Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 Kes bunuh diri-serius

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

Kes bunuh diri-serius Empty
PostSubyek: Kes bunuh diri-serius   Kes bunuh diri-serius Icon_minitimeMon Dec 01, 2008 3:21 pm

Pada Jumaat, 21 November, seorang gadis berusia 18 tahun cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkat10 sebuah hotel di sini

Tindakan nekad gadis yang berasal dari Kuantan yang bekerja di sebuah ‘salun kecantikan’ diselamatkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat setelah pengsan akibat keletihan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika mengulas kes yang berlaku di Hulu Terengganu berkata ia adalah yang pertama berlaku sejak enam bulan beliau bertugas di Kuala Berang.
(keratan akhbar tempatan)

Kes bunuh diri-serius Trgtempatbunuhdiri

Ulasan Keratan Akhbar
Dewasa kini, gejala membunuh diri menjadi pilihan terakhir bagi menamatkan kesedihan dan kekecewaan bagi seseorang yang putus asa. Apatah lagi, krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia ini. Maka ramailah ahli perniagaan, pelabur saham, penghutang dan sebagainya, menderita akibat menanggung hutang yang tidak mampu dibayarnya.
Oleh itu, jalan keluar permasalahan ini dengan memilih membunuh diri sendiri. Namun, yang lebih mengecewakan lagi, terdapat kes membunuh diri atas sebab-sebab remeh temeh yang tidak masuk akal. Mungkin atas sebab ketaksuban cinta yang meletakkan cinta kepada seseorang mengatasi segala-segalanya walaupun sanggup mengorbankan nyawa sendiri yang tidak nilai harganya.

Ironinya sebab untuk bunuh diri dalam salah satu kes di atas amat remeh, seorang anak gadis kecewa sebab dimarahi teman lelaki lalu terus naik bangunan 10 tingkat untuk cuba bunuh diri. itu di antara kes-kes yang dilaporkan di media utama, belum lagi melibatkan kes-kes terpencil yang tidak dapat diliputi oleh media.

Melihat dari kes ini dapat dibuat satu pandangan umum bahawa tahap keimanan di kalangan sesetengah anggota masyarakat muslim terlalu lemah dan rapuh sehinggakan alasan dan sebab yang remeh di jadikan sebab untuk menderhaka kepada Allah S.W.T.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan
Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan,
menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. . Jika seseorang yang melakukan perbuatan membunuh diri itu berjaya melaksanakan pembunuhan diri itu dan dia akhirnya mati, maka undang-undang tidak menjadikan itu suatu kesalahan.

Akan tetapi, jika orang yang sama itu gagal melaksanakan apa yang telah dimulakan dan tidak mati maka dia boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh diri.

Bagaimanapun, jika seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan tiada upaya untuk berfikir sendiri demi kebaikan, atau mana-mana orang yang mabuk telah membunuh diri ekoran daripada sumbangan pembantu tadi maka si pembantu tersebut boleh dihukum di bawah seksyen ini. Hukumannya adalah mati atau penjara tidak kurang dari 20 tahun dan juga denda.

Hal ini adalah kerana pihak yang mendraf undang-undang tidak mahu menggalakkan orang ramai mencabut nyawa mereka sendiri sewenang-wenangnya. Kebuntuan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagaimana hebat sekalipun tidak patut diakhiri dengan keputusan untuk menamatkan hayat mereka.


Melihat pelaksanaan undang-undang manusia ini, sebenarnya menggalakkan seseorang membunuh diri sendiri agar tidak dikenakan tindakan undang-undang yang akhirnya akan membebankan dirinya sendiri. Sekiranya, dia gagal membunuh diri tindakan undang-undang menghambat mereka. Inilah kerapuhan undang-undang manusia yang terkenal lebih banyak menyusahkan hidup seseorang, bukannya lebih kepada bentuk pengajaran.

Tekanan Hidup
Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan. Azhar turut menekankan pengisian rohani juga bekalan perlu untuk menguatkan jiwa seseorang individu mengikut kepercayaan agama dianuti. Program Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan diperkenalkan pada 2003 juga banyak membantu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.
Tekanan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Misalnya tekanan daripada ahli keluarga, di tempat kerja dan rakan serta persekitaran mendesak sehingga ada yang tidak sanggup berhadapan masalah. Ia bermula dengan perubahan tingkah laku yang biasanya membawa kepada kemurungan. Azhar tidak menafikan gaya hidup masa kini mungkin menjadi punca tekanan, turut memberi contoh negara maju seperti Eropah dan Jepun mencatatkan kadar bunuh diri yang tinggi.

Memang benar, apa yang dikatakan oleh Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan itu ada kebenaran. Tekanan hidup dan gaya hidup masa kini yang dianjurkan oleh negara maju membawa kes-kes seperti ini timbul. Namun, tanpa pengkaji yang lebih cemerlang lagi mendalam, apakah punca tekanan hidup dan gaya hidup yang melampau ini boleh berlaku? Jawapannya ada pada perenggan di bawah ini.

Bius Demokrasi
Banyak orang terbius oleh demokrasi. Mereka terlena oleh janji-janji PALSU yang digembar-gemborkan oleh para pengusung demokrasi. Mereka menjangka, sistem demokrasi akan membawa mereka kepada kehidupan yang lebih baik, lebih sejahtera dan lebih modern. Padahal sebenarnya tidak demikian.

Demokrasi tidak boleh dilepaskan dari kebebasan, sebab kebebasan merupakan prasyarat agar rakyat dapat melaksanakan kedudukannya sebagai sumber kedaulatan dan sumber kekuasaan. Kebebasan harus diwujudkan bagi setiap individu rakyat. Dengan itu, mereka dapat melaksanakan kedaulatannya dan menjalankannya sendiri, serta melaksanakan haknya dengan sebebas-bebasnya tanpa ada tekanan atau paksaan.

Dalam sistem demokrasi, ada empat kebebasan yang bersifat umum, iaitu:
(1). Kebebasan beragama, (2).Kebebasan berpendapat, (3).Kebebasan kepemilikan, dan (4).Kebebasan berperilaku.

Fakta ini mencuba membuktikan bahwa ide-ide kebebasan yang ditawarkan oleh demokrasi tidak membawa kebaikan dan kemuliaan sama sekali, tapi justru membawa kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan manusia.

Menurut Abdul Qadim Zallum, dalam kitabnya Kaifa Hudimat al-Khilafah (terj.) hal. 65, pengertian kebebasan umum adalah : kebebasan yang dimiliki setiap orang untuk melakukan sesuatu sesuai kehendaknya.

Dari definisi ini, maka menurut Abdul Qadim Zallum, dalam kitabnya Demokrasi Sistem Kufur (terj.) hal. 79, kebebasan bertingkahlaku didefinisikan sebagai kebebasan untuk lepas dari segala macam ikatan, dan kebebasan untuk melepaskan diri dari setiap nilai keruhanian, akhlak, dan kemanusiaan. Kebebasan bertingkahlaku juga berarti kebebasan untuk memporak-porandakan keluarga dan untuk membubarkan atau melestarikan institusi keluarga.

Kebebasan ini menetapkan bahwa setiap orang dalam perilaku dan kehidupan pribadinya berhak untuk berbuat apa saja sesuai dengan kehendaknya; sebebas-bebasnya, tanpa boleh ada larangan, baik dari negara atau pihak lain terhadap perilaku yang disukainya. Ide kebebasan ini telah membolehkan seseorang untuk melakukan perzinaan, homoseksual, lesbianisme, meminum yang memabukan, dan melakukan perbuatan apa saja, dengan sebebas-bebasnya; tanpa ada ikatan atau batasan, tanpa tekanan atau paksaan.

Dengan adanya kebebasan bertingkahlaku yang ditawarkan oleh Ide Demokrasi, gadis berusia 18 tahun dari Kuantan, Pahang tergamak menamatkan hayatnya semata-mata kerana perselisihan faham dengan teman lelakinya. Atas nama kebebasan bertingkahlaku juga mereka berdua menjalinkan hubungan yang rapat tanpa ada ikatan pernikahan. Kedua-dua tingkahlaku tersebut, menunjukkan individu tersebut tidak mengaitkan perbuatannya dengan aqidah dan syariah. Disebabkan mereka mengabaikan aqidah dan syariah, perkara seperti halal dan haram mahupun dosa dan pahala bukanlah menjadi tolok ukur bagi sesuatu perbuatan. Tolok ukur bagi sesuatu perbuatan bagi individu tersebut adalah manfaat, kepuasan dan kenikmatan. Maka, segala perbuatannya mencari kenikmatan sepuas-puasnya. Inilah erti kebahagiaan bagi si gadis tersebut sebagai contohnya. Namun, apabila segala kebahagiaannya itu hilang, kesemua kepuasannya telah lenyap dan seluruh kenikmatannya telah musnah. Tanpa ada pengisian aqidah dan syariah didalam pemikiran si gadis itu (ataupun si perilaku bunuh diri yang lain), maka terpaksa memilih satu perbuatan yang drastik iaitu memilih jalan membunuh diri, agar dapat melarikan diri daripada penderitaan emosi, tanggungan yang terbeban dan masalah berat yang terlampau.

Kes bunuh diri-serius Murder_scene

Islam, penyelesaian masalah kehidupan manusia
Sedangkan Islam adalah penyelesaian segala masalah dalam kehidupan. Pertama, Islam membatas pergaulan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan yang dibenarkan.

Kedua, Islam menggariskan 6 perkara rukun iman dan diantaranya mempercayai Qadha dan Qadar. Dengan itu, manusia mesti selalu redha/rela Ketentuan Illahi bagi sesuatu taqdir. Maka, dengan kembali kepada Allah. Jiwa manusia akan menjadi tenang.

Ketiga, Islam mencegah seseorang itu membunuh diri sendiri
Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:

i). Firman Allah: “Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan” (Al-Baqarah, 2:195);

ii). “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu”(Al-Nisa’, 4:29);

Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:

i) Baginda bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti “
(Riwayat Muslim, 1:104; Al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34); dan

ii) Sabdanya lagi: “Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya” (Riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, kita dapat membuat beberapa kesimpulan berkaitan dengan kedudukan nyawa dan sejauh mana manusia itu mempunyai hak terhadapnya:

1. Nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya;

2. Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah biarpun di dalam suasana yang lain kadang-kadang kita diwajibkan berkorban hinggakan kepada mengorbankan nyawa sendiri, tetapi ini tidaklah dikira sebagai membunuh diri kerana ada sebab-sebab lain yang lebih besar mengharuskannya, malah kadang-kadang pula diwajibkan kita berkorban seperti berjihad kerana mempertahankan agama, negara dan kehormatan diri dari serangan musuh dan sebagainya; dan

3. Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.

Kesedaran masyarakat
Di Malaysia mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka.
(http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan/)

Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini. (29/12/2007-Utusan Malaysia)

Serius!, namun masyarakat Malaysia boleh menutup sebelah mata. Ini boleh dinamakan wabak penyakit, yang boleh menjangkit kemudian akan menjadi budaya. Akhirnya, masyarakat menerima sebagai asam garam kehidupan. Oleh itu masyarakat perlu bangkit bersama-sama membendung gejala tidak sihat ini. Selagi punca masalah ini dicantas selagi itulah angka statistik kes bunuh diri terus meningkat.

Langkah-langkah yang dilakukan oleh masyarakat antara lain :

1. Langkah pemikiran, yaitu dengan membongkar/menjelaskan kepada masyarakat, tentang kerosakan demokrasi, dan menjelaskan pula tentang hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan pengaturan sistem sosial, ekonomi, politik dan lain-lain.

2. Langkah politik, boleh ditempuh dengan menekan pemerintah untuk meninggalkan undang-undang yang memberikan kebijakan yang salah.

3. Langkah pembinaan ketakwaan. Selain itu perlu pula dilakukan upaya untuk menanamkan ketakwaan pada individu dan masyarakat,

4. Langkah amar ma'ruf nahi mungkar. Juga harus ada upaya menumbuhkan amar ma'ruf nahi munkar di tengah-tengah masyarakat.

5. Langkah penerapan hukum Islam oleh negara. Dan yang tak boleh dilupakan, harus ada penerapan hukum Islam oleh negara Khilafah, seperti sanksi untuk lesbianisme, dan sebagainya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Allah SWT telah mengurniakan kalian kemuliaan dengan deenul Islam yang diturunkanNya melalui Rasulullah SAW dan Dia juga telah memberi amaran kepada kalian melalui wahyuNya. Hanya kerana Islamlah kalian dikeluarkan untuk menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia. Kemuliaan dan kesejahteraan kalian bergantung kepada pelaksanaan deenul Islam sebagai cara hidup. Dan kesejahteraan ini bukanlah untuk kalian sahaja, tetapi untuk seluruh manusia, setelah manusia menanggung dan terus menanggung kekejaman di bawah kejahatan sistem buatan manusia. Tambahan lagi, penerapan cara hidup terbaik ini tidak akan mampu direalisasikan selagi Al-Quran diketepikan, dan selagi tidak ada sebuah Negara yang akan menerapkan segala ajarannya dan membawa risalah ini ke seluruh dunia - iaitu melalui Negara Khilafah ala minhaj nubuwwah - yang akan membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan.
Kembali Ke Atas Go down
 
Kes bunuh diri-serius
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Hukum membunuh diri

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: