Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  

Share | 
 

 HTM serah buku bantahan kenaikan harga minyak kepada Menteri

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH



Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

PostSubyek: HTM serah buku bantahan kenaikan harga minyak kepada Menteri   Sun Sep 14, 2008 1:53 am

PUTRAJAYA 12 Sept – Lima orang delegasi dari Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang diketuai oleh Presiden HTM,
Ustaz Abdul Hakim Othman telah menyerahkan buku-buku tandatangan berserta Kenyataan Rasmi HTM
membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun lepas. Buku-buku
tandatangan dan Kenyataan Rasmi itu telah diserahkan oleh Presiden HTM kepada En. Zahari Bin Md Afandi,
Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato’ Sharir Samad lebih kurang jam 11.00 pagi di pejabat Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini. Majlis tersebut turut
disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari Kementerian, dengan kehadiran sejumlah pemberita
tempatan. Sebelum melangkah masuk ke pintu utama, Presiden HTM telah terlebih dahulu menjawab
persoalan para wartawan yang telah pun sedia menunggu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Shahrir Samad yang sebelum ini telah menyatakan persetujuan
(melalui Setiausaha Sulitnya) untuk bertemu dan berbincang dengan delegasi HTM bagaimanapun
tidak menepati apa yang dikatakannya. Beliau memberi alasan bahawa terdapat satu temu janji
yang lain pada waktu tersebut. Melalui En. Zahari, Ustaz Hakim melahirkan rasa kesal beliau
terhadap tindakan Datuk Shahrir tersebut. Permintaan presiden HTM untuk berjumpa menteri
yang berkenaan selama lima minit sahaja untuk menyerahkan buku-buku tandatangan tersebut
pun dinafikan oleh Setiausaha Sulit Menteri berkenaan.

Sejak perjuangan untuk mendapatkan sejuta tandatangan oleh HTM dilancarkan lebih kurang
dua bulan lepas, HTM telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 53,000 tandatangan dari seluruh
rakyat Malaysia tidak kira Melayu, India mahupun Cina. Kesemua buku tandatangan tersebut
diserahkan kepada En. Zahari, sebagai wakil Menteri, bagi menunjukkan bantahan rakyat Malaysia
terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan di dalam menaikkan harga minyak, yang
turut mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain, khususnya barang makanan.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, Ustaz Abdul Hakim sempat menerangkan kepada
Setiausaha Sulit menteri berkenaan, agar disampaikan muhasabah dari Hizbut Tahrir kepada
pihak pemerintah, bahawa minyak adalah hak milik rakyat dan kerajaan tidak sepatutnya
‘berniaga’ dengan rakyat. Kerajaan wajib menerapkan hukum syarak (hukum Islam) dalam
hal ini dan memberikan minyak kepada rakyat dengan ‘harga kos’, seterusnya memulangkan
semula hasil minyak kepada rakyat selaku pemiliknya. Pertemuan tersebut berlangsung dan
berakhir dengan suasana baik di mana En. Zahari berjanji akan menyampaikan mesej yang
telah dimaklumkan oleh Presiden HTM kepada Dato’ Sharir selaku Menteri KPDNHEP.

Sebaik keluar dari pintu utama Kementerian, para wartawan yang telah menunggu sejak
awal terus mengerumuni Ustaz Hakim untuk bertanyakan soalan. Selesai semua pertanyaan,
Presiden HTM lalu mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan yang hadir.

HTM dengan ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada
semua penandatangan yang telah menjayakan projek ini sama ada mereka rakyat Malaysia
mahupun bukan. Semoga perjuangan ini tidak berakhir di sini biarpun kerajaan telah
menurunkan harga minyak, yang berkemungkinan kerana tekanan dari projek ini, kerana
seperti yang terkandung di dalam Kenyataan Rasmi HTM berkenaannya, penurunan harga
minyak ini bukanlah penyelesaian yang syar’i, atau dengan kata lain, ia bukanlah
penyelesaian yang datangnya dari Allah dan Rasul. Masalah hanya akan selesai apabila
hukum Allah dan Rasul diterapkan di dalam pemerintahan.

foto-foto yang terpilih....

temuramah dengan wartawan





penyerahan buku-buku tandatangan berserta Kenyataan Rasmi HTM




keratan akhbar
http://mykhilafah.com/images/stories/sinar_2.jpg" border="0" alt="" />

klip video aktiviti berdakwah kutipan tandatangan daripada orang ramai
http://www.youtube.com/watch?v=RHv24os_zds
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
HTM serah buku bantahan kenaikan harga minyak kepada Menteri
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Aktiviti Dakwah dan berkaitan-
Navigasi: