Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 Jauhi Hizbut Tahrir??!!

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

Jauhi Hizbut Tahrir??!! Empty
PostSubyek: Jauhi Hizbut Tahrir??!!   Jauhi Hizbut Tahrir??!! Icon_minitimeWed Nov 05, 2008 6:53 pm

Jauhi Hizbut Tahrir

keratan akhbar Metro pada 5 November 2008 memuatkan artikel bertajuk "jauhi Hizbut tahrir" di lancarkan oleh kerajaan Negara China bagi menyekat kebangkitan umat Islam disana. Namun menurut artikel tersebut rakyat China tidak mempercayai propaganda kerajaan China.

Jauhi Hizbut Tahrir??!! Scan0002-1

Jauhi Hizbut Tahrir??!! Scan0005

Jauhi Hizbut Tahrir??!! Scan0006
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

Jauhi Hizbut Tahrir??!! Empty
PostSubyek: Re: Jauhi Hizbut Tahrir??!!   Jauhi Hizbut Tahrir??!! Icon_minitimeWed Nov 05, 2008 8:16 pm

Penduduk Tidak Endah Amaran

Amaran ditulis pihak berkuasa China mengingatkan masyarakat supaya tidak membabitkan diri dengan Parti Kemerdekaan Islam ditulis pada dinding lorong di Kashgar, China yang terletak di Laluan Sutera.

Kumpulan itu dikenali dengan nama Hizbut Tahrir yang terkenal dengan misi menubuhkan kerajaan Islam.

China mendakwa Hizbut Tahrir adalah kumpulan pengganas dan beroperasi di Xinjiang,wilayah barat yang didiami lapan juta penduduk Islam bangsa Uighur.

Namun, kumpulan itu dan juga pemerhati menyatakan, mereka tidak mengamalkan keganasan dan pihak berkuasa China sengaja mengada-adakan cerita itu demi melancarkan operasi menahan ahli kumpulan itu di Xinjiang.

“Lenyapkan Parti Kemerdekaan Islam” dan ‘Parti Kemerdekaan Islam adalah kumpulan pengganas’ adalah antara amaran yang ditulis dalam bahasa China dan Uighur di Kashgar.

Penduduk tempatan yang sudah kerap mendengar propaganda kerajaan mengenai hasutan untuk memecah-belah, aktiviti agama haram dan seruan mewujudkan keharmonian bangsa bagaimanapun tidak mengendahkan amaran itu.

“Saya tak mengenali kumpulan itu”,kata seorang lelaki tempatan yang enggan memberikan namanya.

Hakikatnya bangsa Uighur tidak suka dengan tindakan kerajaan yang mengalakkan golongan Han berhijrah kekawasan lebih terpencil di wilayah barat yang masih belum diterokai.

Beijing menuduh militan Uighur bekerjasama dengan al Qeada menggunakan keganasan untuk mewujudkan negara merdeka yang dinamakan Turkestan Timur. Ia turut mendakwa berjaya menghalang dua plot berpusat di Xinjiang tahun ini yang menjadikan Sukan Olimpik Beijing Ogas lalu sebagai sasarannya.

Bagaimanapun, kemunculan nama Hizbut Tahrir itu satu kisah baru di Xinjiang.
“pertubuhan itu mudah menyesuaikan diri dan meskipun terbatas di selatan Xinjiang, pengaruhnya kini semakin meluas. Pihak pengurusan penjara turut bimbang pengaruh pengikut kumpulan itu di kalangan banduan lain”, kata Nicholas Bequelin dari Human Right Watch.

Namun,bagi Presiden Institut Wilayah Pasifik, Kolej Pomona, California, Dru Gladney, mustahil kumpulan itu mampu melaksanakan keganasan seperti diuar-uar pihak berkuasa China.

“Misi utama aktivis Uighur adalah memperoleh kemerdekaan di Xinjiang. Hizbut Tahrir tidak menyokong misi itu kerana ia ingin mewujudkan dunia diperintah seorang Khalifah,” katanya.

Meskipun wilayah ini sebahagian China, majority penduduk Xinjiang tidak dapat mengaitkan diri dengan suasana moden di persisiran pantai di timur negara itu.

Di Kashgar yang berhampiran Pakistan dan Afganistan, ramai wanita memakai tudung dan ada juga memakai purdah.

Jam di kebanyakan masjid, restoran, kafe dan kedai di Xinjian ditetapkan dua jam di belakang Beijing, masa untuk seluruh negara itu meskipun ia bermakna matahari tidak akan terbenam hingga jam 10 malam di Kashgar pada musim panas.

Adapun, ramai yang tidak yakin Hizbut Tahrir adalah ancaman kepada kerajaan China.

“Kumpulan itu tidak wujud. Nama itu diwujudkan China dan mengalihkan tumpuan daripada kesengsaraan yang dialami masyarakat,” kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Uighur Dunia.

Hizbut Tahrir pula menafikan ahlinya terbabit dalam keganasan.
“Hizbut Tahrir dan masyarakat Islam yang tidak mengikut pendekatan diamalkan kerajaan akan menjadi mangsa penganiayaan kerajaan China. Hakikatnya, sejak penubuhan Hizbut Tahrir pada 1953, kami tidak pernah terbabit dalamsebarang keganasan,” kata wakil media Hizbut Tahrir Britain, Taji Mustafa yang enggan mengulas sama ada kumpulan itu wujud di China ataupun sebaliknya.

Namun, China tetap menyatakan ancaman kumpulan itu amat nyata dan mengharamkan Hizbut Tahrir seperti dilakukan Uzbekistan yang menuduh ia terbabit dalam keganasan.

April lalu, kerajaan Xinjiang menuduh Hizbut Tahrir menganjurkan tunjuk perasaan di Khotan yang disertai kira-kira 1,000 penunjuk perasaan.


“Tindakan mengaitkan Hizbut tahrir dengan demonstrasi memberi alasan kepada kerajaan menuduh mereka terbabit dalam konspirasi menuduhkan kerajaan Islam dan menyebabkan huru-hara di China. Tidak pasti samaada itulah tujuan mereka kerana hakikatnya demonstrasi itu tidak teratur,” kata Gladney lagi.

Apa yang pasti, meskipun masyarakat Uighur pernah mendengar nama Hizbut Tahrir itu, mereka tidak berasakan ia berkaitkan dengan situasi semasa yang mereka alami.

“Kami hanya ingin kebebasan tapi bangsa Han terlalu ramai manakala kami pula terlalu sedikit,” kata seorang lelaki yang merahsiakan identitinya.-Reuters.
Kembali Ke Atas Go down
 
Jauhi Hizbut Tahrir??!!
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Kebangkitan Hizbut Tahrir...
» Seruan Hizbut Tahrir 2008
» Hizbut Tahrir semakin kuat di Palestin
» Seruan Hizbut tahrir terhadap filem fitna
» NST menyentuh Hizbut Tharir

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: