Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 Majlis Khatam Al Quran

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: Majlis Khatam Al Quran   Wed Sep 24, 2008 2:37 pm

Majlis Khatam Al-Quran & Tazkirah Ramadhan Syabab HTM Bersama Ahli Qaryah Surau Pengkalan Tiram, Muar, Johor



Seawal jam 5.45 petang pada 20/09/08, ahli qaryah surau Pengkalan Tiram telah mula berdatangan ke surau mereka. Majlis yang diadakan di surau ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh masyarakat di antaranya ialah Dr. Haris Salleh (mantan ADUN Sg. Abong, Muar), Pengarah Hospital Pakar Muar, Pegawai-pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar dan wartawan daripada NST. Kira-kira pukul 6.00 petang majlis khatam al-Quran bermula.
Setelah selesai khatam al-Quran, para jamaah diperdengarkan dengan kuliah ringkas daripada syabab HTM, Ustaz Jalaluddin Omar yang menyampaikan tazkirah beliau yang bertajuk "Nuzul Al-Quran". Dalam tazkirah tersebut, beliau mengingatkan bahawa Al-Quran merupakan mu'jizat yang sangat agung yang mampu dibuktikan kebenarannya sehingga hari kiamat di samping menjadi inti-pati kepada ajaran Islam itu sendiri. Beliau juga menekankan peri penting dan wajibnya bagi umat Islam mengembalikan hukum- hukum yang terkandung di dalam Al-Quran agar diterapkan di dalam kehidupan seharian dan bukannya hanya sekadar dibaca sahaja. Adalah perlu bagi umat Islam meletakkan Al-Quran di tempat yang sepatutnya iaitu sebagai pemandu kepada kehidupan, sesuai dengan sifat Al-Quran tersebut sebagai petunjuk, penjelas dan pembeza bagi yang hak dan batil. Tazkirah berakhir sekitar pukul 7.05 petang dan jamuan berbuka puasa disediakan untuk semua yang hadir.

Di kesempatan ini, HTM ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK Surau Pengkalan Tiram yang telah menjemput syabab HTM untuk mengisi slot tazkirah bagi menjayakan majlis khatam Al-Quran kali ini. Diharap agar kerjasama sebegini akan terus diperbanyakkan di kemudian hari, agar ukhuwah Islam semakin erat dan kesedaran Islam di kalangan umat pada masa sekarang semakin tersebar luas.





Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Majlis Khatam Al Quran
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: