Bicara MyKhilafah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara MyKhilafah

Politics Islam
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 ulama Sunnah mula ditangkap

Go down 
PengirimMessage
MUHAMMAD SAIFULLAH




Jumlah posting : 140
Registration date : 18.11.06

ulama Sunnah mula ditangkap Empty
PostSubyek: ulama Sunnah mula ditangkap   ulama Sunnah mula ditangkap Icon_minitimeSat Nov 18, 2006 4:42 pm

Iraq arah ulama Sunah ditangkap disyaki terlibat keganasan

BAGHDAD 17 Nov. – Kerajaan Iraq pimpinan Syiah mengarahkan penangkapan ulama Sunah paling terkemuka di negara ini kerana disyaki terlibat dengan keganasan.

Langkah itu dijangka memarakkan lagi ketegangan Syiah-Sunah ketika kejadian penculikan dan pembunuhan antara kedua-dua pihak makin menjadi-jadi.

Waran tangkap di bawah undang-undang antikeganasan dikeluarkan terhadap, ketua Persatuan Ulama (Sunah), Harith Al-Dari, seorang yang lantang membela kepentingan kaum minoriti Sunah, kata Menteri Dalam Negeri, Jawad Al-Bolani.

Kata Jawad, beliau akan meminta bantuan asing untuk menangkap Harith yang dipercayai berada di Jordan.

“Inilah dasar kerajaan terhadap sesiapa yang cuba mencetuskan perpecahan antara mazhab-mazhab di Iraq. Pasukan keselamatan akan memburu mereka,” kata beliau.

Persatuan Cendekiawan Islam menggesa ahli-ahli politik Sunah supaya keluar daripada kerajaan dan Parlimen ekoran perkembangan tersebut.

Namun pemimpin kerajaan juga marah dengan kenyataan Harith di televisyen minggu ini yang didakwa mempertahankan keganasan Al-Qaeda.

Harith menyifatkan waran tangkap itu sebagai “tindakan bodoh” oleh sebuah kerajaan ‘bankrap’ yang akan membangkitkan kemarahan dan kutukan rakyat Iraq.

Beliau memberitahu Reuters: “Kami melihat mereka (kerajaan) melakukan perkara sedemikian untuk mengalihkan perhatian rakyat Iraq daripada jenayah mereka.”

Ramai penduduk Sunah dan juga pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, Perdana Menteri Nuri Al-Maliki gagal membendung keganasan oleh skuad pembunuh dari kalangan militia Syiah.

– Reuters
Kembali Ke Atas Go down
 
ulama Sunnah mula ditangkap
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» 10 syabab ditangkap, bangladesh
» ulama Su
» ijma sahabat vs ijma ulama

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Bicara MyKhilafah :: Siasah dan Khilafah-
Navigasi: