW.

Membawa intipati yang bernas, mungkin beliau terbau-bau bahawa arus kebangkitan Islam kian bergolak di tanah air ini. Insya Allah, apa yang dijanjikan olehNya pasti terjadi suatu hari nanti.

Memang diketahui umum, Hizbut Tahrir memperjuangkan Islam, melanjutkan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah ala Minhaj Nubuwwah. Secara langsung, artikel ini menyentuh perihal apa yang diperjuangkan olehnya.

Cuma, jari jemari yang gatal ini, ingin mengungkap apa isi kandung artikel diatas dengan apa yang diaktivitikan oleh Hizbut Tahrir.

Hizbut Tahrir, menyediakan halaqah bagi membina keperibadian Islam, sejumlah fikrah ,mafhum yang berteraskan Islam dan sebagainya kepada Ahlinya, Bagi motivasi kepada ahlinya untuk menyebarkan dakwah pemikiran tanpa kekerasan kepada setiap lapisan masyarakat. Dengan demikian, memperjuangkan dakwah mestilah atas dorongan keimanan sebagai asasnya.

Dorongan suatu perbuatan, kalau berteraskan Pemikiran, kita dapat melihat ia bersifat konsisten, berterusan bahkan tawaran untuk bersedia berkorban sekali, ia sanggup menghadapi. Sepertimana pengarang tersebut menyebut Surah Al Quran, Al Baqarah 214.

Tetapi, Kalau dorongan suatu perbuatan, yang berteraskan Emosi (sekadar Bersemangat saja) , ia bersifat sementara saja walaupun pada mulanya ia kelihatan amat terlalu kuat, namun ia tetap bersifat sementara waktu saja. Apabila suatu tawaran, yang bersifat kompromi (win-win), maka mulalah semangat itu dapat dikendurkan bahkan hilang seperti habuk-habuk ditiup angin. Sebagai contoh, semangat demonstrasi membebaskan Anwar (Bekas Timbalan Menteri).

Menyentuh Sifat terburu-buru dalam membina negara Islam.
Sifat terburu-buru macamana yang dimaksudkan, mahukah umat Islam dewasa kini hanya menunggu saja negara Islam itu terbina. Sebuah negara Islam ataupun satu zaman kegemilangan Islam itu terbit dengan secara Tiba-tiba, menjatuhkan pemikiran barat secara tiba-tiba. Itu sesuatu yang dikatakan diluar Sunnatullah. Perbuatan menunggu sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Walaupun, terdapat perkhabaran masa depan yang cemerlang untuk Islam..kita tidak boleh menunggu belaka. Sepertimana di dalam sirah, bahawasanya tatkala Kota Madinah dalam peperangan Khandak, ketika Rasulullah SAW menghentakkan lembingnya untuk memecahkan batu, ketika itu, terpancarlah (percik api) cahaya api kerana pertemuan besi keras dengan batu keras, maka dengan spontan Baginda mengucapkan Takbir. Sampai tiga kali berturut-turut. Selepas itu, para sahabat bertanya,"kenapa Baginda bertakbir?" Beliau menjawab, bahawa cetusan api pertama, Baginda ternampak kaum muslimin menawan istana putih di negeri Yaman, Kedua baginda terlihat kaum muslimin akan menawan Iwan Kisra di tanah Parsi dan ketiga, baginda terlihat kaum muslimin menawan Mahligai Raja-raja di Constantinopel"

Perkhabaran masa depan itu..adakah para sahabat HANYA MENUNGGU SAHAJA....jawapannye TIDAK..para sahabat melakukan aktiviti menawan Parsi dan Rom..bahkan Constantinopel ditawan selepas zaman para sahabat. Walaupun Khalifah Muawiyyah memulakan usaha penaklukan ini, sesungguhpun makan masa ratusan tahun untuk direalisasikan. Namun usaha itu beristiqamah sehingga berjaya, iaitu ditangan Muhamad Al Fateh

Umat Islam sekarang perlulah ada kesedaran yang jelas dan kena berusaha secara gigih untuk meraihkan dan memenuhi janji-janji Allah, dengan jalan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW yang pernah dicaci, dihina, dicederakan bahkan diancam untuk dibunuh oleh musuh-musuh Islam ketika itu, kita juga memahami bahwa penolakan Nabi saw. terhadap tawaran kekuasaan, harta dan wanita itu membuktikan, bahwa Nabi sangat paham, bahwa cara semacam ini, tidak akan terwujud pembinaan kefahaman umat tentang Islam (ataupun Negara Islam)....sudah cukup jelas kepada umat Islam sekarang ini, bahawa membina Negara Islam untuk menerapkan segala perundangan Al Quran dan As Sunnah memerlukan keyakinan yang bersungguh-sungguh dan usaha-usaha yang tiada tolok bandingnya. Bukan sekadar bersemangat secara emosi atau sekadar duduk diatas tikar sejadah sambil berdoa. Itu Rasulullah SAW tidak pernah ajarkan.

Dari kekosongan itu, perlulah diisikan dengan sejumlah tsaqafah, ilmu dan pengetahuan tentang isi kandung negara Islam yang akan mereka binakan. Ini baru ideal, sesuatu perjuangan mestilah faham apa yang hendak diperjuangkan, bukannya sekadar ikut-ikutan semata-mata.
Inilah perbezaannya diantara dorongan sesuatu usaha atas dorongan pemikiran ataupun emosinal.
Apabila pengisian tersebut dipenuhi, barulah susunan yang teratur menyusuli...maka terpimpinlah sesuatu perbuatannya berlandaskan penuh keimanan serta digarispandukan hukum syarak.

Secara ringkasnya, Rasulullah menunjukkan kepada umat Islam sekelian, jalan-jalan Baginda tempuhi dalam usaha membina negara Islam ada 3 peringkat :
1, Dakwah secara tersembunyi/rahsia
2, Dakwah secara Terbuka
3, Dakwah meminta dukungan untuk melindungi, menjaga dan menyebarluas Islam daripada para penguasa.


Dan seorang sahabat Baginda, yang bernama Mus'ab bin Umair. Dihantar ke Yatrib (Madinah) untuk memperkenalkan Islam. Agar pemikiran, perasaan penduduk di Yatrib tunduk dengan kehendak Rabb Illahi serta mereka berkongsi dengan satu hukum (Islam) yang sama.
Secara amnya, apa yang kita pelajari bahawa apabila seluruh umat Islam ataupun majoritinya memahami apa itu negara Islam dan apa isikandung dalam negara Islam barulah itu dikatakan oleh pengarang artikel di atas, Bak kata pepatah, ikan biar tertangkap, tetapi air jangan keruh.

Dimana, umat Islam bersedia menerima Negara Islam, menerapkan hukum Allah dengan penuh ketaqwaan....namun, usaha ini perlulah daripada usaha-usaha pendakwah yang ikhlas dan bersedia siang dan malam untuk mencerdikkan umat (orang sekelilingnya/masyarakat), agar umat Islam bersedia mengilap kembali As Sunnah Rasulullah yang kian lama mereka abaikan. Agar mereka (umat Islam) faham bahawa negara Islam itu bernama Khilafah yang jauh bezanya dengan mana-mana negara yang sedia ada seperti sekarang ini.

Realitinya, negara Khilafah lebih aman damai. Bukannya, kes-kes jenayah mencecah ratusan setiap hari seperti sekarang ini.
Kembali Ke Atas Go down
 
Apa itu Isti'jal
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: