Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 kesinambungan imam mahdi,bani tamim

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeSun Dec 21, 2008 3:02 pm

bab satu

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3989.0

PERKARA: Kebangkitan Islam kali ke 2 akhir zaman

SOALAN: Ustaz, melalui orang dakwah saya sering mendengar tentang kebangkitan islam kali ke 2 di sebelah timur . kebangkitan kali ini di terajui oleh orang melayu dari malaysia katanya. Boleh ustaz kemukakan hujah yang mudah saya fahami tentang perkara ini?

JAWAPAN: Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene­rima takdir yang bakal berlaku.

Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)


Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke­wafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal ber­laku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Jadual Tuhan yang Telah Berlaku

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam

Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh­nya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja­jah­an­nya dan mereka (Rom) selepas itu akan menga­lah­­kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada se­be­lum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem­bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.”
(Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uq­dud­­durar fi akhbar Al Muntazar.


Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”
(Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me­re­but janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Te­tapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewa­fatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kege­milangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Jadual Tuhan untuk umat Islam akhir zaman

Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman

Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum­nya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.”

(Ri­wa­yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)


2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur


Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”

(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)

Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad­did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.”
(Ri­wayat Abu Daud)


4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman

i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.”

(Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain:

Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di­penuhi ke­zaliman.”

iii. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeMon Dec 22, 2008 10:59 am

5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi

Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat:

Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda:

“Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme­nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pe­muda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.”

(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim men­dapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.

i. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da­tang­nya ketentuan Allah (Kiamat).”
(Riwayat Muslim)

ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim:

Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW:

“Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji.”
(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.”


(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

v. Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me­nye­­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manu­sia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya.”


(Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)

Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islam­lah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para Sahabat.

Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hi­dup yang ada hari ini telah begitu rosak. Semakin dicari penye­lesaian semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, per­gaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan, tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu. Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.

Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Tuhan mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah se­jarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam se­dang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.

Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah se­kitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ia­lah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih me­nonjol.

Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:

• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya. Sad
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeMon Dec 22, 2008 11:01 am

• Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian mem­besar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-ga­gak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau me­reka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat me­reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:

Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpul­kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai­kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.”

(Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)

• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Na­mun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.

• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi:

Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.”

• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibu­nya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.

Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengait­kan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasu­lullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizi­kalnya.

• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.



• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.

• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkem­bang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan ma­nusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh manusia.

Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzeki­kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya.
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeThu Dec 25, 2008 11:43 am

ORANG YANG MENGAKU MANTAN HT MENGATAKAN:

Ternyata syarat agar kaum muslimin diberi kekuasaan kekhilafahan oleh
Allah, berdasarkan ayat janji Allah -subhanahu wa ta'ala- tersebut
diatas, adalah yang pertama masalah kualitas keimanan ummat Islam itu
sendiri yaitu menjauhkan segala macam kesyirikan dan menutup
rapat-rapat pintu yang mengarah kesana.
Kemudian yang kedua adalah kualitas amal shalih ummat Islam yaitu amal
yang ikhlas dan ittiba' kepada Rasul semata tanpa ada
tambahan-tambahan baru yang tidak pernah dicontohkan oleh generasi
salaful ummah.

KOMENTAR:

Benar, kuncinya tauhid dan amal sholih. Tapi Islam itu kadang menuntut
umatnya untuk melakukan amal sholih merealisasikan terget-target yang
bersifat riil, seperti menaklukkan benteng musuh atau mendirikan
sebuah negara islam. Ini juga amal sholeh, dan itu juga dilakukan
dengan ittiba'. Untuk merealisasikan target yang bersifat riil itu
diperlukan amalan khusus yang bersifat riil dan terarah langsung pada
sasaran dan tentu menjadikan langkah2 rasulullah shollallaahu `alaihi
wa sallam sebagai refrensi, tidak cukup dengan keimanan dan amal
sholih dalam bentuk global. Kaum muslimin tidak akan menumbangkan
musuh hanya dengan mengaku beriman dan terbebas dari syirik. Musuh
yang benar-benar keras memusuhi islam juga tidak bisa ditaklukkan jika
umat islam hanya mencukupkan diri dengan keimanan dan tauhid. Begitu
pula denganNegara Islam, dia tidak akan otomatis berdiri tanpa
perencanaan dan langkah-langkah politis yang diatur dan dijalankan
dengan matang. Oleh karena itu, dalam konteks mendirikan khilafah,
umat tidak hanya butuh ulama, tapi butuh ulama yang bergerak secara
politis untuk merealisasikan target-target yang bersifat politis.
Gerakkan politis untuk mendirikan negara islam juga dicontohkan dalam
sirah nabawiyah. Lihat bagaimana rasulullah shollallaahu `alaihi wa
sallam mengontak berbagai kabilah, bukan hanya untuk mengajak mereka
masuk islam, tapi juga meminta agar mereka mau memberikan kekuasaan
kepada islam (lihat dialog beliau dengan Bani Amr bin Sho'sho'ah). Ini
yang disebut oleh HT dengan Tholabun Nushroh. Bayangkan juga,
bagaimana Rasulullah melemahkan posisi politis Abdullah bin Ubai bin
Salul dalam mengambil posisi kepemimpinan di Yastrib. Semua itu
langkah politis yang harus ditiru dan termasuk amal sholih.

Ingat, jika benar Imam Mahdi adalah kholifah yang akan datang, maka
saya yakin, dia adalah orang yang memiliki manuver yang jitu dalam
politik. Pasalnya, dia hidup di zaman yang penuh kemunkaran,
kesemena-menaan dan kedzoliman. Lantas bagaimana dia bisa menjadi
kholifah di tengah situasi seperti itu tanpa langkah-langkah yang
disiapkan secara matang? Jika itu karena kekosongan Kerajaan Saudi,
lantas apakah Imam Mahdi ini dipilih begitu saja tanpa track record
politik sama sekali (seperti orang kampung yang tiba-tiba ditunjuk
jadi kholifah)? Atau apakah dia diturunkan dari langit oleh Allah
ta'aalaa seperti seorang malaikat sehingga manusia otomatis
menunjuknya? Atau dia punya mu'jizat yang membuat kagum semua orang
seperti para nabi `alaihimus salaam? Atau apakah dia sudah punya
catatan gerak politik yang baik sehingga dia dipandang layak oleh
umat/ahlul halli wa `aqdi untuk menduduki jabatan kholifah? (Ingat,
menurut Ahlus Sunnah, pengangkatan Kholifah ini perkara
duniawi-manusiawi, bukan seperti keyakinan rafidhah yang meyakini
bahwa Imam diangkat oleh Allah).

ORANG YANG MENGAKU MANTAN HT MENGATAKAN:

Diriwayatkan oleh Hudzaifah -radliallahuanhu- secara marfu' kepada
Nabi -shallallahu alaihi wa alihi wa salam- beliau bersabda :
"Masa ke Nabi an akan terjadi dalam masa yang dikehendaki oleh Allah.
Kemudian Allah akan mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk
mencabutnya. Setelah itu berdirilah kekhalifahan sesuai dengan sunnah
Nabi dalam masa yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah akan
mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Setelah itu
berdirilah kerajaan yang sangat berkuasa dalam masa yang dikehendaki
Allah. Kemudian Allah akan mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk
mencabutnya. Setelah itu berdirilah kekuasaan diktator dalam waktu
yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah akan mencabutnya apabila Dia
berkehendak untuk mencabutnya. Setelah itu berdirilah kekhalifahan
sesuai dengan sunnah Nabi, kemudian beliau -shallallahu alaihi wa
alihi wa salam- diam". (HR Ahmad dalam Musnad nya, dishahihkan oleh al
hafizh Al Iraqi dan al albani)

Keterangan : Dzahir hadits diatas menjelaskan pada kita bahwa saat ini
kita berada di kurun pasca dan pra khilafah ala manhaj nubuwwah
(ditengah-tengah masa) entah di zaman kerajaan besar atau zaman
penguasa yang diktator. Khilafah ala manhaj nubuwwah akan hadir
setelah dua zaman tersebut.

KOMENTAR:

Jika hadits itu dipakai untuk menolak propaganda yang masif soal
khilafah, maka ini sangat menggelikan. Hadits ini menggambarkan empat
fase, di mana khilafah `alaa minhajin Nubuwwah hanya akan tegak
kembali pada fase terakhir setelah fase raja-raja besar dan penguasa
diktator. Kemudian, dengan pemahamannya yang aneh, penulis seolah-olah
mengatakan bahwa "Kita tidak perlu susah-susah mendirikan khilafah,
karena khilafah tidak akan tegak pada zaman kita, sebab mungkin kita
sekarang ada pada di zaman raja-raja besar atau diktator, makanya
khilafah itu baru akan tegak jauh setelah zaman kita sekarang. Karena
itu, setiap usaha mendirikan khilafah pd hari ini pasti sia-sia dan
tidak perlu".

Tidak ada orang cerdas yang bisa berkata seperti itu. Hadits itu
menyatakan bahwa khilafah `alaa minhajin nubuwwah akan tegak setelah
masa kerajaan dan diktator. Tapi, ini hanya diskripsi realitas, tidak
mengandung tuntutan yang bersifat syar'i. Memang benar bahwa khilafah
telah runtuh dan digantikan raja kemudian penguasa diktator. Tapi itu
tidak berarti bahwa pada fase kerajaan itu umat islam tidak diwajibkan
mendirikan khilafah. Keberadaan kerajaan itu keputusan Allah, tapi itu
bukan keputasan yang bersifat syar'i. Secara syar'i, Allah tetap
mewajibkan umat islam untuk bernaung di bawah khilafah, dan haram bagi
mereka untuk ridho kepada penguasa lain selain kholifah. Maka dari
itu, siapa yang ridho terhadap raja-raja itu maka meraka berdosa
(karena berdiam terhadap kemunkaran), sebaliknya, siapa yang tidak
ridho dengan mereka dan terus berusaha untuk mengembalikan khilafah
maka mereka terlepas dari dosa raja-raja itu.

Oleh karena itu, kewajiban untuk mendirikan khilafah ini sudah mulai
ditanggung oleh umat sejak detik pertama khilafah runtuh. Ibnu Hazm
mengatakan, "tidak halal bagi muslim bermalam selama dua hari
sementara di pundaknya tidak ada baiat kepada seorang Imam" (lihat Al
Muhalla pada "kitaabul Imaamah". Oleh karena itu, siapa saja yang
mengabaikan kewajiban ini, maka dia dianggap mengabaikan kewajiban
kifayah yang sangat besar.

Kesimpulannya, meski khilafah akan berdiri setelah dua zaman tersebut,
tapi usaha untuk mendirikan khilafah tetap wajib sejak detik pertama
khilafah tumbang. Dan kapan khilafah berdiri? itu urusan Allah, Tapi
manusia wajib berusaha untuk memenuhi kewajibannya.

ORANG YANG MENGAKU MANTAN HT MENGATAKAN:

Keterangan : Disini dijelaskan oleh Rasulullah -shallallahu alaihi wa
alihi wa salam- bahwa sebelum turunnya al Mahdi -alaihis salam- bumi
sedang penuh dengan kezhaliman dan kesemena-menaan , oleh karena itu
tidak mungkin al Mahdi di turunkan setelah adanya khilafah rasyidah
akan tetapi dapat dipastikan bahwa al Mahdi lah khalifah yang pertama
kali setelah zaman kedzaliman ini. Zaman kedzaliman dan kesemena
menaan adalah zaman kita ini, sehingga setelah ini khilafah hanya akan
berdiri oleh al mahdi yang bernama Muhammad bin Abdillah, bukan oleh
organisasi/ harokah manapun.

KOMENTAR:

Pertama. Penulis memiliki masalah pemahaman yang kacau tentang
kewajiban pendirian khilafah. Dia fikir, mendirikan khilafah ini hanya
kewajiban Imam Mahdi, kemudian orang lain cukup menunggunya tanpa
harus bersusah payah untuk menyusun langkah politis-praktis guna
mendirikan khilafah. Ini terjadi karena dia tidak bisa membedakan
antara dalil yang sekedar berisi pemberitaan dengan dalil yang
menuntut amal. Dalil yang mengisahkan perihal imam Mahdi itu berupa
khobar, tanpa ada tuntutan apa pun yang bersifat syar'i. Di sisi lain,
ada banyak dalil syara' yang menuntut umat islam agar selalu memiliki
Imam/Kholifah. Ibnu Hazm di dalam Al Muhalla mengatakan, "tidak halal
bagi seorang muslim untuk hidup selama dua malam tanpa ada baiat di
pundaknya kepada seorang imam". Kemudian beliau memaparkan
dalil-dalilnya. Para ulama memahami bahwa mengangkat Imam adalah
kewajiban umat islam, dan umat islam akan berdosa jika tidak mau
berusaha memenuhi kewajiban itu. Tapi penulis justru menyandarkan
sepenuhnya urusan ini kepada Imam Mahdi, seakan-akan kewajiban
mendirikan khilafah ini hanya berlaku bagi Imam Mahdi dan pada zaman
Imam Mahdi saja. Saya ulangi, dalil perihal imam Mahdi itu sepenuhnya
berisi berita, dan sama sekali tidak mengandung larangan kepada umat
islam untuk mendirikan gerakan yang berusaha mendirikan khilafah dan
mengangkat seorang kholifah. Artinya, kewajiban untuk mendirikan
khilafah tetap ditanggung oleh ummat sehingga mereka harus selalu
berusaha merealisasikannya.

Kesalahpahaman penulis mengenai Imam Mahdi ini benar-benar parah dan
menggelikan. Dia menggembosi signifikansi gerakan pendirian khilafah
hanya dengan mengatakan bahwa kholifah itu adalah Al Mahdi, bukan
salah seorang dari organisasi mereka. Padahal, nash-nash tentang Imam
Mahdi tidak melarang umat islam untuk berusaha mendirikan khilafah dan
membaiat kholifah sesegera mungkin. Justru sebaliknya, ada banyak
dalil yang mewajibkan umat untuk membaiat Imam dan mengharamkan sikap
berdiam diri atas ketiadaan imam yang dibaiat.

Kedua. Masalah siapa yang akan diangkat menjadi kholifah, ini bukan
perkara aqidah, tapi perkara syariat. Penulis sengaja mengacaukan
masalah ini, seakan-akan masalah kholifah ini menjadi masalah aqidah.
Sehingga, seolah-olah, orang-orang yang ingin mendirikan khilafah
dianggap menyalahi hadits-hadits Rasulullah shollallaahu `alaihi wa
sallam, dan orang yang ingin membaiat seorang muslim (yang tidak
bergelar Al Mahdi) dianggap menyalahi nash-nash yang mengisahkan
tentang Imam Mahdi. Ini benar-benar lucu, aneh, konyol sekaligus
memperihatinkan. Para ulama telah mendiskusikan syarat-syarat yang
harus dipenuhi oleh seseorang agar bisa diangkat menjadi kholifah
secara sah, seperti: Islam, laki-laki, adil, baligh, berakal, merdeka,
mampu, dan sebagian ulama menambahkan syarat "Quraisy". Siapa saja
yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara', maka
dia sah untuk diangkat menjadi kholifah, siapa pun namanya. Tidak ada
syarat bahwa yang diangkat itu harus bergelar Al Mahdi putra Abdullah
yang telah dijanjikan, sehingga kholifah yang tidak bernama Al Mahdi
tidak dianggap sah.

Adapun masalah bahwa yang akan pertama kali di baiat nanti adalah Imam
Mahdi, itu sepenuhnya menjadi urusan Allah, bukan urusan manusia. Kaum
muslim hanya diberi kewajiban untuk membaiat seorang kholifah dengan
kriteria yang telah dijelaskan oleh para ulama, dan diharamkan bagi
mereka untuk hidup tanpa kholifah.

Ketiga. Apakah khilafah yang tidak dipimpin oleh Al Mahdi itu tidak
sah? Dan apakah tidak boleh mengangkat kholifah yang tidak bernama Al
Mahdi-bnu Abdillah? Lagi pula, siapakah Al Mahdi itu? Apakah beliau
seorang hamba khusus dan istimewa dengan ciri-ciri khusus? Ataukah
beliau seorang Nabi? Atau kah beliau itu manusia biasa seperti kita
yang memiliki hak dan kewajiban seperti kita juga? Jika beliau manusia
biasa, bukankah itu berarti beliau cuma melakukan kewajiban
berdasarkan syariah Muhammad shollallaahu `alaihi wa sallam yang juga
kita tanggung? Jika beliau sekedar menjalankan syariah Muhammad,
berarti khilafah itu bukan kewajiban khusus untuk beliau saja. Sebab,
syariah Muhammad itu berlaku umum ditanggung oleh seluruh umat
Muhammad shollallaahu `alaihi wa sallam.

ORANG YANG MENGAKU MANTAN HT MENGATAKAN:

Tidak disebutkan oleh hadits ini (Hadits wafatnya seorang khalifah
sebelum munculnya al mahdi) seperti apakah kondisi khalifah yang
meninggal sebelum munculnya al mahdi ini, namun mengingat banyak
hadits menyebutkan bahwa sebelum al mahdi muncul di dunia ini penuh
dengan kedzaliman, maka khalifah yang meninggal ini pastilah bukan
khalifah ber manhaj nubuwwah, dan faktanya memang saat ini telah
banyak pihak yang mengklaim sebagai khalifah, misalnya khalifah NII,
Khalifah Jama'ah Islamiyah, bahkan manhaj wahhabi di saudi juga
mengklaim raja mereka sebagai khalifah dan banyak diantara mereka yang
menulis tentang Daulah Su'udiyah. Dan yang terakhir inilah yang paling
berkemungkinan yang dimaksudkan hadits tersebut mengingat al mahdi
muncul di haramain.

Disini dijelaskan oleh Rasulullah -shallallahu alaihi wa alihi wa
salam- bahwa al Mahdi -alaihis salam- adalah salah seorang dari
penduduk Haramain, bukan penduduk Indonesia, bukan penduduk Iran, dan
faktanya di haramain hingga kini tidak tampak eksistensi
harokah-harokah Islam melainkan hanya sedikit sekali dan itupun secara
diam diam. Sehingga al mahdi dari dzahir hadits tersebut sepertinya
bukan dari kalangan harokah harokah yang gencar berda'wah di Indonesia.

Pembaitan al mahdi terjadi di Makkah oleh ulama penduduk haramain
karena waktu itu di Haramain (sekarang masuk wilayah saudi arabia)
sedang terjadi kekosongan kekuasaan pemerintahan akibat meninggalnya
penguasanya sehingga terjadilah pertikaian perebutan kekuasaan. Al
mahdi dibaiat sebagai solusi atas adanya konflik pemerintahan di
haramain dan sekitarnya.

Setelah resmi dibaiat sebagai amir haramain dan sekitarnya (amir
negeri saudi saat ini - wallahua'lam) , al mahdi masih menghadapi
tantangan dari penguasa penguasa lainnya di Semenanjung arabia (Timur
Tengah).
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeThu Dec 25, 2008 11:43 am

KOMENTAR:

Pikiran penulis di sini juga tak kalah menggelikan. Dengan
uraian itu seolah-olah dia menyatakan bahwa kholifah itu hanya akan
lahir di Saudi, sehingga tidak ada kewajiban untuk mendirikan negara
islam bagi kaum muslim yang hidup di negeri yang lain sehingga setiap
usaha untuk mendirikan khilafah `alaa minhajin nubuwwah di luar Saudi
adalah tidak benar. Sekali lagi masalahnya adalah tidak bisa
menempatkan nash yang berbentuk khobar pada tempat yang benar.

Untuk menunjukkan kenylenehannya, saya tunjukkan sebuah nash dalam
bentuk khobar yang lain.

Dari Abu Qobil berkata, "kami bersama Abdullah bin Amr Bin Ash
radlyallaahu `anhuma dan bertanya kepada beliau kota manakah yang akan
ditaklukkan lebih dahulu, apakah Konstantinopel atau Roma? Maka
Abdullah bin Amr ra menunjukkan sebuah kotak yang berhias kemudian
beliau mengeluarkan sebuah kitab dari kotak tersebut, dan berkata,
"kami berada disekitar rasulullah shollallaahu `alaihi wa sallam, aku
mencatat ketika ditanyakan kepada beliau mana di antara dua kota yang
akan ditaklukkan terlebih dahulu, Konstantinopel ataukah Roma? Maka
rasulullah shollallaahu `alaihi wa sallam bersabda, "Kotanya Heraklius
akan ditaklukkan terlebih dahulu, yaitu Konstantinopel" (diriwayatkan
oleh Ahmad).

Hadits ini berbentuk khobar, bahwa konstantinopel akan
ditaklukkan lebih dahulu dari Roma. Tapi, apakah hadits ini melarang
umat islam untuk menyerang Roma sebelum menaklukkan konstantinopel?
Sama sekali tidak. Hadits ini hanya memberitakan bahwa konstaninopel
ditaklukan lebih dulu, itu saja. Serangan ke Roma sebelum
konstantinopel ditaklukkan tidaklah haram.

Ada juga hadits tentang adanya fase raja-raja dan diktator
pasca keruntuhan khilafah rasyidah. Tapi apakah hadits itu berarti
melarang usaha pendirian khilafah sebelum berakhirnya dua fase yang
kelam itu (Raja-raja dan diktator) ? Dan apakah usaha mendirikan
khilafah di dalam fase raja-raja dan diktator dianggap salah dan
sia-sia? Tentu saja hanya orang bodoh yang berpikir seperti itu.
Sebab, berusaha mendirikan khilafah adalah wajib bagi umat Muhammad,
kapan pun dan di mana pun, selama khilafah itu tidak ada.

Sama seperti kasus dalam hadits tentang baiat penduduk
Makkah ini. Hadits ini hanya berbentuk pemberitaan, bahwa besok di
Makkah akan ada kejadian begini. Tapi, itu bukan berarti bahwa umat
islam tidak boleh berusaha membaiat kholifah di negeri yang lain, asal
syarat-syaratnya terpenuhi. Justru sebaliknya, di mana pun mereka
berada, mereka harus berusaha merealisasikan kewajiban baiat kepada
seorang kholifah yang memenuhi kriteria secara fiqh. Ini bukan
kewajiban khusus warga Al Haramain maupun keturunan Ibnu Su'ud.

Terlebih lagi, orang-orang yang memaksa laki-laki dari
Madinah untuk keluar dan dibaiat itu siapa? saya yakin, mereka adalah
orang-orang yang melek politik, dan peduli terhadap permasalahan
politik umat. Orang-orang yang membaiat itu pastilah orang-orang yang
jeli melihat kesempatan dan peluang-peluang politik. Makanya,
orang-orang yang dikatakan oleh penulis memaksa seorang lelaki Madinah
untuk keluar di tengah situasi politik yang kacau itu pastilah
orang-orang yang punya visi dan misi politis yang baik, dan
merencanakan langkah-langakh politisnya dengan baik. Dan saya yakin,
mereka juga merupakan ulama yang baik. Mereka pastilah para praktisi
politik yang terjun langsung dalam masalah politik yang terjadi pada
waktu itu, bukan hanya orang yang duduk-duduk terus sambil membaca
kitab Saya tidak mengatakan membaca kitab itu sepele, tapi khilafah
tidak akan berdiri jika kerjaan kita sekedar membaca kitab saja
seperti yang dikerjakan oleh kebanyakan "ulama" pada zaman ini.

ORANG YANG MENGAKU MANTAN HT MENGATAKAN:

Secara ringkas kita bisa menarik kesimpulan bahwa khilafah ala manhaj
nubuwwah akan berdiri tidak oleh harokah harokah da'wah manapun yang
saat ini ada, melainkan didirikan secara spontan oleh ulama penduduk
haramain yang membaiat seorang yang sholih dari penduduk haramain
bernama Muhammad bin Abdillah karena saat itu negerinya sedang kosong
kekuasaannya dan terjadi perebutan kekuasaan yang tidak sehat.

Jika sebelum peristiwa itu ada yang mengklaim telah mendirikan
khilafah maka hal itu pasti bukan khilafah ala manhaj nubuwwah namun
bisa jadi hanyalah khilafah ala manhaj Fulan yang mengatasnamakan
khilafah islam, yang menyebut diri sebagai khilafah namun prakteknya
penuh dengan penyimpangan dan kesewenang-wenangan . Sebagaimana dzahir
hadits Nabi yang mengatakan bahwa sebelum berkuasanya al mahdi maka
dunia ini akan dipenuhi kesewenang-wenangan .

KOMENTAR

Penulis boleh saja berkeyakinan kuat bahwa Khilafah akan didirikan
oleh penduduk Hijaz sebagai kelanjutan dari "dinasti" Su'udiyyah.
Tapi, dia tidak boleh melarang kaum muslim yang lain untuk berusaha
merealisasikan kewajiban dan berusaha menjelaskan kepada umat tentang
kewajiban itu. Jika penguasa Indonesia, seperti SBY, mau insyaf, mau
dibaiat menjadi kholifah, dan mau menerapkan islam dan mau menjadi
duta penyebaran islam, kenapa tidak? Kenapa harus Saudi? Padahal
hadits itu tidak menunjukkan larangan untuk berusaha mengubah NKRI
menjadi negara Khilafah. Lagi pula, tidak ada satu pun kitab fiqh yang
mensyaratkan bahwa khilafah harus didirikan di Hijaz, wabil Khusus dua
tanah haram.

terlebih lagi, kenapa harus menunggu kekosongan dan kekacauan kerajaan
Su'uddiyyah? Kenapa tidak ada ulama yang menasehati penguasa Saudi
agar beliau mau dibaiat untuk menjadi pemimpin ummat? Bukankan
kewajiban mengangkat kholifah ini masih berada dalam pundak kita
bersama? Bukankah banyak ulama faqih di sana? Bukankah mereka
menduduki jabatan yang strategis di sana? Bukankah mereka mengeluarkan
banyak buku dan fatwa? Kenapa tidak memberi fatwa kepada penguasa
Su'udiyyah untuk mau dibaiat atas nama seluruh umat? Jika itu mereka
lakukan, saya sepenuhnya akan mendukung! Apakah mereka menunggu Al
Mahdi? Padahal, Al Mahdi sekali pun tidak akan pernah dibaiat jika
tidak ada orang-orang di belakangnya yang berusaha memperjuangkan
terealisasinya pembaiatan kepadanya. Apakah mereka mengira khilafah
belum wajib karena belum datang masa Al Mahdi? Padahal kewajiban
mengangkat kholifah itu sudah kita tanggung sejak khilafah runtuh.

Saya pesimis, jika yang dikatakan ulama-ulama itu masih terus bersikap
seperti itu, sekali pun terjadi perebutan dan kekosongan kekuasaan di
Saudi, mereka akan tetap menjadi "ulama yang a politis", yang tidak
akan mampu memanfaatkan situasi politik seperti itu untuk membaiat
siapa pun. Sebab, mereka tidak punya program dan agenda politik
sama-sekali (kecuali sekedar menambah ilmu dari kitab-kitab yang ada
di perpustakaan mereka). Meski pun pekerjaan mereka mulia, tapi jika
hanya itu, mereka tidak akan mampu mendirikan khilafah.
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeFri Dec 26, 2008 11:21 am

Tidak Mempercayai Imam Mahdi dan Dajjal

Soalan:
Apakah hukumnya jika seseorang itu sukar untuk mempercayai atau mempercayai wujudnya Dajjal dan Imam Mahdi kelak ?
Jaffa, Singapura


Jawapan:
Ramai dikalangan ulamak muktabar mempercayai lebih kurang 50 buah hadis tentang kedatangan Imam Mahdi. Diantaranya Syekh Sya'rawi mengatakan "Imam Mahdi yang dijanjikan Rasulullah SAW akan datang di akhir zaman
itu benar akan terjadi. Dia akan dibai'at orang secara serentak dan bukan dia yang meminta orang supaya membai'at dirinya.
Tentu kita akan bertanya pula mengapa orang yang hidup pada zaman itu, yang jauh dari ajaran Islam, secara tiba-tiba dan secara serentak membai'atnya? . Ini tentunya dari sikap yang terpuji yang ditunjukkannya. Ilmunya mendalam, kelakuannya baik dan berjuang menegakkan agama Islam dengan ikhlas, maka orangpun tertarik dengan perjuangannya" .

Menurut Abul A'la al Maududi, bahawa seluruh jumhur ulama telah sependapat bahawa Imam Mahdi itu benar akan datang. Namun demikian ulama tidak sependapat menentukan orangnya. Maksudnya kata sebahagian ulama siapa yang betul-betul bersifat seperti yang dijanjikan Rasulullah itu, maka itulah Imam Mahdi".

Dari Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Belum lagi terjadi kiamat sebelum muncul Imam Mahdi dari anak cucuku juga. Dan Mahdi itu pun belum datang sebelum munculnya enam puluh orang pembohong, yang masing-masing mereka mengakui dirinya sebagai nabi".


Jika anda sukar untuk mempercayai sesuatu yang telah di khabarkan dan telah diterangkan oleh Rasulullah SAW, maka berusahalah untuk membersihkan jiwa dengan memegang teguh ajaran yang dibawa oleh baginda. Jangan mudah dibawa oleh arus pemikiran yang memutarbalikkan minda umat Islam. Maka hukumnya berdosa jika tidak mempercayai sesuatu yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeThu Jan 01, 2009 11:35 am

8. Abu Daud meriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. isteri Nabi s.a.w. daripada Nabi s.a.w. sabda Baginda: “Akan berlaku perselisihan ketika matinya seorang khalifah, ketika itu akan keluarlah seorang penduduk Madinah lari ke Makkah lalu ia didatangi oleh penduduk Makkah. Mereka mengeluarkannya dengan memaksa lalu berbai’ah kepadanya (untuk menentang) satu pasukan tentera daripada Syam. Tentera itu ditelan oleh bumi di satu kawasan padang pasir antara Makkah dan Madinah. Bila perkara itu dilihat oleh orang maka ia didatangi oleh ‘Abdal Syam dan beberapa kumpulan dari Iraq untuk berbai’ah dengannya. Kemudian muncul seorang pemuda daripada Quraisy. Bapa saudara sebelah ibunya daripada qabilah Kalb yang akan menghantar tentera untuk menentang orang itu (Al Mahdi) tetapi tenteranya (Al Mahdi) dapat mengalahkan mereka. Kerugian bagi orang yang tidak menyaksikan harta ghanimah qabilah Kalb. Dia (Al Mahdi) akan membahagikan harta ghanimah itu dan beramal mengikut sunnah Nabi mereka di kalangan manusia. Ketika itu Islam tersebar dengan luas. Dia akan memerintah selama tujuh tahun kemudian wafat dan jenazahnya disembahyangkan oleh orang-orang Islam. Abu Daud berkata: “Setengah perawi meriwayatkan daripada Hisyam sembilan tahun, setengah perawi pula meriwayatkan tujuh tahun”. (Hadith Abu Daud j.2 ms.232)
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitimeThu Jan 01, 2009 11:41 am

pemuda dari khurasan



Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.”


Pemuda Bani Tamim- Di manakah Khurasan?
Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan

Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil
Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke
Yunnan.

i. Kabul, Afghanistan.
Kabul merupakan pangkal Khurasan. Ketika ini perang saudara sedang berlaku di antara puak-puak mujahidin yang saling bertentangan. Puak syiah yang disokong Iran dan wahabi sokongan Arab Saudi sedang berentap bermati-matian.

Mereka telah berjuang lama untuk membebaskan Afghanistan dari penjajah
Komunis Rusia, dan mereka berjaya mengusir komunis. Malangnya mereka terus berperang sesama sendiri. Kini Afghanistan dikuasai oleh Taleban.
Di celah-celah berkecamuknya perang saudara itulah bakal munculnya golongan Asoib sepertimana yang dinyatakan oleh hadis. Golongan ini tidak terlibat dalam krisis tetapi memendam kekuatan. Untuk mereka ada tugas besar mengibarkan panji-panji hitam yang dijadualkan. Mereka inilah yang akan mudah menerima orang Timur.


ii. Pakistan

Hanya sebahagian kecil sahaja yang termasuk di dalam peta Khurasan, iaitu wilayah-wilayah yang dekat dengan Kota Islamabad.

iii. Yunnan
Yunnan adalah salah sebuah wilayah di China yang penduduknya banyak menganut Islam selain Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. Di Yunan terdapat sekitar 4 juta umat Islam. Malangnya Islam di sini begitu lemah hingga kebanyakan umatnya telah lupa syahadat dan lupa nama Islam mereka. Ini akibat kelalaian ulama mereka yang kemudian disambung dengan kedatangan Komunis. Walaupun demikian, jika dibanding dengan agama-agama lain, Islam masih hidup dan terus membara di China. Akar tunjang aqidah umat Islam tetap tidak tercabut.

Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka..
Kini masjid-masjid tumbuh mercup sedang kuil-kil tidak lagi dibina. Mereka masih inginkan Islam dan amat senang sekali menerima kedatangan orang Islam dari luar.

iv. Uzbekistan
Ia telah bebas dan merdeka dari Soveit Union. Wilayah-wilayah utamanya ialah Samarkhand, Bukhara, Tirmez dan lain-lain. Ibukotanya Tashkent. Bumi Khurasan ini telah pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain.
Selain pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam, ia berkembang sebagai pusat ilmu sains, matematik, optik, geografi, astronomi dan lain-lain lagi. Telah lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al Biruni, Ibnu Rusyd,Ali syir dan Umar Khayyam.
Di segi keIslaman, ilmu dan pengamalan muslimnya lebih baik dari muslim di Yunnan. Uzbekistan lebih mampu melahirkan kader-kader perjuangan Islam yang berpotensi dan berkualiti. Lebih-lebih lagi ia berhampiran dengan kawasan-kawasan umat Islam yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistan dan Khirghiza. Kembalinya negara-negara ini kepada Islam secara total sangat dibimbangi oleh Barat. Negara- ekonomi, bahan mentah, tenaga manusia dan senjata. Tetapi kekuatan yang lebih digeruni oleh Barat ialah Islam.
Negara "Ma waraa unnahar"-negeri di sebalik sungai ini kini sedang marak pengamalan Islamnya. Keadaan yang tidak bergolak dengan peperangan memudahkan lagi Islam diamalkan setelah lama berada di bawah Komunis. Di bumi inilah panji-panji hitam akan diterima, dan di sini juga terdapat figure yang dikenali sebagai Al Haris Harras yang tersebut di dalam hadis.Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang ditunggu-tunggu selama ini.Penyatuan ini tepat seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW, sama ada dari segi masa, tokoh yang terlibat, cara dan bentuknya.Ini berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk seluruh dunia amnya. Satu berita baik yang bakal menjadi realiti di awal kurun hijrah ke-15 ini.
Kembali Ke Atas Go down
Sponsored content





kesinambungan imam mahdi,bani tamim Empty
PostSubyek: Re: kesinambungan imam mahdi,bani tamim   kesinambungan imam mahdi,bani tamim Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
kesinambungan imam mahdi,bani tamim
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» hubungan Al Mahdi dengan khilafah

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: