Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 aktiviti di bulan Ramadan

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

aktiviti di bulan Ramadan Empty
PostSubyek: aktiviti di bulan Ramadan   aktiviti di bulan Ramadan Icon_minitimeSun Sep 07, 2008 1:09 am

Syabab Hizbut Tahrir Malaysia (caw. Kuala Lumpur) mengambil inisiatif dakwah bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak menganjurkan beberapa program ifthar/tarawih/ tazkirah dengan kerjasama beberapa surau sekitar KL/Selangor. Dengan besar hati menjemput semua kaum muslimin dan muslimat hadir ke program yang disenaraikan dibawah;

1. Tarikh : 6 September 2008M/ 6 Ramadhan 1429H
Tempat : Surau An-Nur, Taman Subang Suria

2. Tarikh : 11 September 2008M/ 11 Ramadhan 1429H
Tempat : Surau Pandan

3. Tarikh : 17 September 2008M/ 17 Ramadhan 1429H
Tempat : Surau Jalan San Peng


Setiap program akan bermula dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, tazkirah ringkas, solat 'Isyak, solat tarawih (4 raka'at), tazkirah, solat tarawih hingga selesai, sessi dialog bersama Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Datanglah beramai-ramai demi memeriahkan majlis yang dianjurkan.

p.s. Sila sebarkan sesama kaum muslimin
Wassalam
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

aktiviti di bulan Ramadan Empty
PostSubyek: Re: aktiviti di bulan Ramadan   aktiviti di bulan Ramadan Icon_minitimeSun Sep 14, 2008 2:20 am

Majlis Iftar Ramadhan syabab HTM bersama ahli qaryah Surau Al Mutmainnah Pandan Perdana
sumber:www.mykhilafah.com

Pada 11 Ramadhan 1429H bersamaan 11 September 2008, majlis iftar anjuran syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)
diadakan di Surau Al Mutmainnah, Pandan Perdana. Majlis yang bermula dengan majlis berbuka puasa
beramai- ramai menyaksikan para jamaah berbuka puasa beramai- ramai dengan ”nasi dulang” beserta minuman.
Selepas itu, para peserta mendirikan solat Maghrib berjamaah. Pameran Khilafah turut diadakan selepas itu
di mana dapat disaksikan pengunjung berpusu-pusu hendak menyaksikan pameran tersebut. Para syabab HTM
tidak jemu- jemu menerangkan satu persatu bahan pameran kepada para pengunjung.

Program iftar diteruskan dengan solat Isyak dan tarawikh. Antara solat tarawikh dan witir, diselangi dengan
slot tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Umar Hussien dari HTM. Dalam tazkirah tersebut, beliau
mengingatkan kepada para hadirin bahawa umat Islam merupakan umat yang mulia pada suatu ketika dahulu.
Di mana salah satu contohnya ialah, banyak futuhat (pembukaan) dilakukan oleh kaum muslimin
di bulan Ramadhan.

Para generasi terdahulu tidak pernah membezakan antara kewajipan berpuasa dengan kewajipan
melaksanakan hukum- hukum Islam yang lain seperti jihad. Oleh itu, beliau menggesa agar umat Islam
bangkit semula, kembali ke posisi sebaik- baik umat sebagaimana yang sepatutnya.

Selesai solat witir, sedikit jamuan moreh disediakan untuk para jemaah. Di kesempatan ini juga, HTM ingin
merakamkan jutaan penghargaan kepada Pengerusi Surau Al Mutmainnah, Hj Sunaini Yusop dan AJK surau,
serta kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. Harapan kami, agar program ini mampu sedikit sebanyak
menyedarkan masyarakat sekeliling tentang peri pentingnya Islam diterapkan dalam segenap aspek kehidupan.


foto-foto pilihan:

pameran yang disediakan

aktiviti di bulan Ramadan Pandan_perdana

aktiviti di bulan Ramadan Pandan_perdana2

aktiviti di bulan Ramadan Pandan_perdana9

ceremah umum

aktiviti di bulan Ramadan Pandan_perdana4

aktiviti di bulan Ramadan Pandan_perdana5

majlis berbuka bersama-sama

aktiviti di bulan Ramadan Pandan_perdana6
Kembali Ke Atas Go down
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

aktiviti di bulan Ramadan Empty
PostSubyek: Re: aktiviti di bulan Ramadan   aktiviti di bulan Ramadan Icon_minitimeMon Sep 15, 2008 11:46 pm

PROGRAM IFTAR TERDAHULU.....


Pada 6 Ramadhan 1429H, bersamaan 6 September 2008
, syabab Hizbut Tahrir Malaysia
(HTM) beserta dengan AJK Surau An Nur Subang Suria mengadakan Majlis Iftar Ramadhan
secara bersama- sama dengan ahli qaryah surau. Meskipun hujan lebat di petang hari tersebut
menyebabkan ramai yang terkandas dan tersangkut dalam kesesakan lalulintas di Bandar Baru
Sungai Buloh, namun ia tetap tidak mematahkan semangat para peserta dan AJK majlis untuk
meneruskan program seperti yang dirancangkan.

Program bermula apabila dilaungkan azan Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka.
Para qaryah surau dan syabab HTM sama- sama menikmati juadah ringan berupa kurma dan minuman,
sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjamaah. Selesai solat Maghrib, jamuan berat disediakan
untuk semua peserta majlis iftar tersebut. Selain itu, pemeran Khilafah turut diadakan oleh para
syabab HTM dan sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan.

Selesai solat Isyak dan tarawikh berjamaah yang diimami oleh Imam Surau, Imam Ali,
tazkirah ringkas diadakan. Tazkirah tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Presiden HTM,
Ustaz Umar Hussien dan penyampai tazkirah pula ialah Ustaz Ahmad Mustafa dan Dr. Muhammad.

Dalam tazkirah tersebut, kedua- dua penyampai menegaskan bahawa pentingnya bagi umat Islam
melaksanakan seluruh aturan Islam secara kaffah, dan bukannya hanya ibadah puasa di bulan
Ramadhan sahaja. Selain itu, mereka turut menegaskan bahawa umat Islam wajib bersatu
di bawah satu entiti politik agung bagi seluruh umat Islam, iaitu Khilafah.

Program berakhir lebih kurang pada pukul 11.15 malam dan sedikit jamuan moreh disediakan.
Di sini, HTM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini,
terutamanya kepada Pengerusi Surau An Nur, En Subhi, AJK Surau, Ustaz Ahmad dan Tuan Imam
Hj Mokhtar serta seluruh ahli qaryah Surau An Nur. Semoga kesedaran yang diperoleh daripada
majlis seumpama ini akan dapat diteruskan disurau- surau atau masjid- masjid lain dan seterusnya
menjadi momentum kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar bersama- sama berjuang
dalam mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah.

Foto pilihan sekitar Surau An Nur

aktiviti di bulan Ramadan Iftar_subang_suria

aktiviti di bulan Ramadan Iftar_subang_suria2

aktiviti di bulan Ramadan Iftar_subang_suria3


aktiviti di bulan Ramadan Iftar_subang_suria4

aktiviti di bulan Ramadan Iftar_subang_suria6

aktiviti di bulan Ramadan Iftar_subang_suria7
Kembali Ke Atas Go down
Sponsored content





aktiviti di bulan Ramadan Empty
PostSubyek: Re: aktiviti di bulan Ramadan   aktiviti di bulan Ramadan Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
aktiviti di bulan Ramadan
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Jumaat Pertama d Ramadan masjid Al Aqhsa

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: